Wisma Putra dan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) perlu memberi jaminan lokasi perlawanan antara Malaysia menentang Palestin di Stadium Antarabangsa Dora di Hebron, Palestin pada 12 November ini, adalah selamat.
Jurulatih sementara skuad Harimau Malaya Datuk Ong Kim Swee berkata soal keselamatan adalah perkara paling penting bagi pasukan negara dalam menghadapi Pusingan Kelayakan Piala Dunia 2018/Piala Asia 2019 itu, dan mahu perlawanan diadakan di gelanggang berkecuali.
"Mengikut jadual, perlawanan seterusnya, kita akan bermain di Palestin. Soal keselamatan paling mustahak. Kita perlu jaminan daripada FIFA secepat mungkin.
"Saya difahamkan perlawanan antara Arab Saudi dan Palestin juga tidak akan diadakan di Palestin (perlawanan yang dijadual esok itu akan berlangsung di Jordan).
"Perkara ini demi keselamatan pemain dan pegawai yang terlibat nanti," katanya kepada pemberita sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu.
Pada masa ini, situasi di Palestin adalah membimbangkan berikutan pencerobohan tentera Israel di negara berkenaan. Mengenai perlawanan menentang Palestin, Kim Swee berharap skuad negara dapat menampilkan aksi terbaik untuk berada dalam kedudukan tiga pasukan terbaik dalam Kumpulan A.
"Peluang masih terbuka. Kita lupakan Piala Dunia seketika, tetapi fokus untuk layak ke Piala Asia," katanya.
Mengenai kedudukannya sebagai jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Swee menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menentukannya.
"Saya belum menghantar permohonan (sebagai jurulatih negara)...setakat ini, saya diarahkan menjadi pengendali sementara skuad negara sehingga Disember.
"Saya akan berbincang dengan Datuk Hamidin Mohd Amin (Setiausaha Agung FAM) mengenai perkara itu. Beberapa tawaran yang saya terima juga terpaksa ditangguhkan dahulu, kerana saya ada tugasan untuk negara," katanya.
Malaysia kini berada di kedudukan keempat dalam Kumpulan A dengan mengutip tiga mata selepas menewaskan Timor Leste 1-0 pada Selasa, dan perlu memburu sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam kumpulan, untuk layak beraksi dalam pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2019.
Bernama
Thu Oct 15 2015
![Kim Swee minta FIFA beri jaminan lokasi permainan di Hebron selamat Kim Swee minta FIFA beri jaminan lokasi permainan di Hebron selamat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/61444099482_DatukOngKimSwee.jpg)
Mengenai kedudukannya sebagai jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Swee menyerahkan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menentukannya. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Debaran dan kemeriahan Liga Super dirasai di Restoran Habib, Taman Mount Austin Debaran dan kemeriahan Liga Super dirasai di Restoran Habib, Taman Mount Austin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721124516_TBbizonewatchparty.jpg)
Debaran dan kemeriahan Liga Super dirasai di Restoran Habib, Taman Mount Austin
Pengunjung kelihatan lebih santai dan berpuas hati dengan siaran kandungan secara sah walaupun hanya ditonton di premis biasa.
![FCKL julang Piala Iber Barcelona 2024 FCKL julang Piala Iber Barcelona 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720785370_FCKLJulangPiala.jpg)
FCKL julang Piala Iber Barcelona 2024
Skuad FC Kuala Lumpur (FCKL) Bawah 14 Tahun (B-14) muncul juara Piala Iber Barcelona 2024 buat julung kalinya.
![Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720349985_TBmassage.jpg)
Polis serbu 10 premis urut tawar khidmat seks, tahan 39 wanita warga asing
Polis menahan 39 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pekerja seks dan tukang urut dalam serbuan di 10 premis urut sekitar Lembah Klang, Jumaat lepas.
![Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720137688_tbStadiumShahAlam.jpg)
Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
![NSFC buka pusat fisioterapi kepada atlet, orang awam NSFC buka pusat fisioterapi kepada atlet, orang awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720043312_pusatfisioterapi.jpg)
NSFC buka pusat fisioterapi kepada atlet, orang awam
Pusat berkenaan menyediakan fasiliti terbaik kepada para pemain NSFC selain menjadi antara cabang perniagaan untuk kelab bola sepak itu.
![Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719759401_MuhammadSanusiMdN.jpg)
Sanusi terima kekalahan di padang, yakin menang PRK
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menerima kekalahan pasukannya dalam perlawanan persahabatan bola sepak menentang pasukan pilihan Akmal Nasrullah.
![“Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda ‘Tokong’ sebenar bola sepak Malaysia” - TMJ “Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda ‘Tokong’ sebenar bola sepak Malaysia” - TMJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719506434_HRHCrownPrinceof.jpg)
“Tuan-tuan dan puan-puan, saya persembahkan kepada anda ‘Tokong’ sebenar bola sepak Malaysia” - TMJ
Menerusi status dimuat naik di Facebook rasmi Tunku Ismail, baginda turut mengimbau tindakan denda sebelum ini yang dikenakan terhadap beliau dan juga pasukannya, JDT.
![Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719490820_selangorfc.jpg)
Selangor FC belum fail rayuan ke MFL, hanya akan buat rayuan terhadap keputusan baharu
The Red Giants hanya akan membuat rayuan terhadap keputusan yang telah dipertimbangkan semula oleh Ahli Lembaga Pengarah MFL.
![Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024 Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716563551_PolisLogoPolisP.jpg)
Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024
Dua lelaki tempatan berusia 40 dan 44 tahun itu serta seorang warga asing berumur 34 ditahan di tiga lokasi sekitar Cheras.
![SUKMA 2024: Selangor buru 61 pingat emas, Negeri Sembilan sasar 20 emas SUKMA 2024: Selangor buru 61 pingat emas, Negeri Sembilan sasar 20 emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81698828303_NajwanHalimi.jpg)
SUKMA 2024: Selangor buru 61 pingat emas, Negeri Sembilan sasar 20 emas
Selangor menyasarkan 61 pingat emas sementara kontinjen Negeri Sembilan optimis meraih lebih 20 pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 di Sarawak pada 17 hingga 24 Ogos depan.