Pasukan League of Legends Kuala Lumpur Hunters (KLH) muncul juara Liga Kejohanan League of Legends Malaysia (LCM) selepas mengalahkan pasukan Fire Dragoon 3-1 pada final.
KLH membawa pulang hadiah wang tunai RM60,000 dan terpilih mewakili Malaysia untuk Garena Premier League (GPL) 2018 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand pada hujung bulan ini.
“Perjalanan memang sukar pada awal liga ini tapi kami berjaya juga. Kami bangga untuk mewakili Malaysia sekali lagi.
"Terima kasih kepada mereka yang terus percaya kepada kami. Masa untuk berehat dan mengilap skil bagi persiapan menjelang GPL," kata KLH dalam satu kenyataan semalam.
Selain menjuarai kejohanan itu selama lima kali berturut-turut, KLH juga membawa pulang anugerah bagi kategori Pemain Terbaik, Pemain Pembantu Terbaik dan Pemain Jungler Terbaik.
Pada kejohanan GPL nanti, KLH bakal bertarung dengan pasukan terbaik dari Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina untuk mendapat peluang bagi mewakili rantau ini dan bertanding di Mid Season Invitationals anjuran Riot Games di Berlin Jerman.
Mariah Ahmad
Tue Mar 20 2018
![LCM: Kuala Lumpur Hunters juara, bawa pulang wang tunai RM60,000 LCM: Kuala Lumpur Hunters juara, bawa pulang wang tunai RM60,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51521471015_LOL.jpg)
Kuala Lumpur Hunters (KLH) pertahankan gelaran juara Kejohanan Liga League of Legends Malaysia. - Facebook/Kuala Lumpur Hunters
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
![Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720368598_TBPrabowo.jpg)
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
![Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61706067730_TBgarisanpolis.jpg)
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
![AOV dianugerahkan permainan multi-pemain terbaik IMGA AOV dianugerahkan permainan multi-pemain terbaik IMGA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-04/41522742504_AOV.jpg)
AOV dianugerahkan permainan multi-pemain terbaik IMGA
AOV yang dilancarkan di Malaysia pada 17 Oktober tahun lalu merupakan permainan atas talian yang direka khas untuk telefon pintar dan menawarkan pelbagai mod termasuk lawan 5-lawan-5.
![LCM: Kuala Lumpur Hunters juara, bawa pulang wang tunai RM60,000 LCM: Kuala Lumpur Hunters juara, bawa pulang wang tunai RM60,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-03/51521471015_LOL.jpg)
LCM: Kuala Lumpur Hunters juara, bawa pulang wang tunai RM60,000
Ini merupakan kemenangan kelima berturut-turut Kuala Lumpur Hunters dalam Kejohanan Liga League of Legends Malaysia.