Kompleks Belia Rembau akan dibina di kawasan seluas 8.094 hektar pada hujung tahun ini dan dijangka siap akhir 2018, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata proses pengambilan tanah sudah diselesaikan dan pelantikan kontraktor melalui tender akan dibuat tidak lama lagi.
"Kompleks ini akan dilengkapi dengan padang, balapan, astaka, asrama dan dewan besar," katanya kepada media selepas Sambutan Hari Belia Negara 2016 peringkat Negeri Sembilan yang dirasmikan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan di sini, hari ini.
Turut hadir Anggota Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek.
Khairy Jamaluddin, yang juga Anggota Parlimen Rembau berkata kompleks belia itu kelak dapat memberi manfaat kepada 50 persatuan belia di Rembau.
Sementara itu, Mohamad berkata rakyat negeri ini khususnya belia perlu berfikiran seperti seorang usahawan jika mahu berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.
"Orang yang berfikir dan berjiwa usahawan ini sentiasa mahu berjaya, maju, mahu menambah nilai, memperbaiki keadaan mereka dan tidak kenal erti putus asa.
"Sikap ini yang perlu ada pada belia Negeri Sembilan. Saya tak mahu belia yang mengharapkan bantuan, saya nak belia negeri ini yang dapat menyediakan pekerjaan," katanya.
Pada majlis itu, Persatuan Belia Felda Jelai 3, Tampin menerima Anugerah Perdana Belia kategori pertubuhan belia dan membawa pulang wang tunai RM10,000, trofi dan sijil.
Bernama
Sat May 21 2016
KHAIRY: Kompleks ini akan dilengkapi dengan padang, balapan, astaka, asrama dan dewan besar.
Penduduk kampung beratur minum air rendam kaki Haji, Hajah
Difahamkan kejadian berlaku pada minggu lalu di sebuah perkampungan yang tidak didedahkan lokasinya.
Elak anak kerap kecacingan, banyakkan jenis makanan ini!
Petanda anak yang mengalami kecacingan adalah selalu gatal dan kerap menggaru di bahagian belakang terutama dubur.
PRK Sungai Bakap: Calon PN Abang Abidin selesai buang undi
Abidin hadir berkemeja putih pada jam 8.15 pagi tadi dan terus bergerak untuk proses buang undi.
Hello Kedah platform dekatkan Astro dengan masyarakat setempat
Pengunjung juga tidak melepaskan peluang 'terlibat sama' dalam beberapa aktiviti yang memfokuskan kepada pelbagai lapisan usia.
AWANI Pagi: Jojo sedia harumkan nama Malaysia di pentas dunia
Gelanggang #AWANIPagi akan dikunjungi sensasi Muay Thai, Johan 'Jojo' Ghazali untuk berkongsi perihal langkahnya yang semakin menyinar dalam sukan itu. Jangan ketinggalan saksikan eksklusif di AWANI Pagi 7.30 pagi Sabtu
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Ular tedung tercekik botol ubat batuk
Reptilia berkenaan dilihat seperti sukar bernafas dan bergelut untuk mengeluarkan botol dari rahangnya.
PRK Sungai Bakap: Warga emas bersemangat turun undi, bangun 4.30 pagi
Walaupun hanya mengambil masa kira-kira 15 minit untuk sampai ke pusat pengundian, dia keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan.
Usaha gencatan senjata, bebas tebusan dapat momentum
Pejabat Netanyahu bagaimanapun memaklumkan, masih terdapat jurang antara kedua-dua pihak.
Siapa wakil rakyat baharu di Sungai Bakap?
Sebanyak sembilan pusat mengundi membabitkan 65 saluran dibuka mulai jam 8 pagi hingga 6 petang sebelum proses penjumlahan undi berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi bagi tujuan PRK Sungai Bakap ini.
PRK Sungai Bakap: Sembilan pusat mengundi dibuka 8 pagi ini
Proses pengundian hari ini melibatkan 39,151 pengundi yang akan menunaikan tanggungjawab mereka bagi memilih wakil rakyat baharu kawasan itu.
Skuad tenpin bowling raih pingat emas pada Kejohananan Bowling Lelaki Dunia
Pasangan beregu lelaki, Adrian Ang dan Tun Ameerul Hakim Tun Hasnul Azam berjaya meraih pingat emas dalam acara beregu lelaki pada Kejohanan Bowling Lelaki Dunia 2018, di Hong Kong.
Hari Bola Sepak Akar Umbi secara tahunan - FAM
Persatuan Bola sepak Malaysia berhasrat menganjurkan Hari Bola sepak Akar Umbi secara tahunan, kata setiausaha agungnya, Datuk Hamidin Mohd Amin.
Welson Sim, Fatehah Olimpian Terbaik 2017
Perenang negara, Welson Sim, dan pelumba basikal trek, Fatehah Mustapa, diumumkan sebagai penerima Anugerah Olimpian Terbaik 2017.
Sukan SEA: Skuad tenis intai slot perlawanan akhir
Lima pingat emas ditawarkan dalam acara tenis yang merangkumi acara perseorangan, beregu, lelaki dan wanita serta beregu campuran.
Kami patut menang - Zidane
Keputusan seri 2-2 di Balaidos menyaksikan Madrid tumpas 4-3 menerusi agregat, dengan Celta mara ke separuh akhir buat musim kedua berturut-turut.
Felipe Massa tangguh persaraan dalam kancah F1
Tidak dapat menolak tawaran setahun lagi untuk beraksi dalam F1 bagi membantu pasukan Williams bersaing secara kompetitif tahun ini.
Manchester United atasi Real Madrid, Barcelona sebagai kelab terkaya dunia
Juara 20 kali EPL itu memperoleh pendapatan sebanyak 689 juta Euro (RM3.2 bilion) hasil daripada hak komersial yang meningkat kepada 100 juta Euro (RM4.7 juta).
Kelab China berang dikaitkan dengan James Rodriguez
Hebei Fortune menyifatkan laporan media sudah melampaui batas kerana mengada-adakan sesuatu yang ternyata tidak benar.
Xabi Alonso masih belum sedia untuk bersara
Kontrak pemain berusia 35 tahun itu di Allianz Arena dijangka berakhir pada hujung musim ini dengan pemain itu masih belum menandatangani kontrak pembaharuan.
BAM ambil langkah proaktif cari pemain pelapis untuk musim 2017
Pemilihan yang dijalankan di Stadium Badminton Bukit Kiara sejak Rabu lalu telah menghimpunkan seramai 100 pemain remaja dari seluruh tanah air.