Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin sedia mengambil kira saranan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk tidak bertanding jawatan presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Bagaimanapun, katanya, keputusan muktamad akan disahkan dalam tempoh dua minggu lagi selepas perjumpaan dengan persatuan yang mencalonkan beliau.
"Sudah pasti Timbalan Perdana Menteri sebagai bos saya, saya sudah pasti mengambil kira nasihat beliau, saya hanya perlu mengesahkan sama ada nak bertanding atau tidak dalam masa dua minggu lagi," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada Minggu Taaruf bersama pelajar baharu Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM), di sini hari ini.
Menurut laporan media semalam, Ahmad Zahid menasihatkan Khairy agak tidak menawarkan diri atau menerima pencalonan untuk bertanding jawatan presiden tersebut.
Menurutnya, Khairy seharusnya lebih menumpukan perhatian kepada portfolio yang dipegangnya agar memberikan perhatian kepada semua sukan di Malaysia dan bukan hanya semata-mata kepada sukan bola sepak.
Selain Khairy, FAM mengesahkan tiga lagi dicalonkan untuk menerajui badan induk tersebut iaitu pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bekas timbalan presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat.
Sementara itu Khairy berkata, calon yang bertanding harus mempunyai kapasiti dan pengaruh untuk menjadi seorang presiden FAM yang efektif.
"Individu itu sendiri yang memainkan peranan untuk menerajui kepimpinan FAM dan bukannya disebabkan dia (calon) adalah orang politik atau kerabat diraja," katanya. -- Bernama
Bernama
Fri Jan 27 2017
Selain Khairy (kiri), turut dicalonkan pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bekas timbalan presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa dan Pengerusi Jawatankuasa Integriti FAM, Tan Sri Aseh Che Mat.
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
'Sebelum ini mustahil, tapi saya mula yakin wakili Harimau Malaya' - Mats Deijl
Pemain pertahanan kelab Liga Eredivise, Go Ahead Eagles, Mats Deijl teruja mahu menyertai Harimau Malaya.
Presiden FAM terima Darjah Kebesaran, kini bergelar Tan Sri Hamidin
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin hari ini dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.
FAM akan bentang struktur organisasi Harimau Malaya kepada Perdana Menteri - Hamidin
FAM berjanji untuk membentangkan struktur organisasi pengurusan skuad Harimau Malaya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ejen Park Hang-seo sudah adakan perbincangan dengan FAM
Ejen kepada bekas jurulatih skuad kebangsaan Vietnam, Park Hang-seo, dilaporkan sudah memulakan perbincangan dengan Presiden FAM.
Faisal Halim terharu keprihatinan Hamidin, FAM
Faisal Halim meluahkan rasa terharu di atas kepekaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjaga kebajikan pemain skuad kebangsaan.
Park Hang-seo calon kemudi Harimau Malaya - Hamidin
ASEAN Football menyatakan bekas ketua jurulatih Vietnam, Hang-seo, merupakan salah seorang calon untuk mengambil alih skuad Malaysia.
Wan Kuzain sarung jersi Harimau Malaya
Hamidin berkata, sepatutnya Wan Kuzain menyertai pasukan pada Pestabola Merdeka kali ini, namun tidak bernasib baik kerana mengalami kecederaan.
Kim Pan-gon tidak profesional, FAM jadi mangsa - Hamidin
Datuk Hamidin Amin, menyifatkan Kim Pan-gon, sebagai tidak profesional susulan tindakan pengendali dari Korea Selatan itu meninggalkan Malaysia.
Sudah tiba masanya Azizulhasni jadi jurulatih
Hamidin berkata, pengalaman dimiliki Azizulhasni amat bernilai kepada atlet pelapis trek berbasikal negara.
Olimpik Paris 2024 gagal? Hamidin minta semua pihak berpijak di bumi nyata
Ketua Kontinjen berpendapat, sebahagian besar atlet yang mewakili negara menunjukkan peningkatan dari segi rekod dan prestasi pada Olimpik Paris 2024.