KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia di Kejohanan Masters Korea berakhir hari ini apabila dua wakil terakhir negara tersingkir pada pusingan separuh akhir.
Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie terpaksa melupakan hasrat beraksi di pentas final apabila tewas mengejut kepada pasangan dari China Ou Xuan Yi- Huang Ya Qiong.
Perlawanan yang berlangsung di Stadium Gwangju Yeonju, Gwangju itu menyaksikan Xuan Yi-Ya Qiong, yang bukan pemain pilihan kejohanan, hanya mengambil masa 33 minit untuk menundukkan pemain pilihan keempat itu 21-11, 21-15.
Pasangan China itu seterusnya akan berdepan rakan senegaranya dan pilihan pertama Wang Yi Lyu-Huang Dong Ping, yang menyingkirkan wakil tuan rumah Yong Jin-Lee Yu Rim 21-12, 21-8.
Perseorangan lelaki professional negara Soong Joo Ven turut menerima nasib sama apabila tewas di tangan pemain dari Jepun Kodai Naraoka, 17-21, 23-21, 11-21.
Pada final bagi merebut gelaran Masters Korea esok, Naraoka bakal membuat perhitungan menentang Jeon Hyeok Jin dari Korea Selatan yang mengejutkan pilihan keenam Sitthikom Thammasin dari Thailand 21-18, 21-15.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 16 2022

Beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie terpaksa melupakan hasrat beraksi di pentas final apabila tewas mengejut kepada pasangan dari China Ou Xuan Yi- Huang Ya Qiong. - Gambar fail/Twitter/BAM
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Masters Korea: Cabaran Malaysia berakhir
Cabaran Malaysia di Kejohanan Masters Korea berakhir hari ini apabila dua wakil terakhir negara tersingkir pada pusingan separuh akhir.

Badminton Masters Korea: Joo Ven, Soon Huat-Shevon mara ke separuh akhir
Joo Ven melangkah ke peringkat empat terbaik acara perseorangan lelaki setelah mencatat kemenangan 23-21, 21-18 ke atas lawan dari Israel.

Masters Korea: Joo Ven, Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir
Pemain profesional negara Soong Joo Ven berjaya melangkah ke suku akhir kejohanan Masters Korea, selepas mengejutkan wakil tuan rumah Heo Kwang Hee di Stadium Gwangju Yeonju, Gwangju hari ini.

Peng Soon-Ee Wei mara ke pusingan kedua
Peng Soon-Ee Wei menewaskan rakan senegara Soong Joo Ven-Goh Jin Wei 21-11, 22-20, dalam pertarungan selama 31 minit.