FRANK Lampard merancang untuk mencari 'angin' baharu selepas dipecat sebagai jurulatih kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton Isnin lalu.
Menurut satu laporan, jurulatih berusia 45 tahun itu tidak mahu berdiam diri sebaliknya akan kembali berusaha dengan menjadikan kerjaya di luar England sebagai langkah seterusnya.
Bekas bintang Chelsea dan legenda England itu dipecat ekoran prestasi hambar yang menyaksikan kelab Merseyside berkenaan terperosok di tangga kedua tercorot liga.
"Perpindahan ke tempat lain sama ada Sepanyol, Belanda, Jerman atau Amerika Syarikat berada dalam fikirannya. Dia perlukan angin baharu untuk kembali bangkit," petik laporan tersebut.
Laporan itu menambah, kegagalan di Everton menjadikan Lampard lebih kuat dan berazam untuk kembali membuktikan kemampuannya sebagai seorang jurulatih berjaya.
"Frank (Lampard) sangat kecewa dengan apa yang berlaku di Everton. Dia sayang kelab, penyokong dan mahu memacu kedudukan Everton.
"Dia bekerja keras. Namun terpaksa akur dengan kegagalannya, tetapi pada masa sama dia yakin kekecewaan dan pengalamannya itu akan menjadikannya lebih kuat sebagai pengurus," katanya.
Laporan itu menambah, Lampard seorang pengurus yang berfikiran jauh dan kegagalan di Everton menjadi satu pengalaman berharga untuk bangkit semula.
"Dia gemar melihat ke arah masa depan. Dia akan bercuti, melihat kembali apa yang berlaku dan akan kembali tidak lama lagi," ujar laporan itu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Jan 25 2023

Lampard dilaporkan sebagai seorang pengurus yang berfikiran jauh dan kegagalan di Everton menjadi satu pengalaman berharga untuk dia bangkit semula. - Gambar fail

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.

Mauricio Pochettino dilantik sebagai pengurus Chelsea
Ia menamatkan proses hampir dua bulan untuk mencari pengganti tetap Graham Potter, yang dipecat pada April.

Frank Lampard kesal kem Chelsea hilang arah
Frank Lampard tinggalkan Chelsea dengan penuh kekesalan.

Chelsea tidak capai tahap yang diperlukan bersaing dengan Manchester United - Frank Lampard
Lampard sekali lagi mengecam pemain Chelsea yang gagal menghadirkan prestasi terbaik susulan kekalahan mereka kepada Manchester United.

EPL: Lampard lega Chelsea akhirnya menang, kini huni tangga ke-11
Frank Lampard boleh menarik nafas lega apabila Chelsea menamatkan deretan enam kekalahan setelah menewaskan Bournemouth 3-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris.

EPL: Saya masih gemar berada di Chelsea - Lampard
Frank Lampard menegaskan bahawa dia gemar berada di Chelsea dan menikmati cabaran untuk mengubah nasib kelab itu.

Chelsea wajar contohi modul Arsenal - Lampard
Kekalahan Chelsea 0-2 kepada Brentford minggu lalu menyaksikan The Blues berada di kedudukan ke-12,.

EPL: Giliran Brentford calar maruah Chelsea
Jaringan sendiri daripada Cesar Azpilicueta disusuli percubaan melencong Bryan Mbeumo menyaksikan The Blues kemarau kemenangan.

Tidak cukup bagus - Lampard ratapi kekalahan Chelsea
The Blues mengalami kekalahan ketiga berturut-turut di bawah pimpinan sementara Lampard.

UCL: Perkara istimewa boleh berlaku di Stamford Bridge - Lampard janji Chelsea belum mengalah
Frank Lampard, percaya mereka mampu menterbalikkan defisit 0-2 di belakang Real Madrid dalam suku akhir kedua Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di Stamford Bridge minggu depan.

Lampard mahu mencari 'angin' baharu
Jurulatih itu dilaporkan akan kembali berusaha dengan menjadikan kerjaya di luar England sebagai langkah seterusnya.