Rapid KL menawarkan perjalanan sehala percuma bagi perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) dan Transit Aliran Massa (MRT) ke stesen LRT Bukit Jalil esok sebagai tanda sokongan kepada sambutan Hari Sukan Negara 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Terhad untuk lima jam antara 6 pagi hingga 11 pagi, pengguna boleh menikmati perkhidmatan percuma itu sama ada dengan penggunaan token, kad perjalanan Touch 'n Go atau kad MyRapid konsesi.
"Penumpang digalak menggunakan kad perjalanan Touch 'n Go dan MyRapid konsesi yang mana tiada caj dikenakan apabila ia disentuh keluar di stesen LRT Bukit Jalil," kata Rapid KL dalam kenyataan hari ini.
Sekiranya menggunakan token, pengguna boleh mendapatkan token secara percuma di mana-mana kaunter LRT dan MRT.
Menurut kenyataan itu, semua jenis basikal juga akan dibenarkan dibawa masuk ke dalam tren bagi perjalanan ke Stadium Nasional Bukit Jalil esok sebagai sokongan kepada acara kayuhan basikal.
Perkhidmatan LRT di Stesen Bukit Jalil dilanjutkan sehingga jam 1 pagi, 14 Okt dan pengguna boleh keluar di mana-mana stesen LRT dan MRT walaupun pintu masuk stesen sudah ditutup.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 12 2018

Semua jenis basikal juga akan dibenarkan dibawa masuk ke dalam tren bagi perjalanan ke Stadium Nasional Bukit Jalil esok. - Gambar fail

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Melaka komited perkasa pembangunan program sukan secara inklusif
Ab Rauf berkata sukan merupakan antara indikator utama dalam menjamin kesepaduan rakyat.

Kompleks sukan di Kelantan bakal dilengkapi kemudahan sukan berkualiti tinggi
Semua kemudahan itu sedang dibina di Bukit Merbau, Pasir Puteh dengan komitmen penuh untuk disiapkan sebelum SUKMA Kelantan pada 2028.

PM seru rakyat bersukan untuk kekal sihat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia untuk bersukan bagi sentiasa mengekalkan kesihatan.

Meraikan sukan: Rakyat Malaysia bersatu untuk Hari Sukan Negara di China dan Indonesia
Dalam usaha menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat, perwakilan diplomatik Malaysia di China dan Indonesia telah menganjurkan acara Hari Sukan Negara (HSN) di lokasi masing-masing.

Hari Sukan Negara platform terbaik perkukuh semangat, ukhuwah perpaduan - TPM Fadillah
HSN membuktikan keprihatinan kerajaan dalam mengiktiraf kepentingan sukan dalam membentuk masyarakat yang cergas, produktif dan bersatu padu.

Lebih 4.5 juta meriahkan sambutan HSN di seluruh negara
Sambutan HSN bertujuan untuk membudayakan dan merakyatkan sukan dalam kalangan masyarakat menerusi amalan gaya hidup cergas dan aktif.

Hari Sukan Negara peringkat PDRM: Beberapa laluan ditutup Sabtu
Beberapa laluan sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan sementara sempena program Hari Sukan Negara peringkat Polis Diraja Malaysia (PDRM), esok.

Hari Sukan Negara: 250 sertai larian tawan puncak Menara KBS
Acara itu adalah yang pertama dianjurkan badan pengelola sukan mendaki tangga negara membabitkan 17 tingkat Menara KBS pada 14 Oktober lalu.

Jangan politikkan Belanjawan 2024 - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berharap Belanjawan 2024 yang dibentangkan semalam tidak dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

PM Anwar mahu kegiatan sukan di sekolah, IPT, komuniti diperkasa
Anwar berkata, rakyat harus diperkasakan, bukan hanya menerusi bidang pekerjaan dan ekonomi, malah aspek kesihatan melalui bersukan.