Malaysia nyata bukan tandingan Korea Selatan selepas kalah 0-3 pada aksi pembukaan kumpulan A acara bola sepak Sukan Asia 2014 di Stadium Munhak, Incheon, Korea Selatan, semalam.
Pada aksi yang disiarkan secara langsung oleh sebuah televisyen berbayar itu, Korea Selatan menguasai sebahagian besar perlawanan menerusi rentak serangan pantas ke kubu skuad Harimau Muda A (Bawah 23).
Pemain pertahanan, Rim Chang-woo meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan pada minit ke-26 menerusi tandukan kencang hasil sepakan penjuru daripada rakan sepasukan dan keputusan itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama perlawanan.
Penyerang, Ahmad Hazwan Bakri hampir menjaringkan gol penyamaan untuk skuad B-23 negara kendalian Datuk Ong Kim Swee beberapa minit kemudian, namun berjaya ditangkap kemas oleh penjaga gol Korea Selatan, Kim Seung-gyu.
Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah terus 'bernafsu' bagi menggandakan jaringan dan berjaya menembusi pintu gol Malaysia buat kali kedua, hasil jaringan Kim Shin-wook pada minit ke-78.
Kim Seung-dae memastikan kemenangan mutlak Korea Selatan menerusi gerakan solo dengan berjaya menewaskan penjaga gol skuad negara, Mohd Izham Tarmizi Roslan, tiga minit kemudian.
Dalam satu lagi perlawanan kumpulan sama, Arab saudi mengalahkan Laos 3-0.
Malaysia akan berdepan Laos manakala Korea Selatan akan menentang Arab Saudi pada aksi kedua kumpulan, Rabu ini dan kedua-dua perlawanan berlangsung di Stadium Ansan Wa.
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyasarkan skuad B-23 mara sehingga ke peringkat suku akhir.
Berdasarkan format temasya, sejumlah 32 pasukan dibahagikan kepada lapan kumpulan dengan dua pasukan terbaik daripada setiap kumpulan mara ke pusingan kedua (16 terbaik).
Sebagai rekod, pencapaian terbaik Malaysia adalah memenangi pingat gangsa sebanyak dua kali iaitu pada edisi 1962 di Jakarta, Indonesia dan 1974 di Tehran, Iran.
Bernama
Mon Sep 15 2014
![Korea benam Malaysia 3-0 pada aksi pembukaan Sukan Asia 2014 Korea benam Malaysia 3-0 pada aksi pembukaan Sukan Asia 2014](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/61410758645_295x200.jpg)
Korea benam Malaysia 3-0 pada aksi pembukaan Sukan Asia 2014.
![Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah ke repechage acara pecut Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah ke repechage acara pecut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723209226_tbNurulIzzahIzzati.jpg)
Olimpik Paris 2024: Nurul Izzah ke repechage acara pecut
Pelumba berusia 20 tahun itu mencatat masa 10.709 saat (s) dan menamatkan sesi kelayakan itu di kedudukan ke-21 untuk mara ke pusingan 1/32 yang dijadual malam ini.
#AWANIRingkas 09 Ogos 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 09 Ogos 2024
1️⃣ Rumah terbakar di Pagoh
2️⃣ Tiga wartawan enggan dedah sumber
3️⃣ Perjalanan Bertrand Rhodict berakhir di pusingan kelayakan
#awaniringkas
1️⃣ Rumah terbakar di Pagoh
2️⃣ Tiga wartawan enggan dedah sumber
3️⃣ Perjalanan Bertrand Rhodict berakhir di pusingan kelayakan
#awaniringkas
![Pakistan ingin dalamkan kerjasama dengan Bangladesh Pakistan ingin dalamkan kerjasama dengan Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61723210415_TBMASHPAKISTANBANGLA.jpg)
Pakistan ingin dalamkan kerjasama dengan Bangladesh
Pakistan pada Jumaat mengucapkan tahniah kepada kerajaan sementara Bangladesh dan menyatakan hasrat untuk memperdalam hubungan dua hala.
![Gagasan Rakyat dianggotai hampir 300,000 ahli - Hajiji Gagasan Rakyat dianggotai hampir 300,000 ahli - Hajiji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723209816_TBPGRS.jpg)
Gagasan Rakyat dianggotai hampir 300,000 ahli - Hajiji
Hajiji meminta semua bahagian dan cawangan parti berkenaan untuk terus mempergiat usaha menambah ahli baharu.
![Esprit tutup semua 56 kedai di Jerman, jejaskan 1,300 pekerja Esprit tutup semua 56 kedai di Jerman, jejaskan 1,300 pekerja](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723209006_tbEspirttutupcawa.jpg)
Esprit tutup semua 56 kedai di Jerman, jejaskan 1,300 pekerja
Peruncit fesyen global Esprit merancang untuk menutup kesemua 56 kedainya di Jerman menjelang akhir tahun dan kira-kira 1,300 pekerja akan kehilangan pekerjaan.
PM Jepun batal lawatan kerja ke luar negara
Kishida memaklumkan beliau membatalkan lawatan luar negara untuk "memberi tumpuan kepada tindak balas kerajaan dan penyebaran maklumat" mengenai potensi gempa bumi besar.
Wanita cedera diserang pisau ketika hendak menunaikan solat
Seorang wanita cedera apabila diserang ketika di dalam tandas sebuah madrasah. Wanita berkenaan dipercayai singgah sebentar untuk menunaikan solat Zohor.
Persaraan istimewa buat Mohd Zuki selepas 32 tahun khidmat
Berkongsi momen tersebut pada hari terakhir tugasnya sebagai KSN, Mohd Zuki berkata, beliau cukup berbangga dapat berkhidmat sebagai penjawat awam selama lebih 32 tahun.
![Kerja penyelenggaraan jalan sepanjang lebuh raya BESRAYA hingga 31 Okt Kerja penyelenggaraan jalan sepanjang lebuh raya BESRAYA hingga 31 Okt](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723208122_LebuhrayaBESRAYA.jpg)
Kerja penyelenggaraan jalan sepanjang lebuh raya BESRAYA hingga 31 Okt
Semua urusan penyelenggaraan dilaksanakan bermula 10 malam hingga 6 pagi, sepanjang tempoh berkenaan.
Dakwa rombakan PDRM: Tiga wartawan tetap enggan dedah sumber
Mereka memberikan kerjasama dalam siasatan namun tetap berpendirian tidak mahu mendedahkan nama sumber berita tersebut.
![Korea benam Malaysia 3-0 pada aksi pembukaan Sukan Asia 2014 Korea benam Malaysia 3-0 pada aksi pembukaan Sukan Asia 2014](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-09/61410758645_295x200.jpg)
Korea benam Malaysia 3-0 pada aksi pembukaan Sukan Asia 2014
Malaysia nyata bukan tandingan Korea Selatan selepas kalah 0-3 pada aksi pembukaan kumpulan A bola sepak Sukan Asia 2014.