Bintang tenis dunia Ekaterina Makarova dan David Ferrer meneruskan kemaraan mereka di Terbuka Australia selepas mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing.
Aksi pusingan keempat menemukan Makarova dan pilihan kelima, Angelique Kerber.
Berlangsung di Arena Rod Laver, Makarova mempamer corak permainan konsisten bagi melakar kemenangan 7-5, 6-4.
Beralih ke saingan lelaki, Ferrer tidak berdepan kesukaran dalam pertemuannya dengan Kei Nishikori dari Jepun.
Perlawanan ini dikuasai sepenuhnya Ferrer yang memperoleh kemenangan 6-2, 6-1 dan 6-4.
Ferrer kini akan berdepan rakan senegara dari Sepanyol, Nicolas Almagro di suku akhir.
Sementara itu, pilihan keempat, Agnieszka Radwanska melepasi halangan pusingan ketiga.
Dia menewaskan bekas pemain nombor satu dunia, Ana Ivanovic dari Serbia.
Radwanska yang juga finalis kejohanan Wimbledon tahun lalu menang dengan keputusan straight sets 6-2, 6-4.
Astro Awani
Sun Jan 20 2013
Situasi di Hospital Kamal Adwan di Gaza amat berbahaya, kata pengarah
Dr Hussam berkata tentera pendudukan itu menyasarkan petugas dan pesakit yang cuba bergerak keluar dari hospital, sambil menekankan bahawa situasi itu sangat berbahaya.
Sistem Japan Airlines alami serangan siber, ribuan pelanggan berdepan kelewatan
Syarikat Penerbangan Jepun, Japan Airlines (JAL) mengesahkan bahawa sistem elektroniknya mengalami serangan siber hari ini. Memetik laporan Reuters, serangan yang bermula sekitar 7.24 pagi Isnin waktu tempatan itu telah menyebabkan kelewatan beberapa penerbangan domestik dan antarabangsa.
Israel umum bina pos tentera di Bukit Golan
Pasukan Pertahanan Israel (IDF) mengumumkan bahawa pihaknya berhasrat membina pos tentera dalam zon penampan yang telah dinyah tenterakan di Bukit Golan, Barat Daya Syria.
Angka korban terkini di Palestin terus meningkat
Angka kematian terkini rakyat Palestin akibat serangan berterusan rejim Zionis meningkat kepada 45,361 orang dan jumlah kecederaan setakat ini meningkat kepada 107,803.
[TERKINI] Telegram dan WeChat mula proses pelesenan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengumumkan bahawa Telegram dan Tencent (WeChat) telah memulakan proses pelesenan yang diperlukan untuk mereka
Temui karakter kandungan Astro di Home of Kids
Orang ramai dijemput hadir ke Home of Kids yang berlangsung selama empat hari bermula 26 hingga 29 Disember dari jam 10.30 pagi hingga 9 malam di IOI Grand Convention Centre, IOI City Mall, Putrajaya.
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat pergolakan di Mozambique
Wisma Putra memaklumkan, tiada rakyat Malaysia di Mozambique terjejas akibat pergolakan yang berterusan yang kebanyakannya memberi kesan di kawasan bandar, termasuk ibu negara Maputo.
Pegawai pengurus gudang didakwa seleweng barang kawalan
Seorang pegawai pengurus gudang borong dan runcit sebuah pasar raya didakwa di Mahkamah Sesyen Pasir Mas atas pertuduhan memindahkan barang kawalan iaitu minyak masak berjumlah 2.41 tan dan gula pasir kasar berjumlah 480 kilogram pada 14 Januari lepas.
AWANI Ringkas: Dua beranak maut, empat cedera kemalangan di WCE
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Banjir di Lipis pulih sepenuhnya
Mangsa yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Lubuk Kulit dan PPS Masjid Kampung Beletik dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sekitar 12.20 tengah hari tadi.
Pertembungan dua rakan baik di final Tenis Terbuka Malaysia esok
Pilihan kedua Feliciano Lopez akan menentang rakan baiknya, pemain nombor lapan dunia David Ferrer dalam perlawanan akhir Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia, Ahad.
'Tahap motivasi saya seperti pemain berusia 20 tahun' - Ferrer
Pemain nombor lapan dunia, David Ferrer tidak akan berputus asa untuk meraih kejuaraan pada Kejohanan Tenis Terbuka Malaysia (MOKL) 2015 di Stadium Putra di Bukit Jalil.
Terbuka Perancis: Federer tersingkir, Ferrer mara
Roger Federer kandas di suku akhir setelah tewas kepada lawannya, Jo-Wilfried Tsonga dalam Tenis Grand Slam Terbuka Perancis.
Ferrer kalahkan Fognini dalam tenis antarabangsa Acapulco
Dalam permainan tenis antarabangsa Acapulco di Mexico, juara bertahan David Ferrer melangkah ke pentas akhir setelah menundukkan Fabio Fognini dalam aksi tiga set.
Dua jaguh tenis Sepanyol menonjol
Dua jaguh Sepanyol, Rafael Nadal dan David Ferrer bermula garang apabila mudah menjinakkan lawan masing-masing pada perlawanan pusingan pertama.
Makarova, Ferrer catat kemenangan di Australia
Bintang tenis dunia Ekaterina Makarova dan David Ferrer meneruskan kemaraan mereka di Terbuka Australia selepas mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing.