PHNOM PENH: Dua bekas raja pecut Sukan SEA, Muhammad Haiqal Hanafi dan Khairul Hafiz Jantan berjaya melayakkan diri ke saingan akhir 100 meter (m) lelaki edisi 2023 di sini, hari ini.
Pada aksi saringan di Stadium Nasional Morodok Techo, Muhammad Haiqal Hanafi yang memenangi emas edisi 2019 di Manila, Filipina, muncul pelari terpantas bagi saringan pertama acara riben biru itu dengan catatan 10.47 saat (s).
Juara edisi 2017 di Kuala Lumpur, Khairul Hafiz pula unggul menguasai saringan kedua dengan menduduki tempat pertama menerusi catatan 10.37s.
Bagi kategori wanita, dua pelari pecut kebangsaan iaitu pemenang perak edisi 2017, Zaidatul Husniah Zulkifli dan Nur Aishah Rofina Aling turut menempah tiket final dijadual berlangsung petang ini.
Zaidatul Husniah menduduki tempat ketiga dengan catatan 11.69s pada saringan pertama manakala Nur Aishah Rofina, yang membuat penampilan pertama pada temasya sukan dwitahunan itu, merekodkan masa 12.04s, juga di tempat ketiga dalam saringan kedua.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 12 2023

Muhammad Haiqal Hanafi (kiri) dan Khairul Hafiz Jantan berjaya melayakkan diri ke saingan akhir 100 meter (m) lelaki. - Fail

Tiga penyamun warga asing ditembak mati selepas serang polis
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi, sepasukan polis menerima maklumat berhubung kejadian pecah rumah di kawasan berkenaan.

Tidak pernah terlintas di hati bubar pasukan atau keluar liga - KDA FC
Mohd Daud berkata, pihak pengurusan sedang giat memastikan semua syarat Perlesenan Kelab Liga Malaysia Football League dipenuhi.

STEM 70 peratus: Persatuan pelajar mahu kajian diadakan terlebih dahulu
Sebarang perubahan dalam sistem pendidikan harus bersifat inklusif, holistik dan berasaskan keperluan sebenar negara serta minat pelajar.

Alibaba naik taraf aplikasi AI Quark untuk pengalaman lebih baik buat pengguna
Ia memperkenalkan keupayaan dipertingkat, termasuk chatbot AI, penyelidikan mendalam, penaakulan lanjutan dan pelaksanaan tugas.
Armenia, Azerbaijan setuju tamatkan 40 tahun konflik
Armenia dan Azerbaijan umum mereka telah bersetuju dengan teks perjanjian damai bagi menamatkan hampir empat dekad konflik antara kedua-dua negara di rantau Caucasus Selatan.
Putin sokong gencatan senjata AS, tapi letak syarat
Presiden Rusia, Vladimir Putin, menyatakan sokongan secara prinsip terhadap cadangan gencatan senjata oleh Amerika Syarikat (AS) dalam konflik Ukraine.
Trump mahu AS kuasai Greenland, cetus ketegangan antarabangsa
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, meningkatkan usahanya untuk menguasai Greenland dengan alasan kepentingan keselamatan antarabangsa.
Syria kekalkan hukum Islam sebagai asas perundangan
Syria mengekalkan hukum Islam sebagai sumber utama undang-undang dalam deklarasi perlembagaan baharu, yang turut menjamin hak wanita dan kebebasan bersuara sepanjang tempoh peralihan lima tahun selepas kejatuhan Bashar al-Assad.
Israel lakukan genosid, serangan seksual di Gaza
Israel telah melakukan "tindakan genosid" terhadap rakyat Palestin dengan sengaja memusnahkan kemudahan kesihatan wanita di Gaza dan menggunakan keganasan seksual sebagai strategi perang.
Pearly-Thinaah ke suku akhir All England
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M. Thinaah, mara ke suku akhir Kejohanan All England selepas menewaskan pasangan Indonesia, Apriyani-Siti Fadia, dalam aksi cemerlang yang menyaksikan Pearly mengalami kecederaan di set kedua.

Sukan Asia: Muhammad Haiqal tekad bantu kuartet 4x100m negara pecah rekod kebangsaan
Muhammad Haiqal berazam membantu kuartet 4x100m lelaki negara meleburkan rekod kebangsaan, sekiranya beraksi dalam acara itu pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di China.

Dua bekas raja pecut Sukan SEA "lolos" ke final
Muhammad Haiqal Hanafi dan Khairul Hafiz Jantan berjaya melayakkan diri ke saingan akhir 100 meter (m) lelaki edisi 2023 hari ini.

Haiqal Hanafi tetap layak ke Sukan SEA
Jaguh pecut kebangsaan Muhammad Haiqal Hanafi boleh menarik nafas lega apabila namanya disenaraikan pada saat akhir oleh Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), untuk menyertai Sukan SEA Hanoi di Vietnam.

Haiqal, Khairul Hafiz gagal lepasi had kelayakan ke Hanoi
Muhammad Haiqal berlari di atas permukaan trek basah akibat cuaca hujan dan melintasi garisan penamat dengan catatan masa 10.58s.

Terbuka Malaysia peluang Muhammad Haiqal, Khairul Hafiz layak ke Hanoi
Raja pecut Asia Tenggara Muhammad Haiqal Hanafi perlu membuktikan sesuatu pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia hujung minggu ini.

COVID-19: Jaguh pecut Muhammad Haiqal kecewa terlepas aksi di Kazakhstan
Jaguh pecut kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi tidak dapat menyembunyikan kekecewaannya selepas tidak boleh beraksi pada Kejohanan Qosanov Memorial di Almaty, Kazakhstan dari 19-20 Jun ini.

Olahraga: Keputusan atlet jangan jadikan isu - Nazmizan
Selepas tujuh bulan di bawah kendalian Dwayne Miller, Khairul Hafiz dan Muhammad Haiqal memilih untuk kembali bersama Mohd Poad.

Khairul Hafiz, Haiqal bakal dibimbing Miller
Kesatuan Olahraga Malaysia merancang untuk menempatkan secara berpusat semua atlet pecut elit kebangsaan di bawah kendalian pengarah teknikalnya, Dwayne Miller di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil.