Skuad hoki wanita kebangsaan terus dirundung malang setelah tewas 1-3 kepada naib juara 2016, China pada aksi kedua pusingan awal Kejohanan Hoki Trofi Juara-Juara Asia Wanita di Stadium Sunrise, Donghae, Korea Selatan, hari ini.
Ia merupakan kekalahan kedua dialami skuad kendalian Muhammad Dharma Raj Abdullah itu yang tewas dengan jaringan sama kepada pasukan tuan rumah pada aksi pembukaan, semalam.
Pada aksi hari ini, China mendahului 2-0 hasil jaringan padang Zhang Jinrong seawal minit ketiga perlawanan sebelum Li Hong menggandakan kedudukan pada minit ke-20, juga menerusi gol padang.
Hanis Nadia Onn berjaya merapatkan kedudukan untuk Malaysia menerusi gol padang pada minit ke-22, namun Cui Qiuxia memastikan kemenangan sulung China melalui pukulan penalti pada minit ke-53.
Mengulas mengenai kekalahan tersebut, Muhammad Dharma Raj mengakui pemainnya gagal memberi saingan sengit kepada pasukan lawan yang berada pada ranking kelapan dunia.
Beliau berkata kehilangan dua tonggak utama, Raja Norsharina Raja Shahbuddin yang patah jari serta Julaini Muhammad Din yang mengalami kecederaan lutut, menjejaskan rentak permainan pasukan kebangsaan.
Sehubungan itu, Muhammad Dharma Raj mengharapkan pemainnya kembali bangkit memberi saingan kepada Jepun pada aksi ketiga, Rabu ini.
Dalam satu lagi perlawanan hari ini, Korea Selatan dan Jepun seri 1-1. -- Bernama
Bernama
Mon May 14 2018
![Malaysia alami kekalahan kedua Kejohanan Hoki Trofi Juara-juara Asia Wanita Malaysia alami kekalahan kedua Kejohanan Hoki Trofi Juara-juara Asia Wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51513585768_HokiStick.jpg)
Skuad hoki wanita Malaysia tewas 1-3 kepada naib juara 2016, China, pada Isnin. - Gambar hiasan
IOC tolak khabar angin pembatalan Sukan Olimpik Paris
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menolak "khabar angin" mengenai pembatalan atau penangguhan Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan situasi politik di Perancis. IOC menyatakan ia adalah sebahagian daripada kempen maklumat palsu.
Warga London berharap tapi tidak optimis
Penduduk di London mempunyai pandangan dan jangkaan yang bercampur baur dengan sebilangan berasa optimistik dengan keputusan yang bakal diterima manakala yang lain mengatakan mereka tidak akan mengundi.
Parti Buruh diramalkan tewaskan Konservatif pimpinan Sunak
Tinjauan pendapat meletakkan parti Starmer di landasan untuk mendapatkan kemenangan besar tetapi juga mencadangkan ramai pengundi hanya mahukan perubahan selepas tempoh perbalahan dan pergolakan di bawah Konservatif
Enam ditahan kes rempuhan di utara India
Insiden itu berlaku pada Selasa (2 Julai) di kampung Phulrai Mughal Garhi, di daerah Hathras, di mana kira-kira 250,000 orang berkumpul untuk mendengar ceramah seorang pendakwah terkenal.
Levi majikan hanya digunakan untuk latihan kemahiran - PSMB
PSMB menegaskan bahawa levi majikan sememangnya hanya digunakan untuk tujuan latihan pekerja mereka sahaja selama ini.
Enakmen Lembah Klang Raya dibentang tahun hadapan - Amirudin
Enakmen Lembah Klang Raya Selangor dijangka dibentang dan dibahaskan di Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Noh Omar sah sertai Bersatu berkuat kuasa serta-merta
Bekas Pengerusi UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar sah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuat kuasa serta-merta.
Lelaki ditahan didakwa laku gangguan seksual ketika kempen
Suspek direman selama dua hari untuk siasatan lanjut dan polis memberi jaminan akan menjalankan siasatan secara terperinci.
Muhyiddin dapatkan khidmat Peguam Diraja
Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendapatkan khidmat Peguam Diraja (King’s Counsel) untuk menyertai barisan pembelaannya dalam usaha beliau membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat pertuduhan salah guna kuasa terhadapnya.
Dua polis parah, seorang suspek maut
Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata melalui siasatan awal, pihaknya mendapati dua anggota polis berkenaan sedang dalam tugasan rondaan dan cuba menahan kereta dinaiki suspek, untuk tujuan pemeriksaan.
![Malaysian Tigress belasah Vietnam 25-0 di Piala Asia 2024 Malaysian Tigress belasah Vietnam 25-0 di Piala Asia 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715597205_TBHockey.jpg)
Malaysian Tigress belasah Vietnam 25-0 di Piala Asia 2024
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan bermula langkah kanan pada aksi Kumpulan A Piala Asia 2024 apabila membelasah Vietnam 25-0 di Chonburi Thailand hari ini.
![Piala Dunia: Skuad hoki 5s wanita negara belasah Oman 10-0 Piala Dunia: Skuad hoki 5s wanita negara belasah Oman 10-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706089770_TBHokiWanitajpg.jpg)
Piala Dunia: Skuad hoki 5s wanita negara belasah Oman 10-0
Skuad hoki lima sebelah (5s) wanita negara mempamerkan permulaan meyakinkan pada kempen Piala Dunia Hoki 5s 2024 apabila membelasah tuan rumah Oman 10-0 pada aksi Kumpulan A di Muscat, hari ini.
![Malaysian Tigress tumpas 0-3 kepada Kanada Malaysian Tigress tumpas 0-3 kepada Kanada](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/41705269598_MalaysianTigress.jpg)
Malaysian Tigress tumpas 0-3 kepada Kanada
Pasukan Kanada membuka jaringan seawal minit ketiga apabila Sara McManus menyempurnakan pukulan sudut penalti.
![Sukan SEA: Malaysian Tigress hampiri kejayaan raih emas Sukan SEA: Malaysian Tigress hampiri kejayaan raih emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61683960250_HokiwanitaMalaysi.jpg)
Sukan SEA: Malaysian Tigress hampiri kejayaan raih emas
Pasukan hoki wanita kebangsaan berada di landasan tepat untuk merangkul pingat emas selepas mengesahkan tempat di final dengan kejayaan menewaskan Thailand 3-0.
![Bekas jurulatih hoki wanita negara William Fidelis meninggal dunia Bekas jurulatih hoki wanita negara William Fidelis meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/71623083706_WilliamFidelis.jpg)
Bekas jurulatih hoki wanita negara William Fidelis meninggal dunia
Fidelis, bekas pemain hoki Negeri Sembilan pada era 60-an dan 70-an, menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun.
![Hoki: Malaysian Tigress belasah Hong Kong 10-0 Hoki: Malaysian Tigress belasah Hong Kong 10-0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81529883802_DATUKDRSSHAMALA.jpg)
Hoki: Malaysian Tigress belasah Hong Kong 10-0
Skuad wanita negara membelasah Hong Kong 10-0 pada kejohanan Hoki Siri Terbuka Wanita 2018 di Stadium Sengkang, Singapura.
![Malaysia alami kekalahan kedua Kejohanan Hoki Trofi Juara-juara Asia Wanita Malaysia alami kekalahan kedua Kejohanan Hoki Trofi Juara-juara Asia Wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-12/51513585768_HokiStick.jpg)
Malaysia alami kekalahan kedua Kejohanan Hoki Trofi Juara-juara Asia Wanita
Skuad hoki wanita kebangsaan tewas 1-3 kepada naib juara 2016, China, pada Isnin.
![Hoki: Kejohanan Liga Remaja Wanita bermula 19 Feb Hoki: Kejohanan Liga Remaja Wanita bermula 19 Feb](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-02/81455355438_HokiStick.jpg)
Hoki: Kejohanan Liga Remaja Wanita bermula 19 Feb
Buat julung kali Konfederasi Hoki Malaysia akan memperkenalkan Kejohanan Liga Remaja Wanita 2016 bermula 19 Februari hingga 10 April ini.
![M'sia layak ke separuh akhir pusingan kedua Liga Hoki Dunia M'sia layak ke separuh akhir pusingan kedua Liga Hoki Dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-03/61425828768_295x200.jpg)
M'sia layak ke separuh akhir pusingan kedua Liga Hoki Dunia
Skuad wanita negara layak ke separuh akhir selepas mengalahkan Ghana 2-0 pada saingan suku akhir pusingan kedua Liga Hoki Dunia di Stadium Nasional Major Dhyan Chand.
![Seri 0-0 dengan Wales, skuad hoki wanita meraih satu mata Seri 0-0 dengan Wales, skuad hoki wanita meraih satu mata](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-07/51406775343_295x200.jpg)
Seri 0-0 dengan Wales, skuad hoki wanita meraih satu mata
Skuad hoki wanita meraih satu mata selepas seri 0-0 dengan Wales dalam saingan terakhir Kumpulan B.