PENGURUS Liverpool, Jurgen Klopp, menyamakan individu yang enggan divaksin dengan pemandu mabuk.
Klopp membincangkan isu mengenai pengambilan vaksin menjelang pertemuan blokbuster pasukannya dengan juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City, di Anfield tengah malam ini.
Ketika Klopp mengesahkan 99 peratus daripada skuadnya sudah melengkapkan vaksinasi, masih banyak kelab dalam EPL yang dilaporkan hanya mencapai separuh daripada skuad mereka dalam penerimaan dua suntikan berkenaan.
"Saya tidak perlu meyakinkan pemain saya, ia lebih kepada keputusan natural daripada pasukan ini," kata Klopp kepada wartawan.
"Saya tidak pernah membincangkannya dengan pemain secara empat mata dan menjelaskan kepada mereka," katanya.
Klopp menambah: "Ia kedengaran seperti kami tidak dibenarkan untuk memberikan saranan.
"Di manakah saya mendapat pengetahuan bahawa adalah sebaiknya untuk mengambil vaksin? Saya menghubungi doktor yang saya kenal selama bertahun-tahun dan bertanyakan kepada mereka: 'Apakah yang perlu saya lakukan?'.
"Itulah cara saya bekerja, apabila anda tidak tahu, anda bertanyakan kepada mereka yang pakar dan orang yang pakar itu akan menjelaskannya kepada anda.
"Kerana itulah saya mengambil vaksinasi, kerana saya berada dalam lingkungan umur (54) yang sudah tidak terlalu kuat, virus ini amat licik, dan saya amat gembira apabila saya mendapatkan vaksin. Pakar perubatan di luar sana memberitahu vaksinasi adalah penyelesaiannya buat masa ini.
"Jika saya katakan yang saya sudah divaksin, ada orang lain akan berkata: 'bagaimana anda boleh yakinkan saya bahawa saya perlu divaksin?'.
"Ia seperti memandu dalam keadaan mabuk. Kita pasti pernah berada dalam situasi di mana kita minum sejumlah minuman keras dan menyangka kita masih boleh memandu tetapi kerana undang-undang, kita tidak dibenarkan memandu, jadi kita tidak melakukannya. Tetapi undang-undang itu bukanlah untuk melindungi saya daripada memandu sewaktu dalam keadaan mabuk, ia untuk melindungi orang lain ketika saya mabuk, dan kita perlu menerima undang-undang itu.
"Saya bukannya mengambil vaksinasi untuk melindungi diri saya sahaja, saya mengambilnya untuk melindungi orang di sekeliling saya. Saya tidak faham mengapa ia dikatakan sebagai sekatan kebebasan kerana jika ia benar, tidak dibenarkan memandu sewaktu dalam keadaan mabuk juga satu sekatan kebebasan.
"Saya mengambil vaksinasi kerana saya risau dengan diri tetapi apa yang lebih penting adalah tentang orang di sekeliling saya. Jika saya dijangkiti (COVID-19), itu salah saya tetapi jika saya menyebarkannya kepada orang lain, ia bukan kesalahan mereka," katanya.
Astro Arena
Sun Oct 03 2021
KLOPP: Saya mengambil vaksinasi kerana saya risau dengan diri tetapi apa yang lebih penting adalah tentang orang di sekeliling saya. - Gambar fail
ASEAN akan perkenal Visi Komuniti ASEAN 2045 di Malaysia tahun hadapan
Wawasan itu akan menggariskan hala tuju pembangunan bagi rantau ini untuk dua dekad akan datang.
Aplikasi TikTok jadi 'medan' promosi skim pelaburan palsu - Polis
Sejak 2021 hingga Oktober lepas, kes penipuan pelaburan melalui TikTok mencatatkan kenaikan lebih 90 peratus.
Krisis kemanusiaan semakin meruncing, ribut musim sejuk landa Gaza - UNRWA
Penduduk yang kehilangan tempat tinggal kini berdepan keadaan yang teruk ketika hujan lebat, angin kencang dan ombak besar.
Kerjasama ASEAN-APEC mesti adil, bukan negara besar paksa negara kecil - PM Anwar
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, APEC atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Festival Idea Putrajaya sasar 25,000 pengunjung, tawar peluang pekerjaan
Karnival Kerjaya MADANI yang diadakan sempena festival itu turut tawarkan 10,000 peluang pekerjaan kepada pencari kerja daripada pelbagai peringkat.
Degil, enggan divaksin? Anda wajib bayar cukai!
Sebuah wilayah di Kanada akan melaksanakan cukai baharu kepada penduduk yang tidak mendapat suntikan vaksin COVID-19 dalam tempoh beberapa minggu akan datang, kata Ketua Menterinya, Francois Legault.
Klopp samakan pemain tidak mahu divaksin dengan pemandu mabuk
Skuad Liverpool sudah 99 peratus lengkap vaksinasi, tetapi banyak kelab lain dalam EPL yang hanya mencapai separuh sudah divaksin.