KUALA LUMPUR: Dengan persiapan untuk Olimpik Tokyo terganggu disebabkan keadaan semasa akibat pandemik COVID-19, ratu terjun negara Pandelela Rinong merasakan sasarannya untuk meraih pingat emas Olimpik bukanlah satu sasaran yang realistik.
Penerjun berusia 27 tahun dari Kuching itu mengakui, walaupun menjadi impian dan harapannya untuk meraih pingat emas Olimpik, namun pingat perak atau gangsa dilihat sebagai lebih realistik disebabkan situasi yang telah menjejaskan jadual latihan dan pendedahan di luar negara.
Pandelela yang merupakan penerjun Malaysia pertama yang memenangi pingat Olimpik apabila memenangi pingat gangsa di London 2012, menjelaskan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, sesi latihannya dikurangkan daripada dua sesi kepada satu setiap hari.
"Secara jujurnya, jika mahu membandingkan dengan perisapan untuk Olimpik sebelum ini, latihan sedia ada tidak mencukupi. Terdapat terlalu banyak perkara terjejas (akibat PKP) bukan sahaja latihan dengan hanya tinggal lima bulan sahaja lagi. Tetapi kita lihat bagaimana ia berlaku dan doakan yang terbaik.
"Persiapan boleh jadi lebih baik sekarang ini tetapi kita perlu ikuti SOP yang ketat. Diharapkan kita boleh mampu untuk beraksi dengan baik pada dua kejohanan besar (Piala Dunia Terjun pada April dan Olimpik pada Julai)," katanya kepada Bernama.
Bagaimanapun, Pandelela yang memang pingat perak dalam acara terjun platform 10 meter seirama bersama Cheong Jun Hoong pada Olimpik Rio 2016, berjanji untuk berusaha sebaiknya untuk bertanding dan beraksi secara konsisten pada kejohanan-kejohanan tersebut.
Piala Dunia Terjun FINA di Tokyo dijadualkan pada 18-23 April merupakan kejohanan antarabangsa pertama untuk tahun ini, namun tertakluk kepada perubahan disebabkan Jepun telah meyambung sekatan sempadannya sehingga 7 Mac.
Sementara itu mengulas mengenai vaksin COVID-19, Pandelela berkata walaupun atlet juga perlu di vaksinkan untuk berlatih dengan selamat dan mewakili negara di kejohanan antarabangsa termasuk Olimpik Tokyo, namun barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi perlu menjadi keutamaan.
"Saya percaya barisan hadapan dan kumpulan berisiko tinggi patut dapat keutamaan dahulu. Atlet berprestasi tinggi mempunyai sistem imunisasi yang lebih kuat daripada orang biasa lain, bagaimanapun kita perlu mendapatkan vaksin tepat masanya bagi membolehkan kita beraksi di Olimpik," katanya.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menghantar senarai 4,000 atlet dan pegawai yang akan mewakili negara kepada Menteri Koordinasi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin untuk diberikan keutamaan divaksin.
Malaysia menerima kumpulan pertama 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech pada Ahad dan dijadualkan untuk menerima 182,520 dos lagi hari ini, dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dilaksanakan dalam tiga fasa bermula hari ini, dengan Fasa 1 dari Februari hingga April 2021 untuk barisan hadapan melibatkan 500,000 orang.
Fasa 2 daripada April hingga Ogos, akan melibatkan warga emas berusia 65 tahun ke atas dan kumpulan berisiko tinggi dan orang kurang upaya melibatkan kira-kira 9.4 juta orang, manakala Fasa 3 daripada Mei tahun ini sehingga Februari 2022 akan meliputi warganegara dan bukan warganegara berusia 18 tahun ke atas dengan sasaran 13.7 juta orang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 24 2021
Pandelela pingat perak atau gangsa dilihat sebagai lebih realistik disebabkan situasi yang telah menjejaskan jadual latihan dan pendedahan di luar negara. - Gambar fail/BERNAMA
Jurutera Keizrul Abdullah sifatkan pembinaan Terowong Smart ‘hadiah’ terbesar buat negara
Pengerusi Wetlands International Malaysia sifatkan sumbangan idea dalam pembinaan projek Terowong SMART, sebagai 'hadiah' terbesar beliau buat negara.
Mangsa banjir Perak meningkat, tiga PPS baharu dibuka
Mereka ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara - satu di Kerian dan dua di Larut Matang Selama.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Lebih 16,000 anggota JBPM dalam mod siap siaga hadapi banjir lebih awal
Perbezaan pada trend taburan hujan lebat tahun ini menyebabkan bomba terpaksa meletakkan semua anggota dalam mod berjaga-jaga lebih awal.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
‘Penyakit dalam sukan Malaysia, tumpu kepada atlet menang sahaja’ - Penganalisis
"Tengok apabila Pandelela Rinong tidak boleh bertanding, tidak ada orang yang boleh menggantikan tempatnya, begitu juga berlaku selepas Lee Chong Wei bersara. Terkapai-kapai cari pengganti."
Tidak adil untuk Pandelela tuding jari terhadap media secara melulu - SAM
Presiden SAM, Norismadi Abd Manap dalam satu kenyataan pada Sabtu menegaskan, media sukan adalah profesional dalam menjalankan tugas
Pandelela jelas isu 'entiti', dakwa media salah tafsir
Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong, akhirnya tampil memberikan penjelasan mengenai kemelut isu yang dihadapi skuad terjun ketika ini.
Gangguan 'entiti': MAS siasat segera dakwaan Pandelela
Setiausaha Agung MAS, Andy Low, berkata beliau telah berjumpa dan mendapatkan penjelasan Pandelela pagi tadi, namun enggan mengulas lanjut sehingga siasatan selesai.
"Hanya alasan!" - Kenyataan MAS kepada Pandelela tidak wajar
Kenyataan Setiausaha Agung Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Andy Low kepada ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong dianggap tidak wajar.
Kami boleh bersara jika ada atlet pelapis - Pandelela
Datuk Pandelela Rinong hari ini berkata penerjun senior sepertinya boleh bersara, jika ada atlet pelapis yang boleh mengatasi mereka.
RTG: Kedudukan Pandelela, Dhabitah mungkin diketahui akhir bulan ini
Kedudukan Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri dalam senarai program Road to Gold berkemungkinan akan diketahui akhir bulan ini.
Gagal raih tiket ke Sukan Olimpik Paris, Pandelela mohon maaf
Penerjun kelahiran Sarawak itu bagaimanapun belum mahu mengibar bendera putih, sebaliknya tekad bangkit lebih kuat selepas ini.
Pandelela, Nur Dhabitah gagal ke Sukan Olimpik Paris 2024
Mereka gagal menampilkan prestasi terbaik untuk menduduki kedudukan tersebut daripada 16 gandingan dengan mengutip 240.06 mata keseluruhan.
Pandelela diyakini mampu beri aksi terbaik buru slot ke Paris 2024
Pandelela masih mempunyai satu lagi peluang apabila beraksi bersama Nur Dhabitah dalam acara 10m platform seirama pada Selasa.