Jaguh pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan berkata beliau gagal beraksi dengan baik pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2018 yang berakhir hari ini kerana masih gagal mengembalikan semula prestasi terbaiknya.
Bercakap kepada Bernama, Khairul Hafiz, yang dikenali sebagai 'Speedy Jantan', mengakui beliau sedang bergelut untuk kembali menemukan rentak terbaiknya dalam acara 100m dan 200m, sejak mengalami kecederaan otot paha pada Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017), Ogos, tahun lepas.
"Buat masa ini kondisi badan saya tidak begitu selesa untuk berlari mungkin disebabkan kecergasan otot saya masih di tahap lemah. Sejak pulih daripada kecederaan, saya berusaha keras untuk mencapai tahap terbaik tetapi mungkin disebabkan beberapa kekangan, apa yang saya inginkan tidak tercapai.
"Sepanjang sembilan bulan lepas saya mengharungi beberapa situasi yang ada kalanya mengganggu emosi saya. Antaranya, saat berlatih tanpa jurulatih (Mohd Poad Md Kassim) yang dimasukkan ke hospital akibat jangkitan kuman di paru-paru, tetapi semua itu menjadikan saya seorang atlet yang lebih matang," katanya.
Semalam, pemenang pingat emas temasya KL2017 berusia 20 tahun itu menamatkan saingan 100m di tempat kelima dengan catatan 10.64 saat (s) dan merekodkan masa 21.27s untuk meraih pingat gangsa acara 200m di Stadium Nasional Bukit Jali di sini, hari ini.
Catatan atlet kelahiran Melaka dalam kedua-dua acara itu jauh tersasar daripada rekod 100m kebangsaan miliknya 10.18s yang dicatatkan di Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2016 selain rekod 200mr kebangsaan 20.90s di Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2017.
Catatan masa terbaik Khairul Hafiz acara 100m tahun ini adalah 10.34s yang dicatat pada Kejohanan Olahraga All Comers FTKLAA/MILO 2018, namun gagal meneruskan kecemerlangannya itu pada Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, Australia, bulan lepas apabila merekodkan catatan 10.50s untuk menduduki tempat keempat dalam saringan pusingan pertama.
Berikutan prestasi hambarnya itu, beliau berkata sesetengah pihak tanpa menghiraukan perasaannya lantang mengkritik serta membuat pelbagai andaian yang tidak tepat.
"Orang ramai mengharapkan lebih daripada saya mungkin disebabkan saya ini pemegang rekod kebangsaan tetapi mungkin mereka lupa saya baru berusia 20 tahun, perjalanan saya masih panjang dan bila terlalu banyak tekanan ia akan lagi memberi kesan negatif kepada saya.
"Ada yang mendakwa saya sudah lupa diri dan leka hanya kerana saya kalah atau tidak menepati sasaran. Ada juga yang berkata faktor wanita mempengaruhi prestasi saya. Orang melihat saya sebagai pelari terpantas negara tanpa menyedari kalah dan menang itu adat dalam sukan," katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak berkecil hati sebaliknya berterima kasih kepada pihak yang mengkritiknya dan mahu mengambil kritikan tersebut secara positif dan menjadikan ia sebagai pembakar semangat untuk terus gigih berusaha mencipta kejayaan di masa hadapan.
"Bagi orang yang berkata-kata, saya rasa mereka patut tahu apa yang sedang dilalui seseorang atlet itu. Bukan kita nak kalah tetapi mungkin keadaan belum mengizinkan. Saya akan ambil segala kritikan itu dengan hati terbuka dan akan terus gigih berlatih," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 13 2018

KHAIRUL HAFIZ: Buat masa ini kondisi badan saya tidak begitu selesa untuk berlari.
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.

Zon khas waktu solat daerah Rompin diperkenal 1 Mac - Mufti
Zon Khas Waktu Solat untuk daerah Rompin akan diperkenalkan mulai 1 Mac ini seperti diputuskan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Pahang yang bersidang 19 Feb lepas.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Khairul Hafiz masih bergelut untuk pulihkan prestasi
Jaguh pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan berkata gagal beraksi dengan baik pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2018 yang berakhir hari ini.