PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Sekretariat Industri Sukan, dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) pada Jumaat melancarkan Akaun Satelit Sukan yang bertujuan menyediakan sistem perakaunan terperinci mengenai industri sukan negara.
Majlis pelancaran Akuan Satelit Sukan itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh di Menara KBS di sini.
Akaun itu yang akan menggunakan 73 Kod Industri Standard Malaysia (MSIC) bagi memberi gambaran ekonomi lebih terperinci dan menyeluruh di luar penunjuk makroekonomi, antara lain bertujuan menyediakan statistik dan set data melibatkan industri sukan yang komprehensif, menyeluruh dan holistik.
Selain itu, ia juga bagi menjejaki sumbangan dan pulangan diberikan industri sukan terutamanya kepada ekonomi negara dan menjadi rujukan relevan buat pembuat dasar serta membekalkan maklumat dan data yang sahih berkaitan industri sukan Malaysia khususnya kepada pihak berkepentingan berkaitan.
"Tanpa data ini sukar kita mendapatkan bajet yang setimpal untuk sukan sebab sukan dilihat sebagai rekreasi saja sedangkan kita adalah satu industri. Dengan adanya data terperinci termasuk data untuk latihan sukan dan jurulatih kita akan lihat tenaga kerja dalam industri sukan akan meningkat.
"Kita percaya ini satu inisiatif yang bagus dan dalam negara Asia Tenggara kita adalah yang terawal menceburinya, jadi kita sangat teruja untuk melihat potensi yang akan wujud daripada sektor industri sukan ini," kata Hannah ketika ditemui pemberita di sini.
Pada masa sama, beliau meminta supaya sektor industri sukan mendapatkan Laporan Awalan Akaun Satelit Sukan 2022, tahun ini dan tahun mendatang yang disediakan secara percuma di portal DOSM dan KBS serta Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) untuk melihat nilai sebenar industri sukan dan sumbangannya kepada pembangunan ekonomi negara.
Hannah turut mengakui dengan adanya akaun itu mampu memberi lebih keyakinan kepada pihak berkepentingan dalam industri sukan.
"Tapi yang paling utama adalah untuk saya dapatkan bajet lebih besar bagi KBS, saya tak nak KBS dilihat sebagai kementerian yang hanya melakukan aktiviti sukan dan untuk belia saja.
"Saya tak nak kita dilihat sebagai kementerian yang hanya membelanjakan duit tapi tak dapat jana duit untuk kerajaan, saya percaya data ini akan menjadi pengubah keadaan bagi sektor industri sukan," katanya.
Berdasarkan Laporan Awalan Akaun Satelit Sukan 2022, nilai ditambah kasar industri sukan telah bertumbuh sebanyak 12.1 peratus pada 2022 berbanding 1.9 peratus pada tahun sebelumnya dengan jumlah RM19.6 bilion, sekali gus nilai itu bersamaan dengan 1.34 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun berkenaan.
Dalam pada itu, Akaun Satelit Sukan memberi penekanan kepada enam output iaitu KDNK; Permintaan dan Penawaran Produk dan Perkhidmatan Sukan; Eksport Produk dan Perkhidmatan Sukan; Import Produk dan Perkhidmatan Sukan; Komponen Pendapatan Industri Sukan dan Guna Tenaga Dalam Industri Sukan.
Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Ketua Setiausaha KBS Dr Nagulendran Kangayatkarasu dan Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 31 2024
Hannah (tengah) dan Mohd Uzir (dua, kanan) menunjukkan buku laporan awalan Akaun Satelit Sukan 2022 pada Pelancaran Akaun Satelit Sukan di Menara Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya, semalam. Turut kelihatan, Nagulendran (dua, kiri). --fotoBERNAMA
PRK Nenggiri: Pemuda UMNO taruh harapan orang muda bertanding
Dr Akmal berkata, orang muda lebih mudah mendekati pengundi dalam menyampaikan maklumat, mempunyai tenaga dan idea untuk bangunkan kawasan.
Biden rancang lebih banyak tidur, tiada lagi acara selepas 8 malam
Presiden Joe Biden beritahu Demokrat beliau perlukan lebih banyak tidur dan rancang untuk tidak hadir mana-mana acara selepas 8 malam.
Pilihan raya UK: Parti Buruh diunjur menang besar
Tinjauan pendapat ketika ini mengunjurkan Parti Buruh meraih 410 kerusi diikuti Konservatif 131, Liberal Demokrat (61) dan Reform UK (13).
PRK Sungai Bakap: Fadhlina tulis warkah, rayu undi calon PH
Orang sebaik dan cerdik seperti Joohari wajar mendapat tempat untuk menjadi pemimpin di Pulau Pinang, kata Fadhlina.
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
PM Anwar lawat Rozaid di Hospital Serdang
Anwar mendoakan agar Rozaid diberi kesembuhan sesegera mungkin.
KPM komited teruskan pembinaan SJKT Sungai Bakap
Projek itu dalam proses untuk diangkat semula termasuk mengemas kini kertas-kertas dokumentasi di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri.
AUG 2024: Kem olahraga capai sasaran 10 pingat emas
Azeem Fahmi sekali lagi cemerlang mengungguli acara 200 meter dengan catatan masa 21.15 saat.
Melaka tingkatkan penganjuran program advokasi, kurangkan isu sosial pelajar sekolah
Program Advokasi Kanak-Kanak dengan kerjasama JKM Melaka dianjur bagi mendidik ibu bapa dan pelajar tentang isu semasa melibatkan generasi muda.
Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.
Olimpik Paris: KBS salur dana RM300,000 untuk atlet profesional termasuk Zii Jia
Empat atlet profesional negara yang akan beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024 telah diberikan geran bantuan berjumlah RM300,000 daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Pakaian diperkenalkan tidak digunakan untuk perbarisan Olimpik Paris - Hannah
Hannah berkata terdapat set pakaian rasmi lain bagi acara berkenaan selain menegaskan supaya tiada perbandingan dibuat berhubung kepimpinannya di KBS dengan bekas menteri Khairy Jamaluddin.
KBS tubuh jawatankuasa pantau projek NTC FAM - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi memantau kemajuan projek pembinaan Pusat Latihan Kebangsaan (NTC) FAM.
Pakaian rasmi kontinjen negara luar bidang kuasa KBS - Hannah
Pemilihan dibuat selepas MOM dan pihak penaja berbincang dan mempertimbangkan beberapa faktor antaranya kos yang perlu dikeluarkan.
Program Senaman Warga Emas diperluas ke 120 lokasi seluruh negara
Kementerian Belia dan Sukan bakal memperluaskan Program Senaman Warga Emas 2024 ke 120 lokasi seluruh negara.
Goodday Charge persembahkan Team eMAS, pasukan eSukan warga emas pertama Malaysia
Diiktiraf Malaysia Book of Records, perkuat usaha melegitimasi e-sukan sebagai sejenis sukan sebenar.
Terbuka Australia 2024: Hannah ucap tahniah kepada Zii Jia
Bekas juara All England itu menewaskan pemain Jepun Kodai Naraoka menerusi aksi tiga set 21-19,11-21 dan 21-18.
KBS bincang dengan PBT untuk mudahkan akses orang ramai kepada kemudahan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang berbincang dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menjadikan kemudahan sukan lebih mudah diakses oleh orang ramai.
Hannah mahu pastikan Faisal Halim pulih sepenuhnya sebelum kembali beraksi
Menteri Belia dan Sukan mahu memastikan pemain bola sepak Mohamad Faisal Halim pulih sepenuhnya sebelum kembali beraksi.
Syarat penyertaan minimum SUKMA dikaji semula - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) akan mengkaji semula syarat penyertaan minimum bagi acara yang dipertandingkan di temasya Sukan Malaysia (SUKMA).