KEDAH 3 UiTM 3
Kedah Darul Aman FC (KDA FC) melonjak ke tangga kedua Liga Super selepas bangkit daripada ketinggalan untuk mengikat pasukan di tangga tercorot, UiTM FC, 3-3 di Stadium Darul Aman malam tadi.
Bagaimanapun, mereka masih terikat 40 mata dengan pasukan di tangga ketiga, Penang FC, dan hanya berkelebihan daripada segi jaringan menjelang perlawanan terakhir hujung minggu ini.
Aksi di Alor Setar menyaksikan tuan rumah bermula baik untuk berada di depan menerusi jaringan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar, yang menanduk masuk hantaran lencong Azamuddin Akil pada minit ke-37.
Bagaimanapun, kelebihan itu hanya bertahan selama tiga minit sebelum UiTM memperoleh sepakan penalti gara-gara Renan Alves menjatuhkan Sean Giannelli dan kesempatan itu dimanfaatkan pemain import, Dennis Buschening, untuk mengikat kedudukan sebelum ke bilik persalinan.
UiTM memberikan Kedah igauan paling ngeri dalam tempoh 19 minit pertama babak kedua, di mana mereka berada di depan sebaik dua minit perlawanan bersambung apabila Kwon Young Hyun memanfaatkan kesilapan hantaran Alves untuk merobek gawang Shahril Saa'ri.
Ariff Ar-Rasyid Ariffin kemudian memberikan bayangan bahawa UiTM bakal memperoleh kemenangan ketiga musim ini dengan memanfaatkan situasi kelam kabut di depan gawang Kedah untuk menjadikan kedudukan 3-1 pada minit ke-64.
Namun, percaturan bijak jurulatih Lang Merah, Aidil Sharin Sahak, memasukkan Fandi Othman dan Fikhri Zulkiflee ternyata membuahkan hasil apabila sentuhan pertama kedua-dua pemain itu mencetuskan jaringan kedua Kedah yang disudahkan dengan tandukan Fikhri pada minit ke-74.
Ayam tambatan, Tchhetche Kipre, memastikan Kedah tidak menamatkan perlawanan itu tanpa sebarang mata sebaik menemui lambungan jarak jauh Rizal Razali untuk menewaskan penjaga gol, Zamir Selamat, pada sembilan minit terakhir.
Satu mata yang diraih Kedah itu menyaksikan saingan merebut gelaran naib juara Liga Super musim 2021 kekal terbuka sehingga perlawanan terakhir, di mana mereka akan bertemu Melaka United di gelanggang sama manakala Penang pula akan menantikan kunjungan Terengganu FC hujung minggu ini.
UiTM, yang sah tersingkir ke Liga Perdana musim depan, perlu menang ke atas Sri Pahang FC sambil mengharapkan Perak FC keciciran mata menentang Sabah FC seandainya tidak mahu menamatkan kempen di tangga tercorot.
Astro Arena
Wed Sep 08 2021

Tchhetche Kipre menemui lambungan jarak jauh Rizal Razali untuk menewaskan penjaga gol Zamir Selamat pada sembilan minit terakhir. - Foto Astro ARENA
Food For Gelandangan komited turun ke lapangan setiap Jumaat
Dalam umat Islam berlumba-lumba mencari keberkatan dalam bulan Ramadhan, jangan dilupa golongan yang kurang bernasib baik miskin bandar dan gelandangan. Wartawan Firdaus Azil turun ke lapangan menyertai program anjuran Food for Gelandangan di ibu kota, untuk menyantuni golongan tersebut.
Perayaan Holi menghidupkan India
Di Bandar Ahmedabad, India suasana di Kuil Swaminarayan pula cukup meriah apabila ribuan pengunjung yang hadir disembur dengan pancutan air berwarna sambal menari mengikut irama muzik tradisional gujarat yang rancak.
Populasi warga emas Turkiye melebihi 96 negara
Menurut angka institut Statistik Turki (TurkStat), jumlah penduduk Turki pada 2023 ialah 85.6 juta orang dengan 10.6 peratus daripadanya diklasifikasikan sebagai warga emas.
Enjin pesawat terbakar, penumpang 'loloskan' diri guna gelongsor
Seramai 172 penumpang dan enam anak kapal berjaya dipindah menggunakan gelongsor kecemasan selepas enjin milik pesawat Boeing 737-800 milik American Airlines terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver pada Khamis waktu tempatan.
Perancangan penyaluran air Sungai Perak pada peringkat akhir - PM
Projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak ke Empangan Bukit Merah yang sebahagiannya dilaksanakan bagi menyokong projek Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), kini di peringkat akhir perancangan.
Hakim PBB dituduh memperhambakan pekerja sendiri
Mugambe, 49 tahun yang dilantik pada 2023 sebagai Hakim mekanisma Residual Antarabangsa untuk Tribunal Jenayah PBB, didakwa menggunakan statusnya dengan cara yang keji.
Petronas enggan ulas kemungkinan tarik diri dari Argentina
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) tidak menafikan mahupun mengesahkan laporan bahawa ia sedang membuat penilaian untuk menjual aset minyak syal di Argentina.
Lelaki dihukum gantung pada hari jadi kerana bunuh isteri, bayi
Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman mati ke atas seorang bekas pemandu lori atas kesalahan membunuh isteri dan bayi perempuannya yang berusia tujuh bulan, sembilan tahun lalu.
7 individu ditahan sindiket sasar rakyat Hong Kong
Polis menahan tujuh individu termasuk dua wanita yang bertindak sebagai operator pusat panggilan dalam sindiket penawaran kerja sambilan yang menyasarkan rakyat Hong Kong.
Bau busuk bawa kepada penemuan mayat warga emas
Misteri bau busuk dari sebuah rumah di Kampung baru Puchong, selangor sejak beberapa hari lalu akhirnya terjwab dengan penemuan mayat seorang lelaki warga emas.

'Sampai bila Kedah FC nak berhutang, pemain ada anak bini nak tanggung'
Miza mendakwa suaminya sudah tidak menerima gaji selama sembilan bulam dan meminta kelab ditutup jika sudah tidak mempunyai kewangan.

Liga Super: PDRM belasah KDN 5-0
Ifedayo tunjuk taring dengan menjaringkan tiga gol pada babak pertama sebelum Muhammad Shahrel Fikri meledak dua jaringan pada babak kedua.

'Apa lagi yang saya perlu minta daripada pemain' - Victor
Victor berkata, pemain KDA FC telah berikan segalanya untuk membantu pasukan dalam perlawanan tersebut dan ia adalah satu kepuasan buat dirinya.

Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.

Pemilik majoriti alu-alukan hasrat syarikat global mahu beli KDA FC
Beliau berkata kesediaan dan keberanian syarikat itu untuk membeli keseluruhan pegangan saham KDA FC amat dihargai.

Nafuzi bangga dengan sikap pemainnya biarpun menghadapi masalah dalaman
Kesungguhan dan komitmen pemain sepanjang perlawanan membuktikan kasih sayang mereka terhadap pasukan, penyokong dan negeri Kedah.

Liga Super: NSFC ikat Kedah 2-2
Selepas tiga kekalahan berturut-turut, akhirnya skuad bimbingan K Nanthakumar kembali bangkit untuk membawa pulang satu mata.

Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super
Kedah Darul Aman FC berjaya menyelesaikan tunggakan gaji bagi tahun 2023 sekali gus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.

Kedah pelawa pihak berminat bantu, taja KDA FC
Kerajaan negeri Kedah mempelawa pihak berminat membantu atau menaja pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) yang kini sedang berhadapan dengan masalah kewangan.

MFL minta maklumat tambahan dari Kedah
Pasukan Kedah Darul Aman FC diminta menyerahkan maklumat tambahan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) sebelum sebarang keputusan dibuat.