BUKIT MERTAJAM: Sektor pendidikan tinggi negara yang diterajui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sentiasa menyokong potensi penuntut dan mahasiswanya dalam apa jua bidang yang diminati, termasuk dalam arena sukan.
Ketua Setiausaha KPT Datuk Seri Abdul Razak Jaafar berkata selain menumpukan kepada kecemerlangan akademik, sumbangan mahasiswa kepada masyarakat, hubungan erat dengan industri, sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.
"Sama ada peringkat universiti, kebangsaan mahupun antarabangsa, serta segala pencapaian yang dirangkul oleh mereka dalam bidang sukan, ia telah membuktikan kita berada di landasan yang betul dalam memacu ekosistem kecemerlangan sukan negara.
"Kecemerlangan atlet-atlet Institut Pengajian Tinggi (IPT) kini semakin membuka mata semua pihak yang berkepentingan dalam sukan negara ketika ini," katanya ketika berucap merasmikan Kejohanan Karnival Sukan Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (UiTM) (KARiSMA) 2023 edisi ke-28 di UiTM Pulau Pinang selaku hos kejohanan, di sini, semalamf.
Beliau berkata kejayaan atlet wushu IPT Tammy Tan Hui Ling dari Asia Pasific University (APU) baru-baru ini, misalnya berjaya mencatat sejarah apabila merangkul pingat emas sulung negara menerusi acara qiangshu wanita, sekali gus menamatkan kemarau 38 tahun sejak penyertaan pertama Malaysia di Universiade Kobe, Jepun pada 1985.
"Itu merupakan suatu kejayaan paling gemilang atlet IPT dan juga sukan KPT sejajar dengan objektif kewujudan Dasar Pembangunan Sukan Institusi Pengajian Tinggi atau DPSIPT pada 2009 yang ternyata telah menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi atlet-atlet IPT," katanya.
Abdul Razak berkata KPT sentiasa dan terus memberikan sokongan yang padu terutama dalam menjaga serta menghargai kecemerlangan atlet dengan menawarkan Biasiswa Yang Berhormat Menteri Pendidikan Tinggi-Atlet Cemerlang IPT kepada individu yang layak.
Katanya sejak 2010 hingga tahun ini, lebih 1,900 atlet cemerlang di IPT layak menerima biasiswa berkenaan.
Mengulas mengenai KARiSMA UiTM 2023, beliau percaya kejohanan itu akan menjadi medan bagi mencungkil bakat-bakat baharu mewakili UiTM ke peringkat yang lebih tinggi.
"Pencapaian UiTM dalam mengekalkan kejayaan sebagai johan keseluruhan Kejohanan Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) 2023 baru-baru ini, juga memberi isyarat jelas bahawa program pembangunan sukan di UiTM berada pada tahap yang amat baik dan wajar dicontohi IPT lain," katamya.
Sukan KARiSMA yang bermula dari 20 Sept (Rabu) sehingga 27 Sept menghimpunkan lebih 3,800 peserta termasuk 2,622 atlet dengan menawarkan 1,278 pingat keseluruhan serta 20 piala iringan dalam 42 kategori sukan dipertandingkan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 22 2023
Abdul Razak berkata KPT sentiasa dan terus memberikan sokongan yang padu terutama dalam menjaga serta menghargai kecemerlangan atlet. - Gambar fail BERNAMA
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Kerja-kerja naik taraf fasiliti pintu automatik akan siap akhir tahun
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sudah melantik kontraktor untuk kerja-kerja naik taraf pintu di platform Monorel yang memisahkan platform dengan koc monorel.
"Pelatih perlu tahan lasak, alasan tidak masuk akal untuk budayakan buli" - SUHAKAM
"Kita anggap ini satu penderaan dan menyebabkan gangguan (fizikal dan mental). Gurauan apa sehingga menyebabkan kematian?"
MCMC siasat pelajar IPTA dipercayai jual video lucah babitkan adegan diri sendiri di platform X
Siasatan awal MCMC mendapati kegiatan suspek bermula sejak 2021 dengan beliau memuat naik semula kandungan lucah sedia ada yang dikongsi pengguna lain di aplikasi sama.
Belanjawan 2025: Yuran SBP, IPTA akan dinaikkan kepada kumpulan kaya
Kerajaan bercadang mengenakan sedikit kenaikan yuran sekolah berasrama penuh (SBP) dan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) kepada kumpulan pendapatan 15 peratus teratas.
Awang Sariyan terima Anugerah Persahabatan Kerajaan China
Tokoh bahasa dan persuratan negara, Senator Datuk Seri Prof Dr Awang Sariyan menerima Anugerah Persahabatan Kerajaan China bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-75 negara itu, di sini, hari ini.
Program CSSP di Geneva tingkat keupayaan saintifik negara - Chang
Menurut Chang, program CSSP di Geneva juga berupaya merangsang minat pelajar dalam bidang sains dan teknologi.
Pendidikan, pembelajaran IPT perlu sentiasa dikemas kini ikut keperluan semasa
IPT perlu memastikan pendidikan dan pembelajaran sentiasa dikemas kini mengikut keperluan semasa susulan kemasukan ke universiti awam pada tahun lepas melibatkan 193,029 pelajar.
PNB, ASNB bakal lancar inisiatif Celik Kewangan Belia MADANI - PM Anwar
Program itu dibiayai dengan dana awal RM50 juta yang dibahagikan sama rata antara PNB, syarikat korporat dan kerajaan.
SSM terima 591 aduan syarikat berkaitan penipuan pelaburan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menerima 591 aduan berkaitan syarikat yang menawarkan pelaburan secara penipuan dan di bawah Akta Skim Kepentingan 2016, dari tempoh 2022 hingga Julai lepas.
Lebih 890 kg dadah dirampas di Perlis sejak Januari hingga Jun
Polis merampas lebih 890 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM75.8 juta di Perlis sejak Januari hingga Jun lepas.
Penggunaan AI dalam pendidikan: Pembelajaran lebih lancar, menarik - Ahli akademik
Penggunaan AI memudahkan pensyarah menyediakan bahan pengajaran yang lebih interaktif dan cadangan aktiviti sokongan yang boleh digunakan.