PEMAIN kebangsaan Perancis, Antoine Griezman memusnahkan harapan FC Barcelona apabila meledak dua gol dalam suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah sekali gus memastikan Atletico Madrid menang dengan agregat 3-2.
The Catalan mendominasi hantaran bola di babak pertama namun corak perlahan mereka nyata membuka ruang buat Atletico membuat kejutan apabila hantaran cantik Saul menemui Griezman yang menanduk masuk ke gawang Barcelona pada minit ke-36.Barcelona langsung tidak membuat sebarang ancaman ke gawang Jan Oblak sehinggalah percubaan Neymar hadir pada minit ke-41.
Griezman menggandakan jaringan pada minit ke-88 menerusi sepakan penalti apabila bola terkena tangan Andres Iniesta.
Barcelona sepatutnya dianugerahkan sepakan penalti pada minit ke-91 apabila bola jelas terkena tangan Gabi di dalam kotak, namun pengadil Nicola Rizzoli membuat keputusan sebaliknya apabila sekadar menghadiahkan sepakan percuma yang gagal disempurnakan Lionel Messi.
Messi setakat ini gagal menjaringkan sebarang gol dalam lima perlawanan berturut-turut.
Kejayaan Atletico menjadi kegagalan kali kedua buat Barcelona dalam jangka masa lapan tahun untuk mara ke peringkat separuh akhir.
Sementara itu, pengendali Barcelona Luis Enrique akui bertanggungjawab terhadap kekalahan itu.
"99.9 peratus salah saya..tidak 100 peratus salah saya.
"Pemain saya sedih dengan keputusan ini, kami tidak berada dalam keadaan yang baik," jelasnya.