LIVERPOOL ternyata berada dalam kelas tersendiri apabila mudah membenam musuh tradisi, Manchester United 7-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield pada awal pagi Isnin.
Tampil beraksi di laman sendiri, Liverpool jelas menguasai perlawanan sejak minit pertama, namun United tampak lebih berbahaya ketika melakukan serangan.
Kapten United, Bruno Fernandes hampir merobek gawang Liverpool pada minit ke-20, namun tandukannya tersasar selepas menerima hantaran Diogo Dalot.
Ketika aksi babak pertama seakan-akan berakhir tanpa jaringan, Cody Gakpo berjaya meledak gol pembukaan Liverpool menerusi rembatan kencang pada minit ke-43.
Bersambung babak kedua, Liverpool tidak menunggu lama untuk mengejutkan United apabila giliran Darwin Nunez meledak gol kedua The Reds pada minit ke-47.
Liverpool terus memberi tekanan kepada United apabila Gakpo menyumbat gol kedua peribadinya berselang tiga minit kemudian selepas bijak menyudahkan hantaran Mohamed Salah.
Tersentak dengan dua jaringan awal Liverpool pada babak kedua, pengendali United, Erik ten Hag membuat pertukaran pemain dengan memasukkan Alejandro Garnacho dan Scott McTominay.
Namun, Liverpool nyata tidak terkesan dengan taktikal Ten Hag apabila terus menghukum kealpaan barisan pertahanan United dengan gol keempat hasil jaringan Salah pada minit ke-66.
Pada ketika United sedang tercari-cari rentak bagi mengimbangi tempo permainan Liverpool, Nunez menambah derita di kem The Red Devils apabila meledak gol kelima pada minit ke-75.
Biarpun berkelebihan lima gol, Liverpool tidak mengendurkan asakan mereka, sebaliknya terus mengasak kubu United bagi menambah jaringan.
Hasilnya, Salah sekali lagi merobek gawang United dengan gol keenam pada minit ke-84 sebelum Roberto Firmino melengkapkan hari gemilang Liverpool dengan gol ketujuh berselang lima minit kemudian.
Salah kini muncul penjaring terbanyak Liverpool di pentas EPL dengan catatan 129 gol bagi mengatasi rekod sebelum ini yang dipegang Robbie Fowler (128 gol).
Kemenangan Liverpool itu melonjakkan The Reds ke tangga kelima, manakala United kekal di tangga ketiga di belakang Arsenal dan Manchester City.
Kekalahan besar United itu juga menyaksikan The Red Devils mengulangi rekod kekalahan terbesar pernah dicatat mereka selepas tewas 0-7 kepada Wolverhampton Wanderers pada 26 Disember 1931.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Mon Mar 06 2023
![Liverpool mudah 'laukkan' United Liverpool mudah 'laukkan' United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71678063767_LIVERPOOL.jpg)
Nunez (kanan) meraikan jaringannya bersama Salah di Anfield pada awal pagi Isnin. - Foto EPA
![Imuda kini bergelar Datuk, anggap anugerah diterima sebagai pengiktirafan Imuda kini bergelar Datuk, anggap anugerah diterima sebagai pengiktirafan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722391710_imuda.jpg)
Imuda kini bergelar Datuk, anggap anugerah diterima sebagai pengiktirafan
Anugerah yang diterima merupakan penghargaan dan penghormatan kepada seluruh anak seni di negara ini khususnya anak jati Pulau Pinang.
![Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61671536812_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, menembusi paras RM4.61, paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan.
![Gerai Uptown Danau Kota terbakar Gerai Uptown Danau Kota terbakar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722391127_kebakaran.jpg)
Gerai Uptown Danau Kota terbakar
Bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan memaklumkan kebakaran itu sekitar pukul 7.02 pagi ini.
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 31 Julai 2024
Indeks petunjuk pasaran yang dibuka tinggi naik 0.22 mata kepada 1,624.78, bergerak antara paras 1,611.94 dan 1,629.37 sepanjang sesi dagangan. Bagaimana prestasi pembukaan Bursa Malaysia hari ini?
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 31 Julai 2024
Ringgit melonjak hampir ke paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan pada 4.6200/6235 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6350/6375 pada Isnin.
Kerjaya era baharu, bangkit dari krisis
Ekonomi Malaysia pada 2023 kekal dengan pertumbuhan yang stabil, membawa kepada kedudukan pasaran buruh yang berdaya tahan didorong oleh permintaan domestik yang kukuh, peningkatan aktiviti pelancongan, pemulihan projek infrastruktur, pelaburan langsung asing yang berterusan, dan potensi peningkatan perdagangan luar. Bagaimana pemulihan ekonomi Malaysia telah membuka pelbagai prospek serta mendorong penyertaan dalam pasaran buruh?
AWANI Pagi: Masalah Kulit Akibat Gula Berlebihan: Antara Mitos Dan Realiti
Diskusi #AWANIpagi Rabu bersama Pakar Dermatologi, Dr Nazirin Ariffin Marsya Roslan membincangkan antara mitos dan realiti perkaitan masalah kulit disebabkan pengambilan kadar pengambilan gula dalam badan.
#AWANInews
#AWANInews
![749 ditahan di Venezuela kerana merusuh 749 ditahan di Venezuela kerana merusuh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722387613_MariaCorinaMachado.jpg)
749 ditahan di Venezuela kerana merusuh
Antara lain, mereka menghadapi tuduhan menghasut, menghalang jalan, jenayah kebencian, menentang penahanan dan melakukan keganasan.
Bilangan penduduk bekerja meningkat 4.3% pada 2023
Mengulas lebih lanjut mengenai kedudukan guna tenaga, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, bilangan penduduk bekerja terus berada dalam trend pertumbuhan positif, dengan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 4.3 peratus kepada 15.81 juta orang berbanding tahun sebelumnya (2022r: 2.2%; 15.16 juta orang) - DOSM.
![Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada perwira negara Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada perwira negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722389167_SultanIbrahim.jpg)
Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada perwira negara
Sultan Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada pasukan keselamatan negara atas jasa, khidmat dan bakti mereka melindungi kedaulatan tanah air.
![EPL: Arsenal tambah masalah kecederaan Man Utd EPL: Arsenal tambah masalah kecederaan Man Utd](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722154245_LenyYoro.jpg)
EPL: Arsenal tambah masalah kecederaan Man Utd
Manchester United tumbang dalam perlawanan pembukaan jelajah Amerika Syarikat (AS) menentang seteru Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal, di Los Angeles, hari ini.
![EPL: Leny Yoro pemain terbaharu sertai Manchester United EPL: Leny Yoro pemain terbaharu sertai Manchester United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721286283_LenyYoro.jpg)
EPL: Leny Yoro pemain terbaharu sertai Manchester United
Manchester United memperkuatkan barisan generasi baru pasukan itu apabila mendatangkan seorang lagi pemain muda, Leny Yoro, dari Lille.
![EPL: Amat istimewa ada Van Nistelrooy sebagai jurulatih di Manchester United - Zirkzee EPL: Amat istimewa ada Van Nistelrooy sebagai jurulatih di Manchester United - Zirkzee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721264738_tbJoshuaZirkzee.jpg)
EPL: Amat istimewa ada Van Nistelrooy sebagai jurulatih di Manchester United - Zirkzee
Zirkzee menyertai United minggu lalu selepas menandatangani kontrak bernilai 35 juta pound (RM212 juta) dari kelab Serie A, Bologna.
![Man United tewas kelab kerdil, Ten Hag 'naik angin' Man United tewas kelab kerdil, Ten Hag 'naik angin'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721094442_ManchesterUnited.jpg)
Man United tewas kelab kerdil, Ten Hag 'naik angin'
Perlawanan itu seri tanpa jaringan menuju ke masa kecederaan sebelum Noah Holm menemui jaringan dengan berbaki beberapa saat.
![Manchester United sambar Zirkzee Manchester United sambar Zirkzee](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720998093_ManchesterUnited.jpg)
Manchester United sambar Zirkzee
Zirkzee bersetuju menandatangani kontrak lima tahun dengan kelab Liga Perdana Inggeris itu termasuk pilihan lanjutan 12 bulan lagi.
![Saya akan 'menikmati' masa dalam penjara - Patrice Evra Saya akan 'menikmati' masa dalam penjara - Patrice Evra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720930107_PatriceEvra.jpg)
Saya akan 'menikmati' masa dalam penjara - Patrice Evra
Evra kelihatan tidak mengendahkan situasi itu ketika dia menari di sekeliling gelanggang bola keranjang seolah-olah berada di dalam penjara.
![EPL: Jonny Evans lanjut kontrak setahun lagi di Manchester United EPL: Jonny Evans lanjut kontrak setahun lagi di Manchester United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720847107_JonnyEvans.jpg)
EPL: Jonny Evans lanjut kontrak setahun lagi di Manchester United
JONNY Evans melanjut tempohnya di Manchester United sehingga penghujung musim depan selepas menandatangani kontrak lanjutan setahun.
![Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720406639_MichaelOlise.jpg)
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
![EPL: Erik ten Hag gembira lanjut kontrak di Manchester United EPL: Erik ten Hag gembira lanjut kontrak di Manchester United](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717210100_EriktenHag.jpg)
EPL: Erik ten Hag gembira lanjut kontrak di Manchester United
Manchester United mengesahkan Erik ten Hag telah menandatangani lanjutan kontrak yang akan bertahan hingga penghujung musim 2025-26.
![Hasrat Dan Ashworth sertai Manchester United tercapai Hasrat Dan Ashworth sertai Manchester United tercapai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61719899968_danashworth.jpg)
Hasrat Dan Ashworth sertai Manchester United tercapai
Manchester United telah memuktamadkan pelantikan Dan Ashworth sebagai pengarah sukan baharu.