Skuad wanita negara gagal ke final apabila kalah 2-0 kepada juara bertahan Mesir pada saingan separuh akhir Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2015 yang berlangsung di Eindhoven di sini, Isnin.
Kekalahan tersebut menyaksikan skuad negara mengulangi pencapaian sama pada edisi 1997 dan 1999 masing-masing di Brazil dan Belgium.
Pada saingan separuh akhir, juara remaja dunia, Nouran Gohar menghadiahkan mata pembukaan kepada Mesir apabila dengan mudah mengalahkan Andrea Lee dalam masa 21 minit dengan keputusan 11-0, 11-7 dan 11-4.
Mesir mengesahkan slot final menerusi Habiba Mohamed apabila mengalahkan pemain remaja utama negara, S. Sivasangari dengan 11-6, 11-5 dan 11-6.
Mesir, yang memburu gelaran ketujuh, akan bertemu dengan pemenang antara England dan Amerika Syarikat, yang dijadual lewat malam ini.
Sebagai rekod, Mesir telah merangkul kejuaraan tersebut sebanyak enam kali iaitu pada 1999, 2003, 2007, 2009, 2011 dan 2013.
Astro Arena
Mon Aug 03 2015

Kekalahan tersebut menyaksikan skuad negara mengulangi pencapaian sama pada edisi 1997 dan 1999 masing-masing di Brazil dan Belgium. - Gambar Astro ARENA

Kuwait kutuk tindakan Israel putuskan bekalan elektrik di Gaza
Kuwait menyifatkan tindakan ini sebagai pelanggaran hak asasi dan undang-undang antarabangsa.

Cadillac sah jadi pasukan ke-11 Formula 1 2026
Keluarga besar Formula 1 akan menerima kehadiran ahli baharu apabila pasukan Cadillac sah akan menyertai siri perlumbaan bermula 2026.
AWANI Ringkas: PM seru rakyat jadi ejen perpaduan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taylor’s University lancar program PPE pertama di Malaysia, persiap graduan jadi pemimpin masa hadapan
Program ini dirangka untuk memenuhi keperluan pasaran dengan kemahiran kritikal dan melibatkan kerjasama erat dengan industri.

KDN tiada hasrat ikut langkah AS berhubung dasar hantar pulang pendatang tanpa izin
Kementerian Dalam Negeri tidak bercadang mengikut langkah Amerika Syarikat berhubung dasar menghantar pulang pendatang tanpa izin.

Insiden baling botol: AFC bakal hukum JDT?
AFC sedang menunggu laporan penuh berhubung tindakan segelintir penyokong JDT membaling botol ke dalam kawasan padang semasa perlawanan ACLE menentang Buriram United.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, minyak masak di Kapar
KPDN Selangor berjaya menumpaskan dua aktiviti penyelewengan barang kawalan bersubsidi melibatkan gas petroleum cecair (LPG) dan minyak masak peket.

Butiran mengenai pendidikan tinggi percuma di Sarawak diketahui Nov
Inisiatif ini bertujuan mengukuhkan tenaga kerja dalam bidang STEM, undang-undang, dan perakaunan.

ACLE: Sedih, tetapi JDT akan terus berkembang - Bidoglio
Ketua Jurulatih JDT Hector Bidoglio, meluahkan rasa sedihnya selepas pasukannya tewas kepada kelab Thailand, Buriram United.

Meta dilapor sedang uji cip latih AI pertama
Cip dalam siri Meta Training and Inference Accelerator (MTIA) dijangka digunakan untuk melatih model AI seawal 2026.

Malaysia gagal ke final selepas tewas kepada Mesir
Skuad wanita negara gagal ke final apabila kalah 2-0 kepada juara bertahan Mesir pada saingan separuh akhir Kejohanan Skuasy Remaja Dunia 2015 di Eindhoven, Belanda, Isnin.