PHNOM PENH: Penerjun negara, Enrique Maccartney Harold memastikan dominasi Malaysia dalam menyapu bersih semua acara terjun selepas meraih emas acara 10 meter (m) plaftorm pada temasya Sukan SEA 2023 di sini hari ini.
Pencapaian itu sekali gus mengulangi kejayaan negara membawa pulang kesemua lapan pingat emas yang ditawarkan pada Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam.
Dalam acara berlangsung di Pusat Akuatik Morodok Techo, Enrique yang julung kali mewakili negara dalam temasya dwitahunan itu, berada di kelas tersendiri apabila mengumpul 442.95 mata selepas enam pusingan bagi menghadiahkan emas ke empat negara dalam sukan terjun.
Lebih manis, Malaysia turut merebut dua podium bagi acara itu selepas seorang lagi penerjun, Bertrand Rhodict Lises meraih pingat perak dengan 384.00 mata.
Gangsa milik penerjun Singapura, Shen Oon Max Lee yang mengutip 362.8 mata.
Bernama
Thu May 11 2023
Penerjun negara Enrique Maccartney Harold meraih pingat emas dalam acara terjun 10 meter plaftorm pada temasya Sukan SEA 2023 di Stadium Akuatik Morodok Techo hari ini. - Foto Bernama
Tujuh maut, 33 cedera dalam nahas tiga kenderaan di Ayer Keroh
Mangsa yang terbunuh membabitkan tiga lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa dan seorang bayi perempuan.
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Sukan SEA: Enrique penuhi misi sapu bersih acara terjun
Penerjun negara, Enrique Maccartney Harold memastikan dominasi Malaysia dalam menyapu bersih semua acara terjun selepas meraih emas acara 10 meter (m) plaftorm pada temasya Sukan SEA 2023.