Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) berhasrat menawarkan diri untuk menjadi tuan rumah kejohanan Hoki Piala Dunia pada 2022.
Hasrat tersebut timbul selepas Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH) menawarkan Malaysia untuk menjadi tuan rumah pusingan kedua Final Siri Hoki Dunia pada Jun tahun depan iaitu pusingan kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal, berkata FIH percaya Malaysia mempunyai kemudahan dan keupayaan untuk menganjurkan kejohanan baharu bagi pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.
"FIH melihat Malaysia sebagai venue hebat untuk menganjurkan kejohanan-kejohanan bertaraf dunia," katanya pada sidang media di Stadium Hoki Nasional di sini pada Khamis.
Bagaimanapun, katanya, pihaknya akan memberi pertimbangan serius atas tawaran yang diterima daripada badan induk dunia itu dan perkara itu akan dibincangkan pada mesyuarat Lembaga Eksekutif MHC pada 3 Jun ini untuk mendapatkan kata putus.
Seandainya Malaysia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022, Subahan berkata ia akan menjadi kali pertama dalam tempoh 20 tahun selepas kali terakhir menganjurkannya pada 2002.
"Kami serius untuk menganjurkan Piala Dunia 2022 kerana skuad lelaki negara dan wanita telah menunjukkan peningkatan mendadak dan mampu bersaing dengan mana-mana pasukan bertaraf dunia," katanya.
Beliau juga berkata menjadi tuan rumah Final Siri Hoki Dunia di Kuala Lumpur tahun depan juga memberi kelebihan kepada impian skuad lelaki negara bimbingan Stephen Van Huizen untuk layak ke Sukan Olimpik 2020 sekiranya gagal menjadi juara benua pada Sukan Asia 2018 di Indonesia, Ogos ini.
Beliau berharap kerajaan baharu pimpinan Pakatan Harapan (PH) menerusi menteri baharu bagi portfolio sukan akan terus memberi sokongan kepada program pembangunan yang dilaksanakan oleh MHC.
Sementara itu, Pengarah Teknikal MHC, Terry Walsh berkata Final Siri Hoki Dunia adalah format baharu FIH bagi menggantikan Liga Hoki Dunia (WHL) sebelum ini.
Beliau berkata siri final itu dibahagikan kepada tiga pusingan dan pusingan akhir turut mernyaksikan penyertaan empat pasukan terbaik daripada Liga Hoki Profesional (HPL).
Menurutnya, enam pasukan terbaik selepas pusingan akhir Final Siri Hoki Dunia akan mengiringi lima juara benua serta tuan rumah Jepun ke Sukan Olimpik 2020.
Beliau berkata format sama akan diguna pakai untuk Piala Dunia 2022.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 17 2018

Seandainya Malaysia menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022, Subahan (gambar) berkata ia akan menjadi kali pertama dalam tempoh 20 tahun selepas kali terakhir menganjurkannya pada 2002. - fotoBERNAMA/Fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Piala Dunia Remaja Lelaki 2023: Young Tigers mampu lakar kejutan - Subahan
KHM yakin skuad Young Tigers mampu memberikan kejutan dalam Kumpulan A Kejohanan Hoki Piala Dunia Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, dari 5 hingga 16 Dis ini.

Malaysia tuan rumah Kejohanan Hoki Remaja Lelaki Dunia 2023
Malaysia berjaya memenangi bidaan sebagai tuan rumah Kejohanan Hoki Piala Remaja Lelaki Dunia 2023, Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH).

KHM bangga dua pegawai dipilih adili kejohanan antarabangsa
Subahan Kamal mengucapkan tahniah kepada kedua-dua jawatankuasa itu atas pelantikan dua pegawai berkenaan.

AHF tunda hoki Piala Remaja Wanita Asia susulan COVID-19
AHF dalam laman sesawang www.asianhockey.org berkata tarikh baharu untuk kejohanan itu akan dibincangkan dan ditetapkan secepat mungkin.

Sistem ranking baharu FIH tidak semestinya beri kelebihan - Subahan
Datuk Seri Subahan Kamal berkata adalah terlalu awal untuk membuat andaian mengenai sistem itu kerana terdapat percanggahan maklumat.

Impian ke Olimpik buat pertama kali berkecai
Skuad hoki wanita negara terpaksa menunggu empat tahun lagi untuk ke Sukan Olimpik buat pertama kali apabila peluang ke temasya edisi 2020 di Tokyo tertutup selepas tewas 3-0 di tangan Korea Selatan.

Final Siri Hoki Dunia: Mirnawan kecewa FIH batalkan penggunaan sistem video rujukan pengadil
Mirnawan menganggap sistem itu penting dalam membantu pengadil menentukan keputusan perlawanan, apatah lagi ia turut menjadi saingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Malaysia tawar diri tuan rumah Hoki Piala Dunia 2022
MHC akan turut menghantar bidaan untuk menjadi tuan rumah Pusingan Akhir Siri Dunia Lelaki 2019 dan Pusingan Akhir Siri Dunia Wanita 2021.

Malaysia minat jadi tuan rumah Hoki Piala Dunia 2022
Presiden MHC, Datuk Seri Subahan Kamal, berkata FIH percaya Malaysia mempunyai kemudahan dan keupayaan untuk menganjurkan kejohanan baharu bagi pusingan kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Keputusan kes doping Kumar sebelum 5 April ini
Subahan berkata FIH akan memutuskan sama ada Kumar perlu menjalani sesi pendengaran atau terus dijatuhi hukuman berhubung kes doping berkenaan.