KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) dijangka tidak dapat menurunkan kesebelasan utama ekoran kecederaan beberapa tonggak utama pada perlawanan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) pada aksi Liga Super, di Stadium Sultan Mizan Zainil Abidin, Gong Badak, di sini, malam esok.
Perkara itu disahkan Ketua Jurulatih, Nafuzi Zain, yang mengakui bahawa beberapa tonggak utamanya terpaksa direhatkan akibat masalah kesihatan dan kecederaan ketika beraksi pada perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Selangor FC, Sabtu lalu.
"Persiapan kita pastilah sedikit terjejas kerana pemain utama seperti pemain sayap lincah, Mohd Faisal Abdul Halim, penyerang import, Kipre Tchetche, pemain tengah import, Manuel Ott dan Muhammad Faiz Mohd Nasir alami kecederaan serta demam.
"Oleh itu kita terpaksa lakukan rombakan dan beberapa pertukaran dengan memasukkan pemain skuad kedua untuk perlawanan menentang kelab Harimau Selatan, esok," katanya ketika ditemui semalam.
Bagaimanapun dalam masa yang sama, beliau berasa agak lega apabila penyerang import kelahiran Liberia, Kpah Sherman sudah pulih daripada kecederaan dan dapat kembali beraksi malam esok.
Ketika ditanya mengenai peluang skuad Penyu untuk menewaskan juara lapan kali Liga Super itu, Nafuzi berkata beliau tetap optimis mampu mencatat keputusan positif, sekali gus mengekalkan rekod tanpa kalah di laman sendiri.
Katanya, TFC akan mengambil pengajaran daripada kekalahan tipis 1-2 di tangan JDT pada perlawanan pusingan pertama liga di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, April lepas.
Beliau menuntut anak buahnya tidak terlalu menhormati lawan yang hadir dengan reputasi pasukan terbaik tetapi sebaliknya lebih berusaha dan fokus dengan peranan masing-masing.
"Kami juga mengharapkan kehadiran peminat di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) untuk memberikan sokongan padu seperti semasa perlawanan menentang Selangor FC Sabtu lalu," katanya.-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 09 2022

Nafuzi mengakui bahawa beberapa tonggak utamanya terpaksa direhatkan akibat masalah kesihatan dan kecederaan ketika beraksi pada perlawanan separuh akhir Piala FA menentang Selangor FC, Sabtu lalu. - Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

KL City kutip tiga mata tewaskan TFC di laman sendiri
Kuala Lumpur City FC (KL City FC) berjaya mengutip tiga mata penuh selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) malam ini.

Liga Super: TFC mahu teruskan rentak kemenangan
Badrul Afzan berkata, mereka perlu manfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh, sekali gus memperbaiki kedudukan di pentas liga.

Terengganu FC tewaskan NSFC 2-0 di Paroi
Meskipun tewas kepada BG Pathum United dalam kelayakan ke separuh akhir ACC minggu lepas namun TFC bangkit menewaskan pasukan tuan rumah.

ACC: BG Pathum United sekat impian Terengganu ke separuh akhir
Kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak buah Badrul Afzan Razali untuk ke pusingan kalah mati selepas jatuh ke kedudukan keempat.

TFC tempang hadapi JDT
Ia termasuk penyerang import kelahiran Nigeria Ismaheel Akinade, Muhammad Akram Mahinan, dan penjaga gol Muhammad Rahadiazli Rahalim.

Ketumpulan penyudah punca TFC tewas
Badrul Afzan amat kecewa dengan ketumpulan jentera hadapan yang tidak berhasil menjaringkan gol biarpun peluang sudah terhidang depan mata.

JDT catat kemenangan penting, Selangor kempunan tiga mata
JDT yang kini selesa di persada liga dengan mengumpul 52 mata, berpeluang cerah untuk muncul juara apabila dibezakan 13 mata di depan pencabar terdekat Selangor FC.

TFC akui peluang ke pentas akhir Piala Malaysia tipis
Kekalahan besar di hadapan lebih 11,000 penyokong di laman sendiri memudarkan impian Terengganu FC untuk bergelar finalis seperti musim lepas.

Piala Malaysia: JDT sebelah kaki di final
Johor Darul Ta'zim (JDT) membenam Terengganu FC (TFC) 4-0 pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, malam tadi.

Akhyar Rashid sah milik TFC
Berita itu dikongsikan pihak pengurusan Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB) menerusi laman sosial Facebook rasmi TFC.