KUALA LUMPUR: Permukaan padang berkualiti tinggi di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, jelas antara faktor membantu Harimau Malaya mencatat dua kemenangan pada aksi persahabatan antarabangsa Tier 1, baru-baru ini.
Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali percaya keadaan padang yang baik seperti gelanggang keramat juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) itu mampu melonjakkan prestasi skuad negara sekali gus mencatat kemenangan dalam perlawanan disertai.
"Sememangnya ada perubahan dari segi persembahan terutamanya serangan dan tekanan di bahagian depan serta keserasian antara pemain juga semakin baik namun apa yang penting keadaan padang baik.
"Jika padang tidak baik, sukar untuk kita bermain. Jadi dengan kelebihan padang yang berkualiti, pasukan kita mampu pergi lebih jauh," katanya ketika ditemui pada satu majlis berbuka puasa anjuran Persatuan Pemain Profesional Malaysia (PFAM) di sini, semalam.
Malaysia yang dibimbing pengendali dari Korea Selatan, Kim Pan Gon, memulakan kempen aksi persabahatan dengan mengatasi Turkmenistan, 1-0, pada 23 Mac sebelum menutup jendela perlawanan antarabangsa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) menerusi kemenangan 2-0 ke atas Hong Kong, kelmarin (28 Mac).
Sementara itu, Safee percaya kualiti dimiliki pemain tempatan seperti Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan Mohamad Faisal Abdul Halim setanding dengan barisan pemain naturalisasi diturunkan antaranya Paolo Josue dalam dua perlawanan persahabatan tersebut.
Beliau yang juga Presiden PFAM berkata walaupun Muhammad Akhyar kurang bermain di peringkat kelab namun pengalaman beraksi bersama Harimau Malaya termasuk corak permainan intensiti tinggi sebelum ini benar-benar membantunya menyesuaikan diri dengan baik bersama pasukan negara.
Dalam perkembangan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif PFAM Izham Ismail berkata pasukan Melaka United FC dan Sarawak United FC akan dibicarakan di peringkat Badan Penyelesaian Pertikaian Nasional (NDRC) pada 6 April ini selepas gagal melunaskan tunggakan gaji pemain mereka.
Katanya, pasukan Melaka United mempunyai tunggakan gaji lebih RM1 juta manakala Sarawak United pula kurang daripada RM500,000 terhadap 20 pemain yang bernaung di bawah PFAM daripada kedua-dua kelab tersebut.
"Kita sudah hantar beberapa surat kepada mereka (Melaka United dan Sarawak United) namun tiada ruang mahupun inisiatif untuk menyelesaikan masalah tersebut.
"Jadi, PFAM terpaksa guna langkah seterusnya iaitu undang-undang. Kami harap akan ada satu keputusan dari perbicaraan NDRC minggu depan sebelum bawa kes ini ke mahkamah," katanya.
Sebelum ini, Melaka United dan Sarawak United disingkirkan daripada Liga Super 2023 apabila permohonan kedua-dua kelab berkenaan untuk Lesen Kebangsaan ditolak susulan masalah tunggakan gaji pada musim lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023

Mohd Safee Sali bercakap pada sidang media Majlis Berbuka Puasa PFAM bersama Golongan OKU di Wisma Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (MAB) Brickfields. --fotoBERNAMA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.

Jojo sedia kongsi ilmu di Wilayah Pahlawan 2025
Jojo berkata beliau memikul tanggungjawab besar untuk menjadi lebih matang dan berdisiplin, demi menjadi inspirasi baik buat anak muda.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.

Brendan tak gentar perang psikologi Krygyzstan
Brendan Gan tidak gentar untuk berdepan Kyrgyzstan pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Khamis ini.

Makmal forensik hidupan liar kebangsaan jadi pusat kecemerlangan lindungi harimau Malaya
MyTFF juga bersetuju untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan Pangkalan Operasi Hadapan di Tapak Kem Zabri, Daerah Hulu Perak.

Tiada keperluan pindahkan Orang Asli terkesan ancaman harimau - Mohd Amar
Tiada keperluan setakat ini untuk memindahkan Orang Asli di Gua Musang yang terkesan dengan ancaman harimau belang sejak Disember lepas.

Kerajaan cadang pasang kolar penjejak pada Harimau Malaya
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli bercadang untuk memasang kolar penjejak pada kira-kira 150 ekor Harimau Malaya di seluruh negara untuk memudahkan urusan menjejaki haiwan mamalia itu.

Perhilitan laksana program pembiakan Harimau Malaya elak pupus
Perhilitan akan melaksanakan program pembiakan Harimau Malaya pada tahun ini, dalam usaha meningkatkan populasi spesies terancam itu.

Kajian pemikir muda demi alam, antaranya elak kepupusan ungka, harimau Malaya
Kajian mereka diramal mampu membantu Malaysia dan kerana itu, mereka terpilih sebagai penerima Geran Anugerah Merdeka untuk tahun 2021.

'Ngauman' penyanyi Malaysia untuk harimau Malaya
Konsert yang bakal diadakan pada 30 Ogos ini menandakan kemuncak kempen selama sebulan bertema 'Save the Malayan Tiger'.

Gosok gigi harimau? Ini jawapan penjaga harimau Malaya Zoo Negara
Namun, di sebalik personaliti ganas yang digeruni ramai, gelagat comel harimau Malaya mampu 'mencairkan hati' ramai pencinta haiwan.

Zoo Negara ambil langkah pastikan haiwannya tidak dijangkiti COVID-19
Zoo Negara mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan lebih 300 spesies haiwan di lokasi itu tidak dijangkiti wabak COVID-19.

Harimau Malaya di New York positif COVID-19
Menurut ketua veterinari Zoo Bronx, Paul Calle, kes Nadia adalah unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif, namun tidak menunjukkan simptom.