SHAH ALAM: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh melihat penganjuran saingan Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 berpotensi menjadi titik perubahan bagi landskap bola sepak wanita di negara ini.
Hannah berkata dengan wujudnya saingan liga bagi wanita ia berupaya memupuk rasa minat terhadap bola sepak dalam kalangan kaum hawa, sejak dari kecil.
"Kanak-kanak perempuan yang menonton LWN akan rasa mereka pun boleh bermain, jadi daripada situ kita boleh cungkil lebih ramai (kanak-kanak perempuan) untuk bermain bola sepak. Saya akan adakan townhall bersama atlet dan jurulatih wanita untuk lihat mengenai ekosistem ini.
"Jika kita nak lebih ramai jurulatih wanita kena wujudkan lagi banyak kelab, kalau nak banyak kelab perlu dana dan tajaan secukupnya. Jadi ekosistem ini perlu diperkasa kalau nak bangunkan bola sepak wanita," katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian LWN 2023 di Stadium UiTM di sini, hari ini.
Turut hadir Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang menyifatkan LWN bukan sahaja dapat menjadi platform kerjaya kepada pemain, malah mampu memberi manfaat kepada pasukan kebangsaan.
Pada masa sama, Hamidin berkata FAM akan berusaha menarik lebih banyak penyertaan kelab dan pasukan negeri untuk bertanding pada edisi berikutnya.
Mengulas mengenai penglibatan penaja dari sektor korporat bagi mengembangkan lagi LWN, Hamidin berkata FAM sedang berusaha mendapatkan seberapa banyak penaja.
"Tetapi mereka (penaja) mungkin nak lihat dulu liga ini berjalan, kita harap dalam tiga hingga empat tahun lagi kita akan nampak peningkatan," katanya.
LWN 2023 yang bermula secara rasmi hari ini sehingga 5 Nov depan, menyaksikan sebanyak enam pasukan mengambil bahagian iaitu Sekolah Sukan Malaysia Pahang, Universiti Malaysia Sabah, Kelana United FC, LMS Tigress dan Selangor FC.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 05 2023
Hannah berkata dengan wujudnya saingan liga bagi wanita ia berupaya memupuk rasa minat terhadap bola sepak dalam kalangan kaum hawa, sejak dari kecil. - Gambar fail/KBS
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
LWN 2023 mampu jadi titik perubahan bola sepak wanita negara
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh melihat penganjuran saingan Liga Wanita Nasional (LWN) 2023 berpotensi menjadi titik perubahan bagi landskap bola sepak wanita di negara ini.