Dua gol mudah yang diberikan kepada Kemboja tidak sepatutnya berlaku sekiranya skuad Harimau Malaysia lebih berwaspada mengawal pergerakan pemain lawan.
Ketua jurulatih Harimau Malaysia, Datuk Ong Kim Swee berkata dua gol mudah yang dilepaskan boleh dielakkan sekiranya pemain bermain mengikut wisel pengadil dan bukannya bendera penjaga garisan.
Pada aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2016 di Stadium Thuwunna, semalam, Malaysia terpaksa bangkit dua kali sebelum menang tipis 3-2 ke atas Kemboja.
"Sudah tentu ia memberi satu pengajaran kepada pemain kita supaya bermain mengikut wisel dan bukannya ikut bendera," katanya pada sidang media selepas perlawanan itu.
Pemain negara membantah keputusan pengadil dari Oman, Abdul Baqi Yaqoob Said Abdullah yang membenarkan gol Chan Vathanaka seawal minit keenam walaupun penjaga garisan terlebih dahulu mengangkat bendera kerana pemain Kemboja itu dikatakan berada pada kedudukan ofsaid.
Mengulas lanjut, beliau mengakui dua gol yang dilepaskan adalah berpunca daripada keghairahan pemain negara mencari gol penyamaan sehingga membuka ruang kepada pemain Kemboja melakukan serangan balas pantas.
Ditanya mengenai prestasi Mohd Irfan Fazail dan Baddrol Bakhtiar, pengendali kelahiran Melaka itu berpuas hati dengan komitmen diberikan dua pemain tengah berkenaan sambil turut memuji pemain lain kerana berjaya bangkit mencatat kemenangan.
Dalam pada itu, Kim Swee menjelaskan kesebelasan utama menentang Vietnam, Rabu ini hanya akan diputuskan selepas satu lagi perlawanan pembukaan Kumpulan B antara tuan rumah bersama Myanmar dan Vietnam, malam ini.
Sementara itu, ketua jurulatih Kemboja, Lee Tae Hoon tidak berpuas hati dengan persembahan anak buahnya walaupun mendahului dua kali dalam perlawanan tersebut.
Beliau berkata kekalahan itu adalah pengajaran untuk pemainnya meningkatkan persembahan mereka sebelum menentang Myanmar dalam aksi kedua mereka di peringkat kumpulan.
"Ada pemain kami yang masih bertungkus lumus bermain di bawah terik mentari tetapi skuad saya turut menunjukkan mentaliti kemenangan apabila mendahului dua kali dalam perlawanan tadi.
"Terus terang saya jangkakan kami mampu sekurang-kurangnya seri 2-2 tetapi pemain saya hilang tumpuan pada pertengahan babak kedua sehingga menyebabkan kami kalah," kata jurulatih berasal dari Korea Selatan itu. -- Bernama
Bernama
Sun Nov 20 2016
![Main ikut wisel bukan bendera penjaga garisan - Kim Swee Main ikut wisel bukan bendera penjaga garisan - Kim Swee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479657869_MalaysiaCambodia.jpg)
Pada aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF Suzuki 2016 di Stadium Thuwunna, semalam, Malaysia terpaksa bangkit dua kali sebelum menang tipis 3-2 ke atas Kemboja. -Foto Bernama
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Main ikut wisel bukan bendera penjaga garisan - Kim Swee Main ikut wisel bukan bendera penjaga garisan - Kim Swee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/71479657869_MalaysiaCambodia.jpg)
Main ikut wisel bukan bendera penjaga garisan - Kim Swee
Dua gol mudah yang diberikan kepada Kemboja tidak sepatutnya berlaku sekiranya skuad Harimau Malaysia lebih berwaspada mengawal pergerakan pemain lawan.
![Piala Suzuki AFF: Malaysia bangkit benam Kemboja Piala Suzuki AFF: Malaysia bangkit benam Kemboja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-11/61479640262_AmriYahyah.jpg)
Piala Suzuki AFF: Malaysia bangkit benam Kemboja
Keputusan 3-2 kekal sehingga tamat perlawanana sekaligus meletakkan Malaysia di persada Kumpulan B.