“Ia satu kejutan besar bagi saya dan seluruh negara,” kata bekas atlet negara Farah Begum Abdullah mengenang kembali saat meraih pingat emas dalam acara terjun wanita 18 tahun lalu.
Farah Begum mengakhiri penantian negara untuk merangkul pingat emas bagi acara terjun wanita Sukan SEA apabila menjuarainya pada tahun 1999 di Brunei.
Dia yang pada ketika itu berusia 17 tahun, pada mulanya berada di tempat kelima daripada lapan peserta acara papan anjal 3 meter di temasya sukan itu, mendaki lima lagi anak tangga untuk mengukir sejarah baru Malaysia.
Farah mengatasi lawan demi lawan sehingga berjaya memintas pendahulu acara itu sebelumnya yang juga rakan senegara, Leong Mun Yee untuk memecah kebuntuan Malaysia meraih emas Sukan SEA sejak 1977.
Menurutnya, beliau tidak menjangkakan kemenangan itu kerana acara terjun ketika itu baru mula mendapat tempat di Malaysia.
“Saya memang menjangkakan pingat, tetapi bukan pingat emas. Hal ini kerana, acara terjun masih baru di Malaysia.
"Dan pada masa itu, pasukan Thailand merupakan pasukan paling kuat di Asia Tenggara.
“Kemenangan itu merupakan satu kejutan kepada saya dan negara. Saya sangat gembira dapat menyumbang pingat pertama negara,” kata Farah ketika ditemu bual wartawan Astro AWANI baru-baru ini.
Tambah bekas penerjun negara itu, kemudahan sukan dan asrama di Malaysia pada 90-an juga tidak begitu lengkap, jadi, mereka sering dihantar ke China untuk menjalani latihan.
“Dulu kita tidak ada asrama ataupun kenderaan Majlis Sukan Negara (MSN) seperti sekarang, jadi kami akan ditempatkan di sebuah rumah sewa sehingga latihan selesai.
“Kami kemudian dihantar ke China untuk berlatih kerana kemudahan sukan di sini tidak lengkap. Dari situlah mereka memilih atlet yang terbaik untuk menyertai pasukan negara.”
Tonton video penuh temu bual bersama bekas atlet negara dan pemenang pingat Sukan SEA, Farah Begum.
BACA: Sukan SEA: "Orang lain sibuk berlatih di trek, tetapi saya berlatih di pool" - P.Kuganeswari
Kohilah Sekaran
Tue Aug 08 2017
FARAH BEGUM: 'Saya memang menjangkakan pingat, tetapi bukan pingat emas. Hal ini kerana, acara terjun masih baru di Malaysia (ketika itu).' Foto Astro AWANI
Tubuh jawatankuasa bincang garis panduan anti dadah
Sebuah jawatankuasa melibatkan kementerian terlibat, pemain industri hiburan dan agensi bertanggungjawab perlu ditubuhkan bagi melaksanakan garis panduan untuk memastikan sesebuah konsert yang dilaksanakan dengan selamat.
Bomba terpaksa pakai air tasik padam api di Los Angeles
Situasi di California bertambah buruk dengan masalah kekurangan air bersih yang kronik selepas saiz kebakaran hutan yang melanda sebahagian besar kawasan di Los Angeles meningkat lebih empat kali ganda sejak awal pagi Khamis.
Harris batal lawatan ke Singapura, Bahrain, Jerman
White House menerusi setiausaha akhbar Ernesto Apreza dalam kenyataan berkata, tindakan itu diambil berikutan kebakaran hutan di Los Angeles dan kawasan sekitarnya.
Biden beri penghormatan kepada bekas Presiden AS, Carter
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden memberi penghormatan kepada mendiang bekas Presiden Jimmy Carter pada Khamis dalam majlis pengebumian negara yang diadakan di Washington DC.
Dalam ucapannya, Biden berkata persahabatannya dengan Carter telah mengajarnya erti keperibadian lebih berharga berbanding gelaran atau kuasa.
Dalam ucapannya, Biden berkata persahabatannya dengan Carter telah mengajarnya erti keperibadian lebih berharga berbanding gelaran atau kuasa.
Solusi lebih holistik perlu dirancang elak banjir berulang
Solusi lebih holistik perlu dirancang bagi mengelak banjir terus berulang di beberapa kawasan di Ipoh.
Menurut Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How, tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim termasuk pembangunan lestari dalam setiap aspek.
Menurut Ahli Parlimen Ipoh Timur Howard Lee Chuan How, tumpuan perlu diberikan bukan hanya kepada kerja-kerja mitigasi jangka pendek tetapi perlu menerapkan perubahan iklim termasuk pembangunan lestari dalam setiap aspek.
Dua lelaki maut motosikal bertembung di simpang jalan
Dalam kejadian jam 5 petang itu, kedua-dua mereka yang terbunuh adalah Md Isa Md yasan, 69, dan seorang lagi warga Indonesia, Abdul Hamid berusia 41 tahun.
Isteri PM Jepun luangkan masa naiki Cruise Tasik Putrajaya
Isteri Perdana Menteri Jepun, Yoshiko Ishiba hari ini meluangkan masa menaiki Cruise Tasik Putrajaya, mengelilingi tasik.
AS akan tanggung sepenuhnya kos pemulihan kebakaran - Biden
Ujar Biden, sokongan merangkumi pembiayaan bagi kerja-kerja pembersihan sisa runtuhan, pengurangan risiko bahaya, serta langkah-langkah melindungi nyawa dan harta benda.
Anwar zahir ucapan takziah atas kebakaran hutan California
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah buat mereka yang terjejas akibat kebakaran hutan dahsyat yang memusnahkan California Selatan di Amerika Syarikat.
Dalam catatan Facebook, Anwar menyifatkan kebakaran hutan yang meragut banyak nyawa, memusnahkan ribuan bangunan dan menjejaskan banyak keluarga, sebagai satu tragedi yang menyentuh hati seluruh masyarakat.
Dalam catatan Facebook, Anwar menyifatkan kebakaran hutan yang meragut banyak nyawa, memusnahkan ribuan bangunan dan menjejaskan banyak keluarga, sebagai satu tragedi yang menyentuh hati seluruh masyarakat.
Peguam sudah terima laporan kimia kes Zayn Rayyan
Pihak pendakwaan kes pengabaian kanak-kanak autistik, membabitkan ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin memaklumkan semua dokumen berkaitan kes telah diserah kepada pihak pembelaan.
Sukan SEA: Enrique penuhi misi sapu bersih acara terjun
Penerjun negara, Enrique Maccartney Harold memastikan dominasi Malaysia dalam menyapu bersih semua acara terjun selepas meraih emas acara 10 meter (m) plaftorm pada temasya Sukan SEA 2023.
Tze Liang cabar penerjun muda teruskan legasi Malaysia di Sukan SEA
Tze Liang mengingatkan agar rakan sepasukan bekerja lebih keras bagi mengekalkan dominasi Malaysia di kolam renang dalam temasya dwitahunan itu.
Sukma MSN: Gabriel Gilbert harap penyertaannya beri inspirasi buat penerjun muda
Gandingan Gabriel Gilbert-Julfaddli muncul penerjun terbaik dengan menghimpunkan 317.37 mata untuk bergelar juara.
Sukan Komanwel: Gandingan Nur Dhabitah-Yan Yee butir pingat perak
Nur Dhabitah-Yan Yee menamatkan saingan dengan keseluruhan 299.85 mata.
Gabriel-Syafiq menang perak acara lelaki 3m papan anjal seirama
Gabriel-Muhammad Syafiq mengumpulkan 376.77 mata selepas enam terjunan untuk membawa pulang pingat perak.
Sukma 2022: Pandelela dakwa acara terjun tidak tersenarai 'atas alasan politik'
Pandelela memaklumkan, acara yang menjadi sasaran pingat emas bagi negeri Bumi Kenyalang itu tidak tersenarai atas sebab politik.
Sukan SEA: Nur Dhabitah tolak tepi impian sumbang emas pertama negara
Nur Dhabitah mengakui tidak memikirkan mengenai perkara itu kerana enggan meletakkan sebarang tekanan ke atas dirinya.
Pandelela tidak patah semangat, mahu terus beraksi di Paris
"Saya tidak akan berputus asa kerana ini bukan Olimpik terakhir saya."
Tokyo 2020: Malaysia kini bergantung kepada lima atlet capai sasaran
Memasuki hari ke-11 berlangsungnya Sukan Olimpik Tokyo 2020, tiada atlet Malaysia yang bertanding bagi merebut pingat hari ini.
Olimpik: Idam emas, tetapi perlu realistik - Pandelela
Pandelela Rinong merasakan sasarannya untuk meraih pingat emas Olimpik bukanlah satu sasaran yang realistik.