PELARI terpantas negara Khairul Hafiz Jantan optimis meraih tiga pingat emas jika diberi peluang beraksi dalam tiga acara pilihannya pada temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) bulan depan.
Beliau yang mencipta rekod baharu acara 200 meter semalam dengan catatan 20.90 saat berkata keputusan mengenai acara yang disertainya pada temasya dwitahunan itu akan ditentukan oleh jurulatih Mohd Poad Md Kassim.
"Keputusan acara apa yang saya akan bertanding nanti terpulang kepada jurulatih kerana beliau yang lebih mengetahui kemampuan saya. Sebagai seorang atlet, tugas saya hanya berlatih dan cuba sentiasa menghasilkan keputusan yang baik," katanya kepada pemberita pada sidang media Program Kita Juara 2017 bersama-sama skuad olahraga di Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil hari ini.
Pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia yang berakhir semalam, Khairul Hafiz yang terkenal dengan jolokan 'The Speedy Jantan' memadam rekod 49 tahun Tan Sri Dr M.Jegathesan yang mencatatkan 20.92s pada Sukan Olimpik Mexico 1968.
Atlet kelahiran Melaka berusia 18 tahun itu memberi jaminan bahawa semua tanggungjawab yang diletakkan di bahunya pada KL2017 itu akan digalasnya dengan penuh bersemangat.
"Saya berharap seluruh rakyat Malaysia dapat mendoakan kejayaan saya. Saya berjanji untuk menggalas tanggungjawab yang diberikan dengan penuh semangat dan keyakinan," katanya.
Khairul Hafiz sebelum ini menggegar dunia olahraga negara apabila berjaya memecahkan rekod kebangsaan acara 100m milik Watson Nyambek (10.30s) selepas merakam kepantasan 10.18s pada Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2016 Julai lepas.
Dalam pada itu, beliau mengakui peluang beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil sepanjang Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia itu memberikannya sedikit kelebihan menjelang temasya Sukan SEA nanti.
"Saya sudah mula mendapat bayangan serta rentak untuk berlari pada Sukan SEA nanti selepas berpeluang menguji dan merasai sendiri keadaan trek sebenar sepanjang minggu ini.
"Sejujurnya saya tidak takut tetapi tidak juga terlalu yakin kerana segala persiapan telah dibuat dengan rapi bersama jurulatih saya yang sentiasa mempunyai keyakinan terhadap kemampuan saya," katanya.
Untuk rekod, kali terakhir Malaysia meraih emas dalam acara pecut pada Sukan SEA adalah pada edisi 2003 di Vietnam menerusi bekas raja pecut negara Nazmizan Muhammad yang merangkul emas berganda dalam acara 100m dan 200m.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 19 2017
![Khairul Hafiz intai tiga emas di Sukan SEA Khairul Hafiz intai tiga emas di Sukan SEA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/71469067552_KhairulHafizJantan.jpg)
Khairul Hafiz Jantan optimis meraih tiga pingat emas jika diberi peluang beraksi dalam tiga acara pilihannya pada temasya Sukan SEA.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Azeem, Khairul Hafiz layak ke separuh akhir Azeem, Khairul Hafiz layak ke separuh akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689256136_TBpelaripecut.jpg)
Azeem, Khairul Hafiz layak ke separuh akhir
Muhammad Azeem ungguli saringan kedua dengan catatan 10.24s, Khairul Hafiz di tempat keempat dengan catatan 10.46s pada saringan pertama.
![Olahraga ATF: Khairul Hafiz Jantan rancang terus bina momentum deras Olahraga ATF: Khairul Hafiz Jantan rancang terus bina momentum deras](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/81684792596_KhairulHafizJantan.jpg)
Olahraga ATF: Khairul Hafiz Jantan rancang terus bina momentum deras
Khairul Hafiz sasar kepantasan 10.10s pula dalam Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) di Bangkok, Julai depan.
![Jangan bandingkan kami dengan Muhammad Azeem - Muhammad Haiqal Jangan bandingkan kami dengan Muhammad Azeem - Muhammad Haiqal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683945756_Atletpecut.jpg)
Jangan bandingkan kami dengan Muhammad Azeem - Muhammad Haiqal
Setiap manusia ada kelebihan masing-masing, kata Muhammad Haiqal.
![Sukan SEA Kemboja: Khairul Hafiz dedah hampir bersara pada 2019 Sukan SEA Kemboja: Khairul Hafiz dedah hampir bersara pada 2019](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683938482_KhairulHafizJantan.jpg)
Sukan SEA Kemboja: Khairul Hafiz dedah hampir bersara pada 2019
Liku hidup Khairul bermula dengan tumpuan lensa yang tidak pernah henti pada 2017 namun ia bersifat sementara.
![Dua bekas raja pecut Sukan SEA lolos ke final Dua bekas raja pecut Sukan SEA lolos ke final](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646173130_atlet.jpg)
Dua bekas raja pecut Sukan SEA "lolos" ke final
Muhammad Haiqal Hanafi dan Khairul Hafiz Jantan berjaya melayakkan diri ke saingan akhir 100 meter (m) lelaki edisi 2023 hari ini.
![Sukan SEA Kemboja: Khairul Hafiz Jantan sebak kembali harumkan nama negara Sukan SEA Kemboja: Khairul Hafiz Jantan sebak kembali harumkan nama negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683786390_TBKhairulHafiz.jpg)
Sukan SEA Kemboja: Khairul Hafiz Jantan sebak kembali harumkan nama negara
Khairul Hafiz melahirkan kerinduannya untuk terus menjadi sandaran negara dalam setiap temasya penting.
![Khairul Hafiz lega, Sukan SEA 2023 mungkin yang terakhir buat Zaidatul? Khairul Hafiz lega, Sukan SEA 2023 mungkin yang terakhir buat Zaidatul?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71683770833_TBSUKANSEACAMBODIA.jpg)
Khairul Hafiz lega, Sukan SEA 2023 mungkin yang terakhir buat Zaidatul?
Detik indah dinikmatinya hanya bertahan seketika susulan prestasinya yang kian merudum selain dihimpit masalah kecederaan.
![Skuad pecut lelaki negara sapu bersih pingat 100m di Australia Skuad pecut lelaki negara sapu bersih pingat 100m di Australia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/71679209179_KhairulHafizJantan.jpg)
Skuad pecut lelaki negara sapu bersih pingat 100m di Australia
Skuad pecut lelaki negara, mencipta sensasi apabila menyapu bersih pingat perlumbaan pemanas badan Sukan SEA, Kemboja pada Kejohanan Siri Shield: Darren Thrupp Shield di Queensland, Australia semalam.
![Pelari pelapis Sabah cipta sensasi, tewaskan atlet senior Pelari pelapis Sabah cipta sensasi, tewaskan atlet senior](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676209908_PelaripelapisSabah.jpg)
Pelari pelapis Sabah cipta sensasi, tewaskan atlet senior
Pelari pecut pelapis dari Sabah, Pengiran Aidil Auf Hajam mencipta sensasi apabila berjaya memenangi pingat emas acara 200 meter (m) lelaki di Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan.
![Haiqal, Khairul Hafiz gagal lepasi had kelayakan ke Hanoi Haiqal, Khairul Hafiz gagal lepasi had kelayakan ke Hanoi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646173130_atlet.jpg)
Haiqal, Khairul Hafiz gagal lepasi had kelayakan ke Hanoi
Muhammad Haiqal berlari di atas permukaan trek basah akibat cuaca hujan dan melintasi garisan penamat dengan catatan masa 10.58s.