JURULATIH tinju negara, Azmi Md Yunus, mahu anak buahnya 'melanggar' sesiapa pun lawan mereka setelah tiga daripada enam peninju negara terpaksa berdepan bekas juara remaja dunia, peserta olimpik dan pemenang pingat emas Sukan SEA dalam peringkat awal acara tinju Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.
"Undian hari ini tidak menyebelahi kami kerana petinju negara akan berdepan lawan yang menghuni kedudukan 10 terbaik.
"Fuad (Redzuan) akan berdepan peninju Filipina yang merupakan juara remaja dunia sementara Arfiqanie Ahmad Anshor akan bertemu wakil Thailand yang pernah bersaing dalam sukan Olimpik, Chatcha Budee.
"Indran Rama Krishnan memiliki peluang lebih cerah apabila bertemu wakil Timor Leste dan sekiranya menang, dia berdepan kesukaran kerana selepas itu kerana bakal bertemu wakil Filipina yang pernah memenangi pingat emas Sukan SEA," jelas Azmi.
Sementara itu, Azmi turut melihat Khir Akyazlan Azmi akan berdepan laluan yang lebih mudah.
"Adli (Hafidz Pauzi) kalau berjaya melepasi halangan Vietnam, laluannya lebih. Apapun, peninju kita bersedia dan akan berbuat yang terbaik
"Ilmu yang dicurahkan perlu dilaksanakan dengan bijak dan membiasakan dengan suasana gelanggang," tambah Azmi.
Kali terakhir tinju memenangi emas dalam Sukan SEA adalah pada 2009 apabila Farkhan Haron (75kg) dan Fairus Awan Abdullah (81kg) melakar kejutan muncul pemenang pingat emas di Laos.
Berikut senarai undian penuh pentinju yang akan merebut enam pingat emas yang ditawarkan bermula 20 Ogos ini di MITEC:
1. Light Fly (49kg)
Fuad Redzuan lwn Carlo Paalam (Filipina) - Dapat bye preliminaries terus ke Suku Akhir
2. Fly (52kg)
Abdul Salam Kasim lwn Ian Clark Bautista (Filipina) - terus Suku Akhir
3. Bantam (56kg)
Arfiqanie Ahmad Anshori lwn Chatchai Butdee (Thailand) - Preliminaries
4. Light Welter (64kg)
Khir Akyazlan Azmi lwn Charly Suarwz (Filipina) - Dapat bye preliminaries terus ke Suku Akhir
5. Middle (75kg)
R. Indran lwn Henrique Martins Perera (Timor Leste) - terus Suku Akhir
6. Light Heavy (81kg)
Adli Hafidz Pauzi lwn Vo Van Que (Vietnam) - terus Suku Akhir
Astro Arena
Sat Aug 19 2017
AZMI: Ilmu yang dicurahkan perlu dilaksanakan dengan bijak dan membiasakan dengan suasana gelanggang. - Gambar fail
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
AWANI Pagi : Dua Tahun Malaysia MADANI: Pencapaian KPN
Ikuti temubual Astro AWANI bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Mohamad Sobri Mat Daud mengenai pencapaian, inisiatif dan program yang telah dilaksanakan Kementerian Perpaduan Negara bagi mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Tenaga kerja rakyat jadikan Malaysia negara hebat - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tenaga kerja dalam kalangan rakyat baik pekerja, petani, mahupun nelayan menjadikan Malaysia negara yang dihormati dan membela nasib mereka sendiri.
#AWANInews
#AWANInews
'PN mungkin agak gelojoh umum calon PM, tiada perbincangan' - Pemuda Pas
PN mungkin agak gelojoh mengumumkan calon Perdana Menteri (PM) gabungan parti memandangkan tiada sebarang perbincangan untuk pilihan raya umum akan datang.
Anggota polis cedera, kereta peronda dirempuh ketika mahu siasat kes kemalangan
Tiga lelaki cedera termasuk dua anggota polis selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kilometer (KM)74.5 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur di sini pada Sabtu.
Korea Selatan minat jalin kerjasama pembangunan lebuh raya pintar di Malaysia
Korea Selatan menyatakan minat untuk menjalin kerjasama dengan Malaysia dalam sektor pembinaan infrastruktur terutamanya pembangunan dan pengurusan lebuh raya pintar.
Love Series IV guna teknologi tingkat kualiti tidur pengguna
Love Series IV, tilam yang direka menerusi teknologi Duocare dengan slogan ‘Satu Tilam, Dua Keselesaan’ memastikan pengguna menikmati dua tahap keempukan dalam satu tilam mengikut keselesaan individu.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
Bukan sekadar meningkatkan kualiti tidur, jenama terkemuka tilam Goodnite, turut membolehkan pelanggan memilih dari tiga tahap, keselesaan, hibrid dan sokongan.
#KL2017 Tinju: 'Langgar' semua lawan - Azmi
"Undian hari ini tidak menyebelahi kami kerana petinju negara akan berdepan lawan yang menghuni kedudukan 10 terbaik."