Hasrat Malaysia untuk menyapu bersih empat pingat emas pada hari terakhir Kejohanan Boling Padang Sime Darby Asia Pasifik Merdeka kali kelapan tidak kesampaian selepas tiga pasukannya tewas kepada lawan masing-masing.
Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) dalam satu kenyataan hari berkata emas tunggal negara disumbangkan oleh Malaysia A yang menumpaskan Malaysia B menerusi acara berempat campuran pada kejohanan yang berlangsung di Bayuemas Indoor Bowl, Klang hari Ahad.
Malaysia A yang diwakili Hizlee Rais, Siti Zalina Ahmad, Noor Hashimah Ismail dan Izzat Shameer menewaskan Malaysia C yang dibarisi Fairus Abd Jabal, Emma Firyana, Zulhilmie Redzuan dan Azlina Arshad dengan kemenangan tipis 5-4.
Ketua Malaysia A, Noor Hashimah berkata beliau gambira dan lega dengan kejayaan memenangi emas walaupun sedikit kecewa selepas tewas pada perlawanan akhir beregu campuran.
"Ini kali pertama saya memasuki final untuk dua acara. Tiada tuah untuk beregu campuran namun akhirnya terubat sedikit dengan kejayaan berpasukan ini hasil bantuan rakan-rakan yang lain.
"Bagi saya, kejohanan ini medan ujian terbesar selepas hanya kembali menjalani latihan tiga bulan yang lepas. Kejayaan ini menaikkan lagi semangat saya untuk mempersiapkan diri menjelang Sukan Komanwel tahun hadapan," kata Noor Hashimah.
Terdahulu, beliau yang bergandingan bersama Izzat Shameer dalam acara beregu campuran kalah 5-9 kepada pasangan India, Dinesh Kumar dan Lovely Choubey.
Acara perseorangan lelaki dan wanita turut menyaksikan wakil negara iaitu Fairus Abd Jabal dan Noor Zafirah Khalid kecundang kepada lawan masing-masing.
Fairus tewas 11-18 kepada wakil Australia, Matthew Bavs manakala Serena Matthews dari New Zealand mengatasi Noor Zafirah dengan keputusan 18-15.
Dalam kenyataan yang sama, ketua jurulatih skuad boling padang negara, Zuraidi Puteh berkata beliau berpuas hati dengan pencapaian pada edisi kali ini walaupun tiga wakil negara tewas di peringkat akhir.
"Sebenarnya, pemain-pemain saya telah bermain dengan lebih baik tahun ini berbanding tahun lepas di kejohanan yang sama walaupun ketika itu kita memperoleh tiga emas.
"Pasukan ini juga hanya dikumpulkan tiga bulan yang lepas. Jadi bila mereka berjaya mara ke final dan memberikan saingan yang sengit kepada pasukan-pasukan kuat di dunia seperti Australia dan New Zealand, itu sudah dikira kejayaan yang cukup besar " kata Zuraidi.
Secara keseluruhannya, Malaysia yang diwakili empat pasukan berjaya mengutip satu pingat emas, tiga perak dan tiga gangsa dalam kejohanan ini.
Hadiah dan trofi kejohanan disampaikan Timbalan Presiden PLBM, Datin Seri Tengku Noor Hazah Al Haj.
Bernama
Mon Oct 07 2013

Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Malaysia raih satu emas pada Kejohanan Boling Padang Asia Pasifik Merdeka
Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM) dalam satu kenyataan hari berkata emas tunggal negara disumbangkan oleh Malaysia A.