KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia khususnya peminat bola sepak ketika ini mempunyai alasan konkrit untuk membuang 'ukiran cemberut' di wajah, selepas pasukan negara akan kembali beraksi di pentas tertinggi pada Piala Asia 2023 di Qatar, Januari depan.
Peningkatan prestasi ditunjukkan skuad Harimau Malaya dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, menyaksikan peminat kembali tersenyum selepas sekian lama dirundung kekecewaan.
Membangunkan bola sepak negara dan melihat peminat gembira merupakan impian Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin, apabila dilantik menduduki kerusi panas itu kira-kira lima tahun lalu pada 14 Julai 2018.
Kemajuan pasukan negara dalam tempoh lima tahun di bawah kepimpinan Hamidin terbukti, apabila ranking Malaysia melonjak 34 anak tangga dari kedudukan 171 pada Jun 2018 ke posisi 137 baru-baru ini, sekali gus bergerak ke arah matlamat berada dalam kelompok 70 pasukan terbaik pada 2030.
Posisi ke-137 merupakan ranking terbaik Malaysia dalam tempoh 17 tahun sejak berada di tangga ke-127 pada Mei 2006 dan Hamidin mempunyai misi untuk memastikan skuad Harimau Malaya menembusi kelompok 130 terbaik pada hujung tahun ini.
Dalam tempoh lima tahun itu juga, Malaysia menamatkan penantian 42 tahun layak secara merit ke Piala Asia pada Jun tahun lepas, setelah pelbagai usaha dilakukan beliau seperti memperkenalkan Peta Hala Tuju (F:30) dan program pemain naturalisasi.
Selepas bermula baik, kepimpinannya diuji ketika pandemik COVID-19 yang merencatkan momentum baik pasukan negara dalam kempen kelayakan Piala Dunia/Piala Asia pada 2020, disusuli dengan kegagalan melepasi saingan kumpulan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2020.
Tekanan dihadapi FAM di penghujung 2021 menyaksikan beliau membuat keputusan berani melantik ketua jurulatih skuad kebangsaan yang pertama dari Korea Selatan, Kim Pan Gon menggantikan Tan Cheng Hoe bagi memulihkan reputasi skuad Harimau Malaya yang tercalar.
Hasilnya pasukan negara menamatkan penantian lebih empat dekad yang penuh derita untuk kembali beraksi di Piala Asia secara merit, selain kini menikmati kemajuan yang positif terutama selepas mencatat empat kemenangan berturut-turut tahun ini.
Sentuhan dan komitmen Hamidin dalam menghadirkan kejayaan buat pasukan negara, selain penglibatan beliau sebagai Ahli Majlis Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) 2023-2027, dikagumi Presiden Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA) Datuk Wilson Lau.
"Saya lihat dari dua segi, yang pertama cara beliau (Hamidin) bantu skuad Harimau Malaya sehingga berada di kedudukan ke-137, keputusan bawa masuk jurulatih dari Korea Selatan merupakan yang berani dan tepat, beliau (Hamidin) tahu standard yang diperlukan.
"Kedua dari segi FIFA, beliau merupakan wakil Malaysia dan Asia sebagai Ahli Majlis, ini cukup hebat, tidak datang sekelip mata dan bukti keupayaan pengurusan beliau. Hubungan baik beliau dengan FIFA sebab kualiti kepimpinannya, diharap ia akan beri faedah kepada negara," katanya kepada Bernama.
Turut senada bahawa Hamidin memainkan peranannya dengan baik ialah legenda bola sepak Datuk Santokh Singh yang berkata: "Beliau (Hamidin) buat tugas yang baik, beliau cuba sedaya upaya bawa semula Malaysia ke tahap terbaik".
Selain penglibatan dalam dunia bola sepak, kredibiliti dan kepimpinan Hamidin yang sudah menyandang jawatan presiden FAM selama dua penggal, turut diakui pihak luar apabila diumum sebagai Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebagai rekod, Hamidin merupakan presiden FAM ketujuh dan merupakan orang kebanyakan pertama menjawat jawatan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 01 2023
Posisi ke-137 merupakan ranking terbaik Malaysia dalam tempoh 17 tahun sejak berada di tangga ke-127 pada Mei 2006. - Gambar fail/FB FAM
Saringan Minda Sihat mekanisme tangani gangguan emosi murid
Saringan Minda Sihat dilaksanakan setahun sekali kepada Tahun 5 hingga Tingkatan 6 bagi mengenal pasti murid yang mungkin mengalami masalah gangguan emosi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
NWICE 2024: Platform penting pengurusan sumber air mampan negara
NWICE 2024 menjadi platform dalam memangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air, selaras dengan agenda kelestarian negara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemansuhan peperiksaan antara langkah mengurangkan tekanan murid
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM kini memberi tumpu kepada pembelajaran inkuari, eksplorasi, pengalaman dan pentaksiran bilik darjah yang dilihat lebih holistik untuk menilai murid.
Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk
Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 November 2024
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
Siling pekerja asing di Malaysia bagi 2024 adalah 2.58 juta orang
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata angka siling bagi pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang Disember 2024 adalah 2.58 juta orang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
COP29: Perubahan iklim dan isu air, eksklusif bersama Pengerusi SPAN, Charles Santiago
Perubahan iklim membawa musim kemarau yang panjang, memberikan risiko besar terhadap banyak aspek termasuk kerugian ekonomi yang besar. Bagaimana perubahan dan dasar baharu boleh diwujudkan untuk atasi masalah ini? Saksikan perbincangan Editor Kanan Dzulfitri Yusof bersama Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Charles Santiago, di Baku, Azerbaijan.
Saringan Minda Sihat, intervensi antara usaha KPM tangani gangguan emosi murid
Jelas Menteri Pendidikan, Saringan Minda Sihat dijalankan sekali setahun terhadap murid tahun lima hingga tingkatan enam sebagai mekanisme pengesanan awal murid yang berhadapan dengan masalah emosi.
Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.
Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.
Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.
Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.
Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.
Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.
'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.
Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.
Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.
Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.