KUALA LUMPUR: Jaguh badminton perseorangan lelaki negara Lee Zii Jia melonjak satu anak tangga ke kedudukan kelima ranking Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas meraih 90,378 mata daripada 41 kejohanan disertainya.
Berdasarkan kedudukan ranking terbaharu dikeluarkan BWF, Zii Jia mengatasi pemain Indonesia Anthony Sinisuka Ginting yang kini menghuni kedudukan keenam ranking BWF, dengan mengumpul 87,879 mata.
Pencapaian diraih Zii Jia tersebut dalam masa sama meletakkan beliau sebaris bekas jaguh perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei, yang pernah menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik dunia.
Sementara itu, juara Olimpik dari Denmark Viktor Axelsen kekal selaku pemain nombor satu dunia diikuti jaguh dunia dari Jepun Kento Mamota di kedudukan kedua.
Musim 2022 boleh dianggap permulaan terbaik bagi Zii Jia, yang bergerak secara profesional selepas merangkul gelaran pertamanya tahun ini dengan mengungguli Kejohanan Badminton Asia (BAC) di Manila, Filipina, awal bulan lalu.
Tidak terhenti di situ, bekas juara All England itu mengekalkan aksi konsisten di saingan Piala Thomas 2022 di Bangkok dengan berjaya memenangi kesemua perlawanan sehingga peringkat suku akhir.
Sementara pada minggu lalu, Zii Jia bangkit mempamerkan watak sang juara untuk merangkul kejuaraan keduanya berturut-turut tahun ini, menewaskan pemain China, Li Shi Feng 17-21 21-11 23-21 dalam aksi final di Terbuka Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 24 2022
Pencapaian Zii Jia itu meletakkan beliau sebaris bekas jaguh perseorangan badminton negara Datuk Lee Chong Wei, yang pernah menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik dunia. - Gambar fail/ Twitter @BA_Malaysia
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Zii Jia berisiko hilang slot Kejohanan Jelajah Dunia Akhir BWF
Perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia berdepan risiko terlepas slot Kejohanan Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) 2024.
Zii Jia terkandas di suku akhir Masters Jepun 2024
Lee Zii Jia terkandas di suku akhir selepas tewas kepada pemain di ranking keenam dunia Jonatan Christie pada Masters Jepun 2024.
Zii Jia mandi peluh ke pusingan kedua Masters Jepun
Pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia menafikan tentangan sengit pemain bintang muda negara Justin Hoh sebelum mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Masters Jepun hari ini.
Zii Jia teruskan misi ke WTF 2024 di Hangzhou
Lee Zii Jia bersedia untuk kembali dan berusaha mencapai kejayaan pada kejohanan World Tour Finals (WTF) 2024 yang akan berlangsung dari 11 hingga 15 Dis di Hangzhou, China.
Zii Jia tarik diri Terbuka Denmark
Pemain nombor empat dunia itu sebelum ini dijangka menyingkap pusingan pertama berdepan bintang Jepun, Kenta Nishimoto.
Zii Jia terlepas peluang pertahan juara Terbuka Artik
Zii Jia ternyata bukan tandingan wakil Jepun Koki Watanabe setelah ditewaskan 15-21, 21-13, 12-21 usai 66 minit perlawanan.
Zii Jia tempah tiket suku akhir Terbuka Artik 2024
Pemain profesional negara Lee Zii Jia mara ke suku akhir kejohanan badminton Terbuka Artik 2024 selepas menewaskan Yushi Tanaka dari Jepun, hari ini.
Zii Jia singkir Popov dalam misi pertahan gelaran Terbuka Artik
Pemain nombor empat dunia itu mengambil masa 43 minit untuk menewaskan Popov pada pusingan pertama kejohanan Jelajah Dunia Super 500 berkenaan.
Zii Jia tersingkir awal di Terbuka China
BAGAI serba tidak kena buat pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia apabila tersingkir seawal pusingan pertama Terbuka China.
Lee Zii Jia kini pemain nombor tiga dunia
Ia menyaksikan pemain berusia 26 tahun itu naik satu anak tangga berbanding di kedudukan keempat dalam kemas kini terdahulu.