Korea Selatan berjaya mempertahankan kejuaraan hoki Piala Asia 2013 dengan kemenangan tipis 4-3 ke atas India pada final di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di sini malam Ahad.
Selaku juara benua, Korea Selatan secara merit layak ke Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda.
Sebelum perlawanan ini, Korea Selatan sudah pun mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2014 sebagai status pasukan simpanan pertama.
Korea Selatan dan India masing-masing menduduki tempat keempat dan keenam pada separuh akhir Kejohanan Liga Dunia tahun ini.
India pula menjadi pasukan simpanan keempat selepas Sepanyol di tangga kedua dan Malaysia di tangga ketiga dalam senarai simpanan.
Mengikut peraturan Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), pasukan yang sudah pun tersenarai dalam Piala Dunia 2014 tetapi memenangi kejohanan benua, maka slot tersebut akan diisi oleh pasukan simpanan.
Maka India, selaku pasukan simpanan keempat, sudah pasti beraksi pada Piala Dunia 2014 dari 31 Mei hingga 15 Jun tahun depan.
Pada pertemuan sengit itu, Kang Moon Kweon menafikan India laluan automatik ke Piala Dunia 2014 apabila menjaringkan gol kemenangan Korea Selatan pada minit ke-68.
Biarpun sudah mengesahkan tempat ke Piala Dunia 2014 sebelum turun ke final, namun Korea Selatan enggan memberi peluang sebaliknya menampilkan gerakan rancak untuk mendahului 2-0 pada separuh masa.
Jang Jong Hyun membuka tirai jaringan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-28 dan seminit kemudian You Hyo Sik menambah jaringan menerusi gol padang.
India, yang terdesak untuk merangkul kejuaraan, bangkit pada babak kedua perlawanan dengan Rupinder Pal Singh merapatkan jurang jaringan pada minit ke-48 menerusi pukulan sudut penalti.
India kemudianya berjaya menyamakan kedudukan 2-2 menerusi gol padang yang dijaringan oleh Nikkin Thimmaiah pada minit ke-55.
Selang dua minit kemudian, Nam Hyun Woo menjaringkan gol ketiga Korea Selatan menerusi pukulan penalti.
India kembali berjaya menyamakan kedudukan menerusi gol padang yang dihasilkan oleh Mandeep Singh pada minit ke-65.
Kegembiraan India tidak kekal lama apabila Moon Kweon menjaringkan gol kemenangan untuk Korea Selatan mempertahankan kejuaraan.
Bernama
Sun Sep 01 2013


RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

Korea Selatan pertahankan Piala Asia 2013
Korea Selatan berjaya mempertahankan kejuaraan hoki Piala Asia 2013 dengan kemenangan tipis 4-3 ke atas India pada final di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah.