KYLIAN Mbappe menyertai semula skuad pasukan utama Paris St Germain (PSG) selepas "perbincangan yang sangat membina dan positif" di antara kelab dan aset bintang mereka itu.
Masa depan bintang Perancis itu telah menjadi subjek spekulasi hangat sepanjang musim panas selepas melahirkan hasrat utamanya untuk berpindah ke Real Madrid, lantas baru-baru ini dia dihalang daripada menjalani latihan skuad senior di sebalik hubungan keruh kedua-dua belah pihak itu.
Dia berada di tempat penonton ketika PSG memulakan misi pertahanan kejuaraan Ligue 1 mereka dengan cara yang kurang memberangsangkan apabila seri tanpa jaringan ketika menghadapi Lorient semalam dengan Neymar merupakan seorang lagi bintang yang tidak muncul dalam skuad itu pada hari perlawanan.
Namun, PSG malam tadi mengesahkan Mbappe telah kembali ke pangkuan latihan pasukan utama dan penyerang berusia 24 tahun itu dilaporkan bersedia untuk melanjutkan kontraknya dengan kelab itu.
PSG berkata dalam satu kenyataan di saluran sosial mereka: "Berikutan perbincangan yang sangat membina dan positif di antara PSG dan Kylian Mbappe sebelum perlawanan PSG-Lorient, pemain itu telah dimasukkan semula ke dalam skuad latihan pasukan utama pagi ini."
Kontrak Mbappe -- yang telah diberi kebenaran untuk berunding dengan Al Hilal selepas kelab Liga Pro Saudi itu membentangkan bidaan rekod dunia 259 juta pound (RM1.5 bilion) bulan lalu -- hanya berbaki setahun lagi di Paris.
Dia setakat ini menolak sebarang lanjutan dan boleh memulakan rundingan untuk perpindahan percuma pada Januari depan, tetapi dia kini dilaporkan sedia memberi komitmen kepada PSG hingga 2025, seterusnya membenarkan kelab itu menjualnya kepada Real musim panas depan. -- Stadium Astro
Astro Arena
Mon Aug 14 2023
PSG malam tadi mengesahkan Mbappe telah kembali ke pangkuan latihan pasukan utama dan penyerang berusia 24 tahun itu dilaporkan bersedia untuk melanjutkan kontraknya dengan kelab itu. - Gambar fail
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Polis kesan mangsa hilang menggunakan kaedah DNA
Setakat ini, sebanyak 199 autopsi dilakukan dan 54 mayat masih belum dikenal pasti.
KPDN bakal perkenalkan CMO tahun hadapan
Menterinya Datuk Seri Armizan Mohd Ali berkata ini kerana KPDN dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) telah menerima pelbagai aduan antaranya berkaitan agihan royalti yang disifatkan terlalu rendah.
UNL: Kylian Mbappe tercicir dalam skuad Perancis
Mbappe terus diketepikan daripada skuad Perancis untuk perlawanan Liga Negara-Negara (UNL).
Ancelotti tidak bimbang kecederaan Mbappe
Jurulatih Carlo Ancelotti meyakinkan peminat Real Madrid berikutan keputusan menggantikan Kylian Mbappe dalam menentang Deportivo Alaves.
Neymar beri amaran, beraksi dengan Mbappe umpama 'neraka'
Gandingan Neymar dan Mbappe sebelum ini pernah menjadi mimpi ngeri buat pasukan lawan ketika beraksi bersama di Paris Saint-Germain.
LaLiga: Gol berganda Mbappe pastikan Real Madrid atasi Real Betis
Kylian Mbappe menjaringkan gol berganda dalam babak kedua untuk memastikan Real Madrid menewaskan Real Betis 2-0 dalam perlawanan LaLiga.
'Debut' Mbappe di La Liga tidak seperti diharapkan
KYLIAN Mbappe dilanda kekecewaan penampilan sulungnya dalam saingan La Liga apabila Real Madrid diikat 1-1 oleh Real Mallorca di Estadi Mallorca Son Moix pada awal pagi Isnin.
Gol sulung Mbappe bantu Real Madrid juarai Piala Super UEFA
"Ia adalah malam yang hebat. Ia adalah detik yang hebat untuk saya. Dan kami memenangi kejuaraan, yang penting - di Madrid anda perlu sentiasa menang."
Piala Super UEFA: Ancelotti tidak jamin beri Mbappe penampilan pertama
Ancelotti kekal berahsia mengenai peluang Kylian Mbappe untuk membuat penampilan sulung bersama Real Madrid pada Piala Super UEFA.
Kylian Mbappe bakal beli kelab Perancis selepas tinggalkan PSG
Bintang Real Madrid, Kylian Mbappe ditetapkan untuk menjadi pemegang saham majoriti di kelab Ligue 2 SM Caen.
La Liga: Kylian Mbappe kini kepunyaan Real Madrid
Pemain berusia 26 tahun itu akan menyarung jersi nombor 9 dan mengakui terpaksa menolak beberapa tawaran daripada beberapa kelab besar.
Mbappe rancang beli kelab Ligue 2
KYLIAN Mbappe dan keluarganya sedang dalam perbincangan 'lanjutan' mengenai kemungkinan pengambilalihan sebuah kelab yang hampir disertainya pada tahun 2013.