KUALA LUMPUR: Melaka dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Silat Dunia 2022 yang dijadual berlangsung pada 21 hingga 29 Julai di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.
Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (PESAKA) Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata keputusan tersebut dicapai pada mesyuarat exco badan induk itu petang tadi.
"Pihak urus setia sudah dihantar untuk melihat keadaan venue tersebut dan merasakan MITC adalah bersesuaian untuk penganjuran kejohanan itu.
"Jadi kami telah melakukan tempahan awal berhubung venue kejohanan berkenaan," katanya kepada pemberita pada majlis berbuka puasa PESAKA di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Megat Zulkarnain berkata pada mesyuarat itu, barisan exco turut memutuskan penganjuran Festival Silat Seni Antarabangsa di Kuala Lumpur, bersempena dengan Kejohanan Silat Dunia 2022.
"Festival itu akan diadakan pada 21 hingga 24 Julai dan penganjurannya seiring dengan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) yang mengiktiraf silat kita sebagai Senarai Wakil Warisan Budaya Tidak Ketara Kemanusiaan.
"Untuk memastikan pengiktirafan itu kekal, kita bersetuju untuk mengadakannya di Kuala Lumpur dengan penyertaan pelbagai negara yang mengambil bahagian. Selain mempromosi silat, paling penting kita dapat mempertahankannya sebagai satu daripada elemen seni budaya kita," katanya.
Beliau turut memaklumkan 32 negara telah menghantar penyertaan untuk menyertai Kejohanan Silat Dunia serta festival silat berkenaan.
"Sambutannya amat baik apabila negara seperti India, Pakistan, Kazakhstan akan turut serta. Malah Uzbekistan turut memohon untuk berada sebulan sebelum kejohanan itu diadakan untuk berlatih bersama-sama," katanya.
Kejohanan Silat Dunia sepatutnya diadakan pada 2020 dengan Sarawak sebagai lokasi penganjuran, sebelum ditunda berikutan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 15 2022

Melaka dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Silat Dunia 2022 yang dijadual berlangsung pada 21 hingga 29 Julai di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh. - Gambar fail/BERNAMA
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Kerja naik taraf Jalan Tun Hamzah libatkan kos RM300 juta - Exco
Kerja-kerja menaik taraf Jalan Tun Hamzah daripada dua lorong kepada empat lorong yang melibatkan laluan sepanjang 4.5 kilometer dijangka bermula pada November ini melibatkan kos sebanyak RM300 juta.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Perdana Menteri salur bantuan RM30,000 kepada tiga PPD di Melaka
Setiap PPD itu menerima RM10,000 dan boleh digunakan bagi membantu keluarga kurang berkemampuan untuk sesi persekolahan pada tahun ini.

Melaka tarik lesen, senarai hitam penganjur dan peniaga jual lesen bazar Ramadan
Kerajaan Melaka akan mengambil tindakan tegas termasuk menarik lesen dan menyenaraihitamkan peniaga yang dikesan menjual lesen perniagaan bazar Ramadan kepada pihak ketiga.

Melaka belum bincang wujudkan Jonker Walk 2.0
Ia bagi memastikan idea berkenaan tidak memberi kesan kepada aktiviti perniagaan majoritinya diusahakan peniaga Melayu yang sekian lama bertapak di situ.

Orang Asli: Melaka perluas skim insurans kepada Tok Jenang dan Tok Jekerah
Seramai 28 Tok Jekerah dan Tok Jenang daripada 14 perkampungan Orang Asli di seluruh Melaka akan mendapat manfaat daripada inisiatif berkenaan.

Tidak puas hati perlawanan kriket, lelaki Nepal parah ditikam di Melaka
Seorang lelaki warganegara Nepal parah selepas ditikam rakan senegaranya gara-gara tidak berpuas hati berkenaan sokongan perlawanan pasukan kriket negara tersebut pada awal pagi Khamis.

Melaka pantau struktur bangunan merah susulan runtuhan
Kerajaan Melaka akan terus memantau struktur bangunan merah di sekitar Jalan Laksamana di sini susulan rasuk kayu di satu daripada deretan premis berusia ratusan tahun itu runtuh semalam.

Momentum promosi akan diteruskan untuk raih lebih ramai pelancong ke Melaka
Momentum kejayaan raih 15 juta pengunjung dengan pendapatan RM12.68 bilion sepanjang Tahun Melawat Melaka 2024 perlu diteruskan, kata Ketua Menteri.

Melaka umum dua Bantuan Khas Kewangan minimum RM2,600 untuk penjawat awam
Kerajaan Negeri Melaka mengumumkan dua Bantuan Khas Kewangan untuk penjawat awam di negeri ini, hari ini.