KUALA LUMPUR: Pelumba Supermoto negara Khairulamirin Yahaya melakar sejarah sukan permotoran negara apabila muncul pelumba Malaysia pertama beraksi dalam Kejuaraan Supermoto Eropah S4 mewakili Supermotoland Husqvarna Junior Talent Team.
Pelumba berusia 19 tahun yang sudah dua tahun berkecimpung dalam Kejuaraan Supermoto Sepanyol itu melangkah setapak lagi dengan penyertaan sulungnya pada 27 Jun di Grand Prix Abruzzo di Ortona, Itali.
Khairulamirin yang menyertai Junior Talent Team tahun lepas, akan berlumba dalam kelas S4 (Asphalt) selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan pada kejuaraan Supermoto Sepanyol yang mencetus minat pasukannya untuk membawa beliau ke kejuaraan Eropah.
Menurut laman web Supermotoland www.supermotoland.com, kelas S4 adalah kelas baharu diperkenalkan pada 2021, bersesuaian dengan pelumba mempunyai latar belakang berlumba di litar kerana tiada aksi lompatan berdebu, berbanding kelas S1GP dan S2.
Kejuaraan Eropah S4 adalah tahap teratas dalam perlumbaan Supermoto dunia, justeru Khairulamirin perlu menyesuaikan diri segera dengan litar perlumbaan agar lebih kompetitif dalam perlumbaan khususnya berlumba dengan pelumba-pelumba terbaik tempatan.
Dua minggu sebelum GP di Itali, Khairuamirin yang lebih mesra dengan panggilan Rin dan Supermotoland Husqvarna Junior Talent akan bersaing dalam pusingan akhir kejuaraan Supermoto Sepanyol di Albaida, Valencia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 31 2021
Khairulamirin akan berlumba dalam kelas S4 (Asphalt) selepas mempamerkan prestasi memberangsangkan pada kejuaraan Supermoto Sepanyol. - Facebook Khairulamirin Yahaya
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Jaguh Supermoto Khairulamirin patah tulang pelvis, alami pendarahan akibat nahas ngeri
Khairulamirin mengalami kecederaan melibatkan patah tulang pelvis dan pendarahan dalaman selepas terlibat dalam kemalangan ngeri ketika sesi latihan Kejuaraan Supermoto Sepanyol di Albaida, Sepanyol.
Khairulamirin, pelumba Malaysia pertama sertai kejuaraan Supermoto Eropah
Pelumba berusia 19 tahun itu melangkah setapak lagi dengan penyertaan sulungnya pada 27 Jun di Grand Prix Abruzzo di Ortona, Itali.
Impian Khairi raih kejuaraan di laman sendiri tidak kesampaian
Pelumba Supermoto negara, Khairi Zakaria gagal dalam misinya untuk memenangi kategori Asia buat kali ketiga pada pusingan terakhir Kejohanan Supermoto Asia FIM 2017.