Ketua jurulatih skuad bola sepak bawah-23 (B-23) tahun negara, Datuk Ong Kim Swee tidak mahu mengambil risiko, sebaliknya mahu meraih kelayakan secara automatik ke Piala AFC B-23 2020 di Bangkok, Thailand.
Malaysia yang bakal menjadi tuan rumah Kumpulan J pusingan kelayakan kejohanan tersebut bermula 22 hingga 26 Mac ini, perlu muncul juara kumpulan dengan mengatasi China, Filipina dan Laos untuk meraih slot automatik ke kejohanan di Bangkok itu, yang bakal menjadi saingan kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Pengendali berusia 48 itu jelas tidak mahu mengambil risiko kerana 11 pasukan yang berada di kedudukan teratas kumpulan akan layak secara automatik, manakala empat lagi slot akan diisi pasukan terbaik di kedudukan kedua.
"Sudah tentu China pasukan pilihan tetapi kita mempunyai kelebihan, namun kita tidak boleh memandang rendah Filipina dan Laos. Kita harus memikirkan untuk layak secara automatik kerana jika kita menduduki tangga kedua kita perlu menunggu keputusan kumpulan-kumpulan lain untuk mengetahui sama ada kita layak atau tidak.
"Jadi kita harus meraih kemenangan dalam dua aksi pertama menentang Filipina (22 Mac) serta Laos (24 Mac) dan harus mendapatkan mata apabila bermain dengan China (26 Mac)," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran buku mengenai bekas jaguh sukan negara, Daphne Boudville di Wisma OCM, pada Jumaat.
Sementara itu, Kim Swee dijangka membuat beberapa pertukaran pada barisan pemainnya berbanding skuad yang tersingkir awal pada Piala B-22 AFF di Kemboja baru-baru ini, dengan kehadiran beberapa pemain terbaik negara.
"Sudah tentu akan ada sedikit perubahan terutamanya dengan kemasukan beberapa pemain yang sebelum ini tidak bersama kita. Ia akan beri banyak perkembangan yang cukup positif untuk mula kempen kelayakan itu.
"Perkara ini juga memberi kita banyak kelebihan, terutamanya kekuatan di bahagian tertentu...pastinya ia akan memberi banyak kelebihan kepada pemilihan pemain jika berlakunya masalah kecederaan kerana kita mempunyai peluang yang baik apabila bermain dengan pasukan-pasukan tertentu," katanya.
Safawi Rashid, Akhyar Rashid, Syazwan Andik Ishak, Adam Nor Azlin, Syamer Kutty Abba dan Syahmi Safari adalah antara pemain dijangka memperkuatkan skuad kali ini, apabila ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe bersetuju untuk tidak memanggil pemain skuad B-23 ke skuad kebangsaan untuk saingan Piala Airmarine bermula 20 hingga 23 Mac ini.
Kim Swee turut mengakui beraksi di laman sendiri sudah pasti akan memberi kelebihan kepada anak buahnya, sambil menyifatkan sokongan peminat tempatan akan turut memainkan peranan penting kepada prestasi skuad muda negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 01 2019

KIM SWEE: Kita tidak boleh memandang rendah Filipina dan Laos.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.
[TERKINI] 23 individu termasuk 7 polis cedera dalam letupan bom di Yala
Dua puluh tiga individu termasuk tujuh orang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom berhampiran sebuah pasar raya di daerah Bannang Sata, Wilayah Yala, pada Sabtu malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 23 Februari 2025.

Kim Swee intai kelayakan automatik ke Bangkok
Malaysia perlu muncul juara kumpulan dengan mengatasi China, Filipina dan Laos untuk meraih slot automatik ke kejohanan di Bangkok.

Pergaduhan sudah dijangka - Kim Swee
Datuk Ong Kim Swee berkata sudah jadi kebiasaan pasukan dari Asia Barat melakukan provokasi terhadap pasukan lawan apabila mereka ketinggalan.

Kim Swee cari kombinasi terbaik di China demi hadapi Sukan Asia
Pengendali skuad B-23 kebangsaan itu menegaskan beliau mahu melihat peningkatan corak permainan 22 pemain dibawa ke China.

Pemain B23 perlu beraksi secara kompetitif dalam Liga M - Kim Swee
Datuk Ong Kim Swee yang baru sahaja membawa Malaysia ke peringkat suku akhir pada Piala Asia B-23 di China, akan mengikuti kursus kejurulatihan bagi memantapkan kemahirannya dalam bidang kejurulatihan

Kejohanan AFC B23: Malaysia layak ke suku akhir buat kali pertama dalam sejarah
Dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan itu, Malaysia mempamerkan aksi membanggakan apabila mula mengasak dari awal perlawanan untuk mendapat gol pendahuluan.

Malaysia sah ke pusingan akhir Piala AFC B23
Malaysia mengesahkan tiket ke pusingan akhir Kejohanan Piala AFC Bawah 23 Tahun (B-23) di China, Januari depan, selepas muncul juara Kumpulan H.