GEORGE TOWN: Laporan polis berhubung kes gangguan seksual membabitkan jurulatih sukan dodgeball telah dibuat untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut, kata Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Beliau berkata selain itu, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) juga sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian tidak bermoral membabitkan jurulatih itu.
"Laporan polis berhubung kejadian itu telah dibuat dan dalam masa sama, KPM juga masuk untuk menjalankankan siasatan, minggu depan saya akan berjumpa dengan pihak terlibat (bagi membincangkannya)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara dan Jelajah Mini Rakan Muda Peringkat Pulau Pinang di Padang Kota Lama di sini hari ini.
Hannah berkata demikian bagi mengulas laporan media baru-baru ini berhubung kes gangguan seksual membabitkan sukan dodgeball yang mangsanya melibatkan murid sekolah rendah.
Presiden Persatuan Dodgeball Malaysia (MAD) Datuk V. Radhakrishnan dilaporkan berkata pihaknya menerima aduan daripada Biro Kokurikulum Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan dan akan membuat pertemuan dengan Hannah bagi membincangkan pelaksanaan kod sukan selamat dengan lebih terperinci.
Radhakrishnan dilaporkan berkata tindakan tidak bermoral itu jelas memberi impak negatif kepada sukan dodgeball, malah secara tidak langsung akan memberi kesan kepada ibu bapa untuk membabitkan anak-anak mereka dengan aktiviti sukan di sekolah.
Sementara itu, Hannah berkata menerusi inisiatif Rakan Muda iaitu gaya hidup Rakan Demokrasi, pihaknya sedang menjalankan beberapa projek bagi menyemarakkan kefahaman dan pengetahuan demokrasi terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) terhadap golongan muda.
Katanya menerusi Rakan Demokrasi itu, mereka bukan sahaja diberi maklumat tentang hak keluar mengundi tetapi juga pendidikan tentang pilihan raya dan proses mengundi supaya golongan berkenaan tahu apa yang perlu dilakukan.
"Hak untuk mereka keluar mengundi telah diberikan, namun kalau hak itu tanpa pendidikan agak susah juga, sebab kita bimbang mereka tidak tahu apa nak buat dengan proses pengundian dan sebagainya ... ini yang kita banyak jalankan terutama kandungan dalam talian supaya mereka mendapat maklumat yang betul berikutan objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman golongan belia tentang sistem demokrasi," katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Hannah turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM500,000 dana sukan komuniti untuk disalurkan kepada kumpulan belia di negeri ini menerusi Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN) Pulau Pinang pada tahun ini.
"Sempena Sambutan Hari Belia Negeri Pulau Pinang, saya telah mengumumkan dana sukan komuniti sebanyak RM500,000 dan mana-mana kumpulan belia yang perlukan dana untuk aktiviti dan program sukan, mereka boleh mohon dengan JBSN Pulau Pinang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 15 2023
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh beramah mesra dengan orang ramai ketika hadir bagi merasmikan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang hari ini. - Foto BERNAMA
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
KPWKM teruskan program advokasi gangguan seksual terhadap kanak-kanak
KPWKM dan Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-kanak di 327 sekolah tahun ini.
Sekolah agama swasta terlibat penderaan, gangguan seksual berdepan tindakan tegas - JAIS
Tindakan tersebut akan diambil selaras dengan Seksyen 25 Enakmen Pengawalan Sekolah Agama Islam 1988 (Pindaan 2001).
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Pegawai bank mengaku tidak bersalah dua tuduhan gangguan seksual
Rosman Jamaluddin, 52 tahun, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret S Punitha.
Mangsa gangguan seksual perlu berani buat laporan - Nancy
Individu yang menjadi mangsa gangguan seksual perlu berani tampil membuat laporan menerusi platform undang-undang yang disediakan oleh kerajaan agar tindakan boleh diambil terhadap pelaku.
Perlu ada peruntukan halang tindakan balas oleh organisasi terhadap pengadu gangguan seksual
Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840) perlu dipinda dengan memasukkan peruntukan yang menghalang organisasi daripada mengenakan tindakan balas terhadap pengadu.
Perkenalkan mekanisme aduan gangguan seksual secara 'e-filing' - Presiden AWL
Kaedah digitalisasi ini akan membuka akses lebih luas kepada individu di luar bandar untuk melaporkan insiden gangguan seksual.
KPWKM cadang Akta Antigangguan Seksual 2022 dipinda untuk ditambah baik
KPWKM mencadangkan agar Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840), dipinda untuk ditambah baik dalam menangani isu gangguan seksual di tempat kerja.
Ebit Lew minta saksi padam mesej melalui WhatsApp
Menurut saksi itu, Lew turut memberitahunya menerusi mesej WhatsApp pada 30 Julai 2021 bahawa telefon bimbit milik pendakwah berkenaan akan dirampas oleh pihak polis.
Gangguan seksual terhadap kerani bank: Siasatan polis di peringkat akhir
Siasatan kes seorang pegawai operasi sebuah bank di Bercham, berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap seorang wanita rakan sekerjanya berada di peringkat akhir.