KUALA LUMPUR: Perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022 yang dijadualkan dari 11 hingga 18 Jun, terpaksa ditunda ke 11-18 Oktober berikutan pertindihan tarikh dengan kejohanan lain.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ia berikutan tempoh tersebut adalah musim panas di Eropah, yang menyaksikan banyak perlumbaan diadakan di benua berkenaan.
Ahmad Faizal turut mengesahkan laluan yang beliau umumkan pada Mac lepas, kekal tanpa sebarang perubahan dengan pelumba dijangka mempamerkan persaingan sengit bagi memburu mata ranking Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI).
"Pihak UCI bersetuju menganjurkan LTdL pada Oktober sebagai perlumbaan terakhir musim ini. Tentu sekali ia akan memberi perhatian dan negara kita akan menjadi tumpuan bagi peminat basikal di seluruh dunia, sebagai tuan rumah perlumbaan terakhir musim ini.
"Kita juga bersama-sama penganjur swasta (Human Voyage Sdn Bhd) telah berbincang secara terperinci mengenai penganjuran ini, jadi tiada masalah untuk dianjurkan pada Oktober," katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Kementerian Belia dan Sukan di Axiata Arena, Bukit Jalil hari ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi tetamu kehormat majlis itu, yang turut disertai atlet kebangsaan, pemimpin sukan serta bekas atlet.
LTdL sepatutnya dianjurkan dari 3 hingga 10 Mac lepas, namun ditunda ke Jun oleh Human Voyage dengan alasan peningkatan mendadak kes varian Omicron COVID-19 pada awal tahun ini, syarat kuarantin serta keperluan penstrukturan semula strategi pemasaran dan pengkomersialan.
Sementara itu, Ahmad Faizal yakin Malaysia mampu menganjurkan Sukan SEA Ke-34 pada 2027 dengan baik, selain mempunyai fasiliti yang mencukupi, selepas berjaya menganjurkan temasya berkenaan pada 2017 dan Sukan Komanwel 1998 dengan jayanya.
"Saya bangga kerana selalunya pusingan menjadi tuan rumah mengambil masa 20 tahun, tetapi kita dapat tawaran dalam 10 tahun. Negara-negara ASEAN kagum dan yakin dengan kemampuan rakyat Malaysia untuk menganjurkan Sukan SEA," katanya sambil menambah perincian lain seperti belanjawan akan dibincangkan kemudian.
Ditanya mengenai permintaan Taekwondo Malaysia (TM) yang mahu sukan tempur itu diserapkan semula sebagai sukan teras, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan dengan Majlis Sukan Negara (MSN) dalam masa terdekat.
Sebelum ini, Presiden TM Azizul Annuar Adenan meminta taekwondo disenaraikan semula sebagai sukan teras, selepas mempamerkan prestasi baik dengan membawa pulang sebutir perak dan dua gangsa dalam Kejohanan Taekwondo Poomsae Dunia di Korea Selatan, selain satu emas, satu perak dan tiga gangsa pada Sukan SEA di Hanoi, Vietnam baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022

Penangguhan LTdL ke Oktober adalah kerana tempoh yang dijadualkan pada awalnya merupakan musim panas di Eropah, yang menyaksikan banyak perlumbaan diadakan di benua berkenaan. - Gambar fail
LCS 1 diserah Ogos 2026, pembinaan LCS 2-5 ikut jadual
Kapal Tempur Pesisir (LCS) 1 bakal diserahkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Ogos 2026, manakala LCS 2 hingga 5 sedang dalam pembinaan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

MOTAC perkasa inap desa, tingkat kemahiran pengusaha
Kerajaan terus komited memperkasa komuniti inap desa dengan meningkatkan kemahiran pengusaha melalui bantuan pembangunan kapasiti khususnya dalam program Pengalaman Homestay Malaysia (PPHM).

Rasuah pendaftaran kelahiran: 12 individu direman, empat dibebaskan dengan jaminan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 12 individu bagi membantu siasatan kes rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran.

Wartawan portal berita didakwa tuduhan rasuah Jumaat ini - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika mengesahkan perkara itu berkata tindakan tersebut diambil selepas perkara itu dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya hari ini.

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.

Panel dinding stesen LRT Masjid Jamek runtuh, tiada kemalangan jiwa - Rapid Rail
Insiden terbabit bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan kerosakan besar pada struktur binaan stesen.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam

LTdL 2022 ditangguh kerana pertindihan tarikh - Ahmad Faizal
Tempoh tersebut adalah musim panas di Eropah, yang menyaksikan banyak perlumbaan diadakan di benua berkenaan.