Malaysia berkemungkinan memiliki akademi golf pertama bagi mengasah bakat pelajar dalam sukan ini yang akan diadakan di Padang Golf Awam Majlis Daerah Bera.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid bagaimanapun berkata kementerian akan meninjau kesesuaian padang golf yang terletak tujuh kilometer daripada bandar Bera itu setelah ditawarkan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Anggota Parlimen Bera.
Beliau menambah beliau akan mengarahkan Pengarah Bahagian Sukan kementerian, Dr Mehander Sigh untuk meninjau dan berbincang dengan Pegawai Daerah Bera, Datuk Razihhan Adzharuddin bagi mendapatkan perincian perkara itu Isnin ini.
"Setakat ini kita masih tidak mempunyai satu akademi khusus dalam bidang sukan golf sedangkan akademi serupa telah diwujudkan di negara lain yang terbukti berjaya melahirkan pemain golf berjaya bagi mewakili negara mereka.
"Kita sudah ada pelajar yang bermain golf di peringkat negeri masing-masing dan setiap tahun kita menghimpunkan kira-kira 30 pemain di kem yang diadakan di Kuala Lumpur pada musim cuti sekolah untuk tempoh selama 10 hari," katanya kepada pemberita.
Mahdzir merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera 2017 di Kompleks Rakan Muda Bera hari ini.
Turut hadir Ismail Sabri yang juga Ketua Bahagian UMNO Bera dan barisan kepimpinan parti bahagian iaitu Sabariah Saidan (Wanita), Mohd Zoolihsan Ahmad (Pemuda) dan Salmiah Ab Rahman (Puteri).
Beliau berkata penubuhan akademi itu kelak akan membolehkan pemain cilik negara menjalani latihan dengan lebih kerap dan mendapat tunjuk ajar daripada golongan profesional tanpa meninggalkan bidang akademik mereka.
Ismail Sabri berkata padang golf awam itu jarang digunakan selain terdapat sebuah sekolah berasrama berhampiran padang golf itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2017
Mahdzir Khalid (kanan) berbincang dengan Ismail Sabri pada perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda hari ini. --fotoBERNAMA
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata hasil kajian tersebut akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan dan kelulusan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari bukti hari ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan unit skuba (Unit Forensik) serta Unit Anjing Pengesan (K9) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, pagi esok.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Mohd Asri Mohd Yunus ketika dihubungi Bernama berkata proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Dewan Rakyat: Langkah meknoktahkan kemisikan tegar di Sabah antara tumpuan hari ini
Langkah-langkah untuk meknoktahkan kemiskinan tegar di Sabah terutamanya di lapan daerah yang dikategorikan termiskin di Malaysia antara tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kagame, menang 99.5 peratus pilihan raya Rwanda
Paul Kagame meneruskan khidmatnya buat penggal keempat berturut-turut sebagai Presiden Rwanda, selepas memenangi 99.15 peratus undi dalam pilihan raya negara itu.
Polis kerah lebih 300 anggota kawal perlawanan Piala FA
Seramai 351 anggota polis ditugaskan bagi mengawal perlawanan separuh akhir Piala FA antara Terengganu FC (TFC) dengan Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) Jumaat ini.
Perisik Korea Utara berpaling tadah
Seorang diplomat Korea Utara berprofil tinggi yang ditempatkan di Cuba dikenali sebagai Ri II Kyu, 52 tahun, berpaling tadah ke Korea Selatan.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di bilik hotel di Thailand
Jabatan Negara Amerika Syarikat ambil maklum mengenai laporan mengenai dua warganegaranya yang ditemui mati di sebuah hotel di Thailand.
Malaysia mungkin bina akademi golf - Mahdzir Khalid
Bagaimanapun, kementerian akan meninjau kesesuaian padang golf yang terletak tujuh kilometer daripada bandar Bera itu setelah ditawarkan Ismail Sabri.