MENTERI Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berjaya menamatkan acara triatlon TIME Ironman 70.3 Putrajaya hari ini.

Tiga acara dalam siri Ironman ini merupakan renang sejauh 1.9 kilometer, berbasikal (90 kilometer) dan larian (21.1 kilometer).

Melalui akaun Twitternya, Khairy menyifatkan kejayaannya tiba ke garisan penamat sebagai satu permainan minda.

Dia turut menyatakan penyertaan dalam Ironman merupakan impian yang akhirnya berjaya dicapai.



Dalam acara berkenaan, juara Ironman dua kali Craig Alexander dari Australia dan Radka Vodickoba dari Republik Czech masing-masing memenangi kategori lelaki dan wanita.

Netizen turut mengucapkan tahniah kepada Khairy dan menyifatkan penyertaannya sebagai contoh yang baik selaras dengan peranannya sebagai Menteri Belia dan Sukan.


Netizen puji penyertaan Khairy dalam Ironman Putrajaya