KOTA BHARU: Stadium Sultan Muhammad IV telah memenuhi syarat Liga Bolasepak Malaysia (MFL) untuk menjadi gelanggang 'keramat' Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) di sepanjang saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2024/2025 setelah pelbagai kemudahan di stadium itu dibaik pulih.
Pengerusi Jawatankuasa Belia Sukan, NGO dan Perpaduan negeri, Zamakhshari Muhamad berkata antaranya yang dibaik pulih adalah lampu limpah lama telah ditukar baru dan memasang kerusi sebanyak 6,728 unit untuk penonton bagi keselesaan penonton.
Beliau berkata ketika ini kecerahan lampu limpah stadium itu masih di atas paras minimum syarat MFL iaitu melebihi 1,200 lux (kawasan kecerahan) dan kebanyakan kawasan boleh mencecah sehingga 1,300-1,900 lux dan sedia digunakan untuk Liga-M musim ini.
"Selain itu, jumlah kerusi yang dipasang adalah di tempat duduk Astaka sebanyak 1,684 unit dan tempat terbuka sebanyak 5,044 unit dengan kapasiti stadium boleh memuatkan seramai 15,178 penonton," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Sementara itu, Zamakhshari berkata bagi mengatasi masalah rumput kuning di stadium itu kerana musim kemarau, pihak Perbadanan Stadium Kelantan telah mengambil beberapa inisiatif bagi mengatasi masalah berkenaan.
"Sekarang Kelantan menghadapi kemarau hampir lima bulan menyebabkan sebahagian rumput sedikit kuning tidak mendapat air yang secukupnya walaupun kerja-kerja penyiraman secara berjadual telah dibuat sepanjang masa.
"Pihak Perbadanan Stadium telah berusaha untuk menambah punca air dengan melaksanakan telaga tiub bagi memastikan padang berkeadaan baik sebelum sepak mula Liga-M," katanya.
Esok, KDNFC akan melayani kunjungan Sabah FC pada aksi sulung di Stadium Sultan Muhammad IV pada saingan Liga Super musim ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 16 2024

Zamakhshari Muhamad berkata antaranya yang dibaik pulih adalah lampu limpah lama telah ditukar baru dan memasang kerusi sebanyak 6,728 unit untuk penonton bagi keselesaan penonton. - Gambar fail
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.
Sokongan teguh Australia penting di sebalik perubahan keutamaan bantuan global- Ketua ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn menekankan kepentingan komitmen berterusan Australia terhadap pembangunan serantau, terutama ketika keutamaan bantuan global berubah susulan keputusan pentadbiran Donald Trump membekukan bantuan asing Amerika Syarikat.

Sah! Hanya bertahan lima bulan, Giorgio Rossi diumum bukan lagi CEO MFL
LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengumumkan secara rasmi bahawa Giorgio Pompili Rossi bukan lagi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa serta-merta.

MFL umum pindaan lima perlawanan, Piala Malaysia turut ditunda
MFL mengumumkan tarikh masa dan venue yang baharu bagi lima perlawanan Liga Super sambil membuat perubahan terhadap aksi TM Piala Malaysia.

Keputusan tangguh perlawanan Perak FC-JDT berdasarkan manual liga - MFL
Giorgio Pompili Rossi memaklumkan keputusan penangguhan perlawanan di Stadium Perak, Ipoh itu berdasarkan Manual Liga Malaysia 2024-2025.

Tiga kelab Liga Super alami isu tunggakan gaji didenda RM15,000
Denda itu berikutan MFL FFP masih belum menerima sebarang penyelesaian berhubung tunggakan gaji.

Liga Premier tidak akan dikembalikan tahun depan - Rossi
Harapan peminat bola sepak negara untuk melihat kembali saingan Liga Premier seawal musim depan tidak akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat kerana kesuntukan masa.

Malaysia Airlines, MFL lanjut kerjasama tiga tahun lagi
Malaysia Airlines melanjutkan kerjasama strategik dengan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi tempoh tiga tahun lagi hingga 2027.

Tiket final Piala Asia 2024 serendah RM50 - MFL
Final Piala FA itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 9 malam.

Kemuka deklarasi dokumen tidak tepat, KL City dikenakan hukuman berat
KL City FC hari ini dikenakan hukuman berat susulan mengemukakan deklarasi tunggakan yang tidak tepat dalam proses permohonan lesen kebangsaan dan AFC.

Kontrak Stuart bersama MFL dalam rundingan
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Stuart Ramalingam mengesahkan beliau sedang merundingkan kontraknya yang bakal tamat Ogos ini.

Sultan Selangor perkenan terima menghadap Hamidin selepas 7 Julai
Sultan Selangor perkenan terima menghadap Hamidin selepas 7 Julai