Juara termuda MotoGP Dunia, Marc Marquez dari Sepanyol dan pelumba muda Tour de France, Nairo Quintana dari Colombia adalah antara pesaing pilihan untuk "Laureus World Breakthrough of the Year Award 2014".
Dalam satu kenyataan pada Rabu, penganjur Anugerah Sukan Dunia Laureus berkata Marquez, 20, yang juga penunggang pertama memenangi gelaran dunia di awal musim penglibatannya adalah penunggang termuda dalam sejarah 65 tahun Kejohanan Dunia itu yang menjuarai tiga kelas berbeza -- 125 cc, Moto2 dan MotoGP.
Quintana, 23, pula melakukan kejutan pada Tour de France 2013, memenangi tempat kedua keseluruhan dan memenangi gelaran Raja Bukit dan Jersi Penunggang Muda.
"Persembahan Quintana adalah yang terbaik daripada seorang penunggang Amerika Latin dan dia adalah peserta muda kejohanan itu yang naik podium sejak 1996," kata kenyataan itu.
Biarpun memiliki pencapaian cemerlang, Marquez dan Quintana masih menghadapi persaingan sengit daripada ramai bakat muda sukan terhebat, termasuk pemain golf Lydia Ko dari New Zealand dan Guan Tianlang dari China serta ahli gimnastik dari Amerika Syarikat Simone Biles dan Yana Kudryavtseva dari Rusia.
Lain-lain pesaing dalam kategori itu ialah pasukan kriket Afghanistan di mana di dalam sebuah negara yang terjejas akibat peperangan, kriket muncul sebagai satu kebanggaan negara.
Nama keenam-enam calon untuk anugerah itu akan diumumkan 26 Feb ini bersama nama-nama calon daripada enam lagi kategori.
Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah kepada acara itu pada 26 Mac ini.
Bernama
Wed Feb 19 2014

Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

23 individu termasuk 7 anggota polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, malam tadi.
Lebih 9 bilion perjalanan direkodkan di China pada cuti Tahun Baru Cina
Sebanyak 9.02 bilion perjalanan domestik direkodkan sepanjang 40 hari musim percutian Tahun Baharu Cina di China, melebihi 8.4 bilion perjalanan yang direkodkan bagi tempoh percutian sama, tahun lalu.
Penyelesaian perang, masa depan perlu libatkan Ukraine - PM Starmer
Sebarang Usaha menamatkan peperangan sekali gus perbincangan mengenai masa depan di Ukraine tidak bermakna tanpa penglibatan negara itu.
Polis Thailand dan Kemboja berjaya selamatkan 215 mangsa sindiket tipu
Menurut Pegawai Kanan Thailand, Jirayu Houngsub, mangsa yang diselamatkan termasuk 109 warga Thailand, 50 warga Pakistan, 48 warga India, 5 Taiwan dan 3 Indonesia.
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.

Marquez, Quintana pesaing pilihan untuk anugerah Laureus
Mereka masih menghadapi saingan sengit daripada ramai bakat muda sukan terhebat, termasuk pemain golf Lydia Ko, Guan Tianlang serta Simone Biles dan Yana Kudryavtseva.

Serena Williams dicabar Nicol David, rebut Anugerah Laureus 2014
Jaguh tenis wanita nombor satu dunia, Serena Williams dijangka bakal berdepan saingan sengit termasuk ratu skuasy negara, Nicol Ann David bagi merebut Anugerah Laureus 2014.