SKUAD bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan mengikat Thailand 1-1 pada aksi terakhir Kumpulan C Kejohanan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya, Indonesia pada Khamis.
Keputusan itu menyaksikan skuad muda negara mengekalkan rekod cemerlang tanpa kalah sekali gus muncul juara kumpulan dengan mengumpul tujuh mata.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Gelora Bung Tomo itu, skuad negara bermula goyah pada separuh masa pertama apabila ketinggalan seawal minit kelima menerusi gol Caelan Tanadon Ryan.
Bagaimanapun, Malaysia yang berstatus juara bertahan kembali bangkit tiga minit selepas separuh masa kedua bersambung menerusi jaringan penalti Pavithran Gunalan untuk mengikat kedudukan.
Skuad muda negara berjaya untuk mendominasi perlawanan sepanjang separuh masa kedua tersebut dengan beberapa peluang keemasan namun gagal mencari gol kemenangan.
Anak buah Juan Torres Garrido akan menempah pertemuan dengan tuan rumah yang juga juara Kumpulan A di pusingan separuh akhir pada Jumaat.
Dalam satu lagi aksi separuh akhir akan menemukan Thailand dan juara Kumpulan B, Australia.
Sinar Harian
Thu Jul 25 2024

Keputusan itu menyaksikan skuad muda negara mengekalkan rekod cemerlang tanpa kalah sekali gus muncul juara kumpulan dengan mengumpul tujuh mata. - Sumber foto FAM

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Yassin tidak ditahan di penjara, hafaz 20 juzuk al-Quran - Saiful Apek
Menurut Saiful, setakat ini apa yang diketahui, Yassin akan pulang sebelum Aidilfitri nanti.

Indonesia ranap misi skuad B-19 kebangsaan pertahan juara
Skuad bola sepak B-19 kebangsaan terkandas di separuh akhir selepas tewas tipis 0-1 kepada Indonesia.

Malaysia ke separuh akhir Piala AFF B-19
Skuad bola sepak Bawah 19 Tahun (B-19) kebangsaan mengikat Thailand 1-1 pada aksi terakhir Kumpulan C Kejohanan B-19 ASEAN 2024 di Surabaya, Indonesia pada Khamis.