Enam pingat emas Yeap Zheng Yang banyak membantu Selangor untuk muncul juara keseluruhan renang Sukan Malaysia (Sukma) di Pusat Akuatik Sarawak di sini selepas meraih 20 emas, 15 perak dan sembilan gangsa.
Yeap jelas menjadi bintang utama skuad Selangor apabila turut membantu pasukan negeri itu mencipta tiga rekod baharu kejohanan dalam acara 4x200m gaya bebas, 4x100m rampaian berpasukan dan gaya bebas lelaki.
Namun tokoh penting dalam kebangkitan hebat Selangor adalah bekas Olimpian, Marilyn Chua yang mewakili negara di Sukan Olimpik 2000 Sydney.
Pengurus pasukan Selangor, Mark Chua berkata beliau dan adiknya, Marilyn mewujudkan satu sistem yang menggabungkan elemen dari SwimAustralia dan SwimAmerica (pendekatan yang terbukti berjaya dalam mengajar renang di Australia dan Amerika Syarikat).
Sebelum ini, Mark mengasah bakat renang dan kejurulatihannya di Australia manakala Marilyn meneruskan karier renangnya sehingga mendapat biasiswa di Universiti California, Los Angeles (UCLA) – antara universiti berprestij dalam sukan renang di Amerika Syarikat.
"Kami memulakan program ini sebaik Marilyn pulang dari Amerika Syarikat pada 2006 setelah beliau mendapati persembahan perenang kami adalah sederhana.
"Beliau kemudian menukar keseluruhan sistem yang ada menjadi program akar umbi yang baharu sehingga berjaya meletakkan perenang kami di tahap ini hari ini.
"Saya percaya dalam masa lima hingga 10 tahun akan datang, kami akan menjadi lebih kuat," katanya.
Mengenai persiapan menghadapi Sukma ke-18, Mark berkata ia telah dimulakan sejak tamat edisi 2014 di Perlis dengan semua jurulatih negeri, Majis Sukan Negeri Selangor (MSNS) dan Persatuan Renang Amatur Selangor (SASA) memberikan tumpuan untuk melahirkan bakat baharu.
"Objektif utama kami bukan hanya membimbing mereka menjadi perenang berbakat tetapi juga membekalkan mereka kepada skuad kebangsaan kerana Selangor adalah antara negeri utama dalam sukan renang," kata bekas perenang negara itu.
Pada masa sama, beliau berharap Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) mempunyai perancangan strategik jika mahu beberapa perenang negeri mewakili negara pada Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur.
"Kami gembira jika ASUM dapat menetapkan objektif atau berbincang dengan kami mengenai rancangan mereka.
"Apa yang penting kami mahu melindungi perenang kami kerana sudah melaburkan banyak wang ke atas mereka. Saya tidak mahu perenang saya 'tenggelam' selepas mereka menyertai skuad kebangsaan seperti yang berlaku sebelum ini," katanya.
Selain itu, Mark juga berharap ASUM dapat mempertimbangkan permohonan mereka mempunyai pusat latihan sendiri daripada terpaksa pergi ke Pusat Akuatik Nasional d Bukit Jalil untuk latihan.
Ketika ini, perenang Selangor menjadikan Pusat Akuatik Darul Ehsan sebagai pusat latihan mereka.
"Setakat ini, beberapa perenang kami berada di depan perenang Sekolah Sukan Bukit Jalil. Jadi, benarkan kami mempunyai pusat latihan sendiri untuk kami membimbing perenang berbakat kami sendiri, dan ia bukan hanya untuk faedah sekolah sukan tetapi juga negara," tegasnya.
Bernama
Thu Jul 28 2016

Mark dan Marilyn Chua mewujudkan satu sistem yang menggabungkan elemen dari SwimAustralia dan SwimAmerica bagi perenang mereka. - www.supersharkz.com
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Marilyn Chua tulang belakang kejayaan skuad renang Selangor
Marilyn yang mengurus pasukan Selangor bersama abangnya, Mark, telah mewujudkan satu sistem yang terbukti berjaya.