KEGAGALAN kontinjen Malaysia mencapai sasaran 40 emas seperti ditetapkan untuk Sukan SEA Kemboja 2023 disifatkan berpunca daripada tidak keseriusan menghadapi temasya dwitahunan itu.
Malah, menurut bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Mazlan Ahmad, sasaran itu merupakan bersifat 'selamat' yang sebenarnya mampu dicapai kontinjen Malaysia.
“Sebenarnya kita kena ambil serius bermula daripada pemimpin sukan hingga peringkat atlet kerana Sukan SEA ini merupakan temasya dua tahun sekali.
“Dua tahun bukan satu tempoh masa lama... jadi persediaan untuk perkara yang berkaitan membawa imej negara perlukan dilakukan pada tahap terbaik.
“Kita perlu lebih tegas dan tiada berkompromi dalam memastikan sasaran dapat dicapai, jika memerlukan latihan pusat 24 jam demi maruah negara,” katanya kepada Sukan Sinar pada Isnin.
Sebagai rekod, kontinjen Malaysia diletakkan sasaran sebanyak 40 pingat emas, 37 perak dan 64 gangsa pada edisi ke-32 kali ini seperti yang diumumkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.
Sehingga jam 10 malam tadi kontinjen Malaysia berjaya mengumpul 30 pingat emas, 42 perak dan 85 gangsa dengan keseluruhan 157 pingat bagi kedudukan ketujuh.
Dalam pada itu, Mazlan berharap MSN lebih praktikal dalam memastikan setiap sasaran pingat mampu dicapai kontinjen Malaysia.
“Mungkin sudah tiba masanya MSN perlu menukar pendekatan selepas berakhirnya Sukan SEA Kemboja 2023. Ketika berada di MSN, saya mengambil pendekatan tegas dan tidak berkompromi dalam hal ini (sasaran pingat).
“Saya ambil tanggungjawab serius kerana melibatkan maruah negara, sekiranya gagal saya amat rasa bertanggungjawab sebagai organisasi yang dipertanggungjawabkan bagi memacu kecemerlangan arena sukan Malaysia,” ujarnya.
Pada masa sama, Mazlan turut berharap setiap persatuan sukan kebangsaan perlu meletakkan pungutan pingat emas sebagai keutamaan masing-masing.
“Ini penting kerana kita mahu atlet yang dihantar dalam mana-mana temasya sukan mempamerkan semangat juang untuk memburu pingat emas.
“Jika hanya letak pingat gangsa sebagai sasaran (Sukan SEA), pada saya ia perlu disemak semula kerana kita dalam usaha melahirkan atlet berdaya saing ke peringkat lebih tinggi seperti Sukan Asia atau Sukan Olimpik,” jelasnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 16 2023
!['Kita tak serius' 'Kita tak serius'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684201584_TBKitatakserius.jpg)
Sasaran pingat diletakkan kepada kontinjen negara dalam Sukan SEA Kemboja 2023 pada 1 Mei lalu. Gambar kecil: Mazlan. - Foto Sinar Harian
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
!['Kita tak serius' 'Kita tak serius'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684201584_TBKitatakserius.jpg)
'Kita tak serius'
Malah, menurut Mazlan, sasaran itu merupakan bersifat 'selamat' yang sebenarnya mampu dicapai kontinjen Malaysia.
![Sukan SEA: Pencapaian Malaysia tidak seburuk yang digembar-gemburkan - Mazlan Sukan SEA: Pencapaian Malaysia tidak seburuk yang digembar-gemburkan - Mazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/51576193695_WiraMazlanAhmad.jpg)
Sukan SEA: Pencapaian Malaysia tidak seburuk yang digembar-gemburkan - Mazlan
Ia disifatkan satu pengajaran berguna buat MSN serta Majlis Olimpik Malaysia (MOM) agar tidak menerima bulat-bulat pembentangan yang dilakukan persatuan sukan kebangsaan.
!['Saya menyesal' - Lan Pet Pet mohon maaf, janji bawa Pak Ya tunai umrah 'Saya menyesal' - Lan Pet Pet mohon maaf, janji bawa Pak Ya tunai umrah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/41556618402_lan-pet-pet-pak-ya.jpg)
'Saya menyesal' - Lan Pet Pet mohon maaf, janji bawa Pak Ya tunai umrah
Menurut Lan, perkara yang berlaku itu adalah di luar kawalannya dan menyesal dengan apa yang terjadi.
![Kes pukul pengawal keselamatan, Lan Pet Pet mengaku bersalah - didenda RM2,000 Kes pukul pengawal keselamatan, Lan Pet Pet mengaku bersalah - didenda RM2,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-04/51555315202_lan.jpg)
Kes pukul pengawal keselamatan, Lan Pet Pet mengaku bersalah - didenda RM2,000
Selesai lah cara baik.
![KJ sudah fikir masak-masak sebelum tukar CEO - Mazlan KJ sudah fikir masak-masak sebelum tukar CEO - Mazlan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://www.stadiumastro.com/Portals/0/Sukan Lain/10116Mazlan.jpg)
KJ sudah fikir masak-masak sebelum tukar CEO - Mazlan
Bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Wira Mazlan Ahmad menyambut baik keputusan pertukaran Ketua Pegawai Eksekutif Institut Sukan Negara (ISN) dengan berpendapat Menteri Belia dan Suk