PENGARAH Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost tidak mahu lihat Datuk Lee Chong Wei beraksi bawah tekanan tambahan di Terbuka India setelah gagal mempamerkan aksi memberangsangkan di Seluruh England baru-baru ini.
Bukan sahaja gagal untuk memenuhi kemahuan peribadi dan skuad negara untuk muncul juara di Birmingham malah Chong Wei tersingkir di pusingan pertama.
Kerana itu, Frost berasakan penampilan Chong Wei di Terbuka India perlu bebas daripada sebarang tuntutan untuk dia mengungguli aksi di New Delhi.
"Atlet bukan robot. Tugas kami bukan sekadar putar skru dan menekan butang sehingga prestasi pemain itu akan menjadi sempurna.
"Manusia boleh jadi positif dan negatif. Atlet-atlet kami boleh membuat persiapan yang sangat hebat sehingga tidak dapat tidur sehari sebelum perlawanan dan kemudian, tidak dapat pamerkan aksi terbaik.
“Jadi apa-apa boleh terjadi pada hari perlawanan," kata Frost.
Frost juga bependapat sebarang keputusan di New Delhi sama ada positif atau sebaliknya tidak wajar dijadikan penanda aras buat kemampuan Chong Wei di Rio nanti.
Chong Wei akan berdepan misi memenangi Siri Super Premier Terbuka Malaysia buat kali ke-11 sebelum melengkapkan kempen kelayakan ke Olimpik Rio di Kejohanan Badminton Asia di Wuhan , China hujung April ini.
"Kami tidak boleh mengharapkan Chong Wei mempamerkan aksi yang sama pada setiap perlawanan kerana situasi itu sentiasa berubah pada setiap kejohanan.
"Itu adalah cabaran terbesar buat barisan pemain dan jurulatih kami," tambahnya.
Astro Arena
Thu Mar 31 2016
Penampilan Chong Wei di Terbuka India perlu bebas daripada sebarang tuntutan untuk dia mengungguli aksi di New Delhi. - Gambar fail
Naib Presiden Iran letak jawatan selepas 11 hari pegang jawatan
Naib Presiden Iran Mohammad Javad Zarif meletak jawatan, meninggalkan Kabinet Presiden Masoud Pezeshkian hanya 11 hari selepas pelantikannya.
[EKSKLUSIF] Aset atau hamba? Doktor KKM kecewa dipaksa bekerja ketika anak sakit
Apa yang terjadi dan isu yang semakin meruncing mengenai kebajikan petugas kesihatan akan membuatkan kerajaan kehilangan lebih ramai doktor.
Guru rugi lebih RM200,000 terperdaya 'phone scam'
Lelaki berusia 28 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu yang mendakwa dirinya daripada ibu pejabat sebuah syarikat penghantar barang terkemuka di Kuala Lumpur.
Pengusaha padi dan nanas sarawak disaran sertai MAHA 2024
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, penyertaan pengusaha padi dan beras selari dengan kebangkitan dua jenis produk tani ini di Sarawak yang dilihat semakin terkehadapan di negara ini.
Pantau Agenda Reformasi: Gaji minimum RM1,500 tidak mencukupi?
Gaji minimum RM1,500 tidak cukup untuk cover kos di bandar.
Mohd Effendy Abdul Ghani, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
Mohd Effendy Abdul Ghani, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC)
Pasaran buruh golongan muda global dijangka bertambah baik
Tinjauan pasaran buruh global untuk golongan muda dilaporkan bertambah baik dalam tempoh empat tahun lepas dan trend menaik dijangka berterusan untuk dua tahun mendatang.
Polis rampas 50kg syabu, 6kg ekstasi RM2.6 juta
Polis berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan dadah bernilai RM2.6 juta selepas menahan seorang lelaki yang bertindak sebagai transporter di Sabak Bernam, pada Khamis lepas.
Nilai kerja sektor pembinaan cecah RM75.7 bilion pada separuh pertama 2024
Nilai kerja pembinaan bagi separuh pertama 2024 menunjukkan peningkatan sebanyak 17.2 peratus kepada RM75.7 bilion berbanding tempoh sama pada 2023.
Institusi tempatan beli bersih RM1.19 bilion saham bursa Malaysia
Institusi tempatan melakukan pembelian besar minggu lalu, dengan pembelian bersih ekuiti bernilai RM1.19 bilion di Bursa Malaysia.
Kos pengeluaran dan permintaan MSM meningkat
Harga minyak sawit mentah (MSM) diunjur berada dalam lingkungan RM3,000 hingga RM3,500 satu tan untuk jangka masa panjang didorong kenaikan kos dan peningkatan permintaan.
Jangan jadi wira papan kekunci - Chong Wei
Datuk Lee Chong Wei menggesa netizen supaya tidak berselindung di sebalik profil tanpa nama untuk membuat kenyataan menghina atlet Malaysia berikutan tamatnya Sukan Olimpik Paris.
‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."
Olimpik Paris: Chong Wei kongsi detik cemas bertukar kelakar disebabkan 'Jason'
Lee Chong Wei mendedahkan dia juga tidak dapat lari daripada perasaan cemas ketika menyertai temasya pertamanya di Athens pada 2004.
Olimpik Paris 2024: Jangan biar tekanan menguasai - Chong Wei
Kira-kira dua minggu menjelang Sukan Olimpik Paris 2024, debaran pastinya kian dirasai pemain-pemain badminton negara apatah lagi selepas undian oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) semalam.
Lee Chong Wei masih belum terfikir jadi jurulatih di BAM
Chong Wei pernah menerima tawaran daripada BAM dan luar negara tetapi masih tidak berminat untuk menjadi jurulatih.
'Terus kuat Faisal Halim ...' - Chong Wei
Semangat dan solidariti untuk pemain Selangor FC, Faisal Halim dari komuniti sukan negara masih berterusan sehingga saat ini.
Maszlee cadang Chong Wei bantu kembangkan bakat pemain badminton Rusia
Pengerusi IAIS Malaysia, Profesor Maszlee Malik, berhasrat menggunakan kepada kepakaran seperti Datuk Lee Chong Wei untuk membantu menggilap bakat badminton di Rusia.
Legenda badminton dunia berkumpul di Menara Eiffel
Chong Wei memberikan penghormatan khas kepada penganjur Perlawanan Paris 100 kerana menjemputnya ke perlawanan legenda badminton terbaik dunia.
Lee Chong Wei terkandas di Paris
Chong Wei berkunjung ke Paris untuk majlis 'The Paris 100 Sino-French Badminton Charity Gala' sejak hujung minggu lalu.
Keresahan Chong Wei ada asas namun tidak cerminkan prestasi keseluruhan - Norza
Keresahan disuarakan Datuk Lee Chong Wei susulan keputusan kurang memberangsangkan pada Kejohanan BATC 2024 mempunyai asas tersendiri.