Perlumbaan jelajah berbasikal tertua Asia Le Tour de Langkawi (LTdL) terbukti telah mencetuskan budaya berbasikal di Malaysia.
Ia bukan sahaja berjaya melahirkan atlet berbasikal bertaraf profesional dan antarabangsa malah telah berjaya membudayakan basikal secara keseluruhannya.
Perkara ini diakui Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi penganjuran program Junior Cycling Malaysia (JCM) serta pembinaan sebuah lagi velodrom di Terengganu.
"LTdL telah menjadi pencetus budaya berbasikal di Malaysia bukan sahaja bagi atlet berprestasi tinggi tapi juga membudayakan basikal secara keseluruhan. Kita sudah ada JCM untuk mendidik anak-anak kita yang akhirnya nanti akan berpeluang mewakili Malaysia pada masa akan datang.
"Pada awal tahun depan kita akan mula membina velodrom di Dungun untuk memastikan sukan berbasikal dapat dirancakkan lagi supaya lebih ramai rakyat Malaysia melibatkan diri dalam sukan berbasikal ini," katanya kepada pemberita selepas pelancaran rasmi Petronas LTdL 2020.
Menurut Syed Saddiq lagi, dengan kembalinya LTdL ke Sabah dan Sarawak selepas kali terakhir pada 1997, ia bukan sahaja memberi peluang kepada peminat sukan berbasikal menikmati kemeriahan acara tetapi pada masa sama membantu menjayakan kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.
LTdL yang dinaik taraf kepada Siri Profesional (ProSeries) menampilkan empat tahap perlumbaan dijadualkan berlangsung dari 7 sehingga 14 Feb, meliputi jarak 1,095.7km melintasi laluan di Sarawak, Terengganu, Pahang, Wilayah Persekutuan (Putrajaya dan Kuala Lumpur), Selangor, Perak, Pulau Pinang serta Kedah.
Bagi edisi 2020, penganjurnya Human Voyage menjanjikan keunikan dengan kemasukan semula Sabah dan Sarawak serta pengenalan dua pra dan post perlumbaan iaitu Criterium International dan Malaysia Classic.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 24 2019

Dengan kembalinya LTdL ke Sabah dan Sarawak selepas kali terakhir pada 1997, ia bukan sahaja memberi peluang kepada peminat sukan berbasikal menikmati kemeriahan acara tetapi pada masa sama membantu menjayakan kempen TMM 2020. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

ISN ibarat jantung sukan negara - Atlet
Atlet turut berasakan teknologi yang sentiasa berkembang di ISN banyak membantu perjalanan karier mereka.

Kualiti dipertikai, atlet pulang semula pingat Sukan Olimpik Paris 2024
IOC mengesahkan bahawa pingat yang rosak akan digantikan secara sistematik oleh Monnaie de Paris.

Hannah gesa atlet elak jalan singkat 'kejar' kekayaan
Katanya, kemenangan dalam sukan harus dicapai dengan bermaruah dan integriti agar kejayaan yang dikecapi dapat dibanggakan dan dihormati.

KBS pertimbang perkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempertimbangkan untuk memperkenalkan kod tatakelakuan bagi atlet pada masa depan.

Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.

Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.

Nicol David dilantik sebagai duta pendidikan ITA
Katanya, beliau mempunyai tanggungjawab besar untuk menjadi suri teladan kepada atlet muda di Malaysia dan seluruh dunia.

UiTM juara keseluruhan SUKIPT 2024
UiTM mengetepikan juara bertahan dua tahun lalu, Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mengumpul 38 emas, 19 perak dan 21 gangsa.

Sukan Paralimpik: Misi lengkapkan 10 emas bermula esok
Bermula esok, obor perjuangan kontinjen negara akan terus dinyalakan pada Sukan Paralimpik Paris 2024.

Tiada istilah lindungi penjenayah - PM Anwar
Anwar tegaskan setiap tindakan harus diambil berdasarkan bukti serta fakta, dan bukan mengikut persepsi semata-mata.