KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur (KL) City FC mengubati kekecewaan edisi lepas apabila menjulang Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 selepas menewaskan Perak FC 3-0 pada pertembungan di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras di sini malam ini.
Pemain import baharu, Herlison Caion yang terlepas peluang memecah kebuntuan selepas tandukannya tersasar pada minit ke-32, berjaya meletakkan pasukan di hadapan dua minit kemudian menerusi sepakan penalti, menewaskan penjaga gol See Tian Keat.
Pengadil Muhammad Khairulsyahmi Ahmad Khalidi memberikan sepakan penalti selepas pemain pertahanan Perak Muhammad Hafizal Mohamad Alias mengasari pemain tengah KL City Romel Morales.
Perak yang dibimbing Datuk Lim Teong Kim hampir menyamakan kedudukan pada masa kecederaan namun percubaan dari luar kotak penalti penyerang import Christian Obiozor selepas menerima umpanan rakan sepasukan sekadar menggegar palang.
Bersambung babak kedua, KL City memulakan aksi dengan baik dan hampir menggandakan kedudukan tetapi Caion mensia-siakan peluang terhidang apabila gagal meletakkan bola di jaring dalam situasi satu lawan satu berdepan Tian Keat pada minit ke-48.
Bagaimanapun, gol kedua skuad The City Boys bimbingan Bojan Hodak menjelma jua apabila kapten Paulo Josue yang tidak dikawal tenang melepaskan rembatan dari jarak dekat pada minit ke-53.
Jaringan Giancarlo Gallifuoco menerusi tandukan berpunca sepakan penjuru pada minit ke-74 menutup peluang kebangkitan Perak dan melengkapkan kemenangan 3-0 KL City sekali gus merampas semula gelaran juara Piala Menteri Wilayah Persekutuan.
Kejayaan itu menyaksikan KL City merangkul gelaran kedua selepas muncul juara sulung pada edisi 2021 sebelum bertukar tangan kepada Negeri Sembilan FC musim lepas.
Kemenangan malam ini turut menyaksikan juara Piala Malaysia 2021 berjaya merakam kemenangan pertama dalam tempoh pramusim selepas mencatat keputusan seri, masing-masing menentang Terengganu FC dan Kelantan United FC bulan lepas.
Sementara Perak mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam tempoh pramusim selepas tewas di tangan Penang FC bulan lepas.
Kedua-dua pasukan akan memulakan saingan Liga Super pada 25 Feb ini dengan KL City dijadual menentang Penang FC di sini manakala Perak akan bertemu Kedah Darul Aman FC di Stadium Perak, Ipoh.
Dalam pada itu, aksi malam ini diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh dan isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 04 2023
Pemain KL City FC bersorak selepas menjaringkan gol ketika Perlawanan Piala Menteri Wilayah Persekutuan 2023 di antara pasukan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) dengan Perak FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam ini. - Foto BERNAMA
LHDN komited tingkat pematuhan cukai menerusi audit dan siasatan
Hisham berkata, kesemua tindakan itu dilaksanakan mengikut undang-undang yang ditetapkan.
Bank Indonesia beku akaun bank dikaitkan dengan perjudian dalam talian
Penyedia perkhidmatan pembayaran mesti mempunyai sistem pengesanan untuk mengenal pasti akaun yang digunakan untuk transaksi penipuan.
COP29: Penyertaan Malaysia beri kemajuan terhadap matlamat pelepasan karbon sifar bersih
Malaysia buka inisiatif inovatif dan pelaburan besar untuk membolehkan negara melangkah lebih jauh ke arah menjadi negara pelepasan karbon sifar bersih.
KPM fokus enam bidang utama capai standard global Pelan Pembangunan Pendidikan
Kementerian Pendidikan akan meningkatkan usaha mencapai standard global yang telah termeterai dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
Perak bentang Belanjawan 2025 Jumaat depan
Perak akan membentangkan Belanjawan Negeri 2025 pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan diadakan pada 29 Nov hingga 5 Dis ini.
ISTAF cadang kurangkan pengadil menerusi teknologi baharu
ISTAF bakal membawa cadangan untuk mengurangkan jumlah pengadil dalam perlawanan serta memberikan pengadil kuasa untuk memanggil challenge (cabaran) sebagai langkah penambahbaikan.
Trump calonkan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Trump berkata Whitaker akan mengukuhkan hubungan dengan rakan kongsi NATO dan berdiri teguh dalam menghadapi ancaman terhadap keamanan serta kestabilan, lapor Agensi Berita Jerman (DPA).
Kapal angkasa kargo Rusia berjaya dilancar ke orbit
Rusia berjaya melancarkan kapal angkasa kargo Progress MS-29 ke orbit menggunakan roket pengangkut Soyuz-2.1a
Taikun India Gautham Adani terpalit rasuah jutaan dolar
Pengerusi Kumpulan Adani India, Gautam Adani didakwa di Mahkamah Persekutuan New York, Amerika Syarikat atas pertuduhan berkaitan skim rasuah dan penipuan besar-besaran. Adani bersama tujuh individu lain, termasuk anak saudaranya, Sagar Adani didakwa membayar rasuah bernilai 265 juta (RM1.18 bilion) kepada pegawai kerajaan India untuk mendapatkan kontrak yang menjana keuntungan AS$2 bilion dalam tempoh 20 tahun.
KLFA lunas sebahagian tunggakan KWSP pemain KL City FC
Pihaknya telah melunas tunggakan berjumlah RM50,000 selain memaklumkan tunggakan lain akan diselesaikan secara berperingkat.
KL City bangkit jinakkan Penang di Cheras
Muhammad Adib Abdul Ra'op menyudahkan hantaran rakan sepasukan dari sudut sukar untuk menewaskan penjaga gol Muhammad Azri Ab Ghani.
Pemain saya dahagakan kemenangan, bukan menang nasib - Yusri
Pengendali Perak FC tolak dakwaan kemenangan 1-0 pasukannya ke atas Kuala Lumpur (KL) City FC malam tadi adalah kerana nasib semata-mata.
Perak catat kemenangan pertama di laman sendiri, Sabah tumbang di Selayang
Perak FC menewaskan Kuala Lumpur (KL) City FC 1-0 di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.
Liga Super: KL City belasah skuad muda Kedah 5-0
Pasukan Kuala Lumpur (KL) City FC membelasah skuad muda Kedah Darul Aman (KDA) FC 5-0, dengan Paulo Josue muncul wira hatrik pada aksi Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.
Skuad B-23 KDA FC dijangka galas tugas menentang KL City Sabtu ini
Skuad B-23 KDA FC dijangka akan menggalas tugas dalam aksi Liga Super menentang KL City FC, Sabtu ini.
Kemuka deklarasi dokumen tidak tepat, KL City dikenakan hukuman berat
KL City FC hari ini dikenakan hukuman berat susulan mengemukakan deklarasi tunggakan yang tidak tepat dalam proses permohonan lesen kebangsaan dan AFC.
Tiada obligasi DBKL salur peruntukan kepada KLFA, KL City FC - Dr Zaliha
Tiada sebarang obligasi untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyalurkan apa-apa bentuk peruntukan kepada Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dan Kuala Lumpur City FC (KL City FC).
Safee Sali sokong tindakan Josue suarakan isu tunggakan gaji
Isu tunggakan gaji yang melanda pemain tengah Kuala Lumpur (KL) City FC, Paulo Josue mendapat perhatian Presiden Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) Safee Sali.
Liga Super: KL City benam NSFC 3-0
Negeri Sembilan FC mengalami kekalahan kali ketiga berturut-turut selepas tewas 3-0 di tangan Kuala Lumpur City FC pada saingan Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.