Hasrat Raja Pecut Sukan SEA 2017, Khairul Hafiz Jantan untuk menjalani latihan bersama pelari pecut muda Jepun, Abd Hakim Sani Brown tidak kesampaian kerana bakal menjalani latihan di Mannheim, Jerman pada Februari depan.
Jurulatihnya, Mohd Poad Md Kassim berkata latihan selama sebulan itu adalah sebagai persediaan ke Kejohanan Dalam Dewan Dunia di Birmingham, bermula 1 hingga 4 Mac, kerana mahu anak buahnya mencatatkan masa yang baik dalam penyertaan sulung dalam temasya itu.
"Bagi saya, apa jua kejohanan yang besar disertai Khairul, saya mahu beliau mencatatkan masa yang disasarkan, bukan sekadar menyertai. Buat masa ini beliau baru pulih daripada kecederaan hamstring, kita hanya fokus pada latihan biasa, belum mula latihan masa.
"Kita juga sedang melihat perancangan untuk terus ke Australia dari Birmingham untuk persediaan ke Sukan Komanwel 2018 di Gold Coast, tetapi belum pasti," katanya kepada pemberita pada majlis penyerahan insentif daripada 100 Plus di sini, hari ini.
Mohd Poad berkata ia merupakan tempat yang sama, di mana Khairul bersama-sama dengan Badrul Hisyam Abdul Manap (100m), Mohd Rizzua Haizad (100m berpagar) dan R. Kirthana (lompat kijang) membuat persiapan untuk Kejohanan Remaja Dunia di Poland dan Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak tahun lalu, yang menyaksikan Khairul memecahkan rekod kebangsaan 100m dengan catatan 10.18s di Sukma.
Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) sebelum ini, meminta Mohd Poad untuk mengkaji balik perancangannya membawa pemenang pingat emas Sukan SEA itu 'berguru' di Jepun kerana kesuntukan masa dan kos yang tinggi.
Mohd Poad juga berharap pasukan lari berganti-ganti 4x100m lelaki akan turut diberikan peluang mengikuti latihan bersama Khairul Hafiz di Jerman untuk mencatatkan keputusan positif di Sukan Komanwel pada April dan Sukan Asia di Indonesia pada Ogos depan.
Sementara itu, Khairul Hafiz mengakui bakal mendepani cabaran berlainan apabila membuat penampilan sulung pada Kejohanan Dalam Dewan Dunia kerana ia hanya melibatkan jarak 60m, berbanding acara trek yang mempunyai disiplin 100m dan 200m.
"Saya yakin ia akan menjadi satu pengalaman baharu bagi saya. Pada awalnya saya mahu pergi ke Jepun kerana nak lawan dengan Abd Hakim, kerana beliau merupakan atlet muda sensasi dan umurnya pun hanya muda setahun," katanya.
Anak kacukan Jepun dan Ghana berusia 18 tahun itu yang mempunyai catatan masa peribadi terbaik 10.05 saat bagi 100m dan 20.32s bagi 200m, berbanding Khairul yang pernah mencatatkan 10.18s dan 20.90s, mampu menjadi rakan sepelatih yang mampu melonjakkan prestasi atlet kelahiran Melaka itu.
Terdahulu, Khairul dan pemain badminton perseorangan wanita Goh Jin Wei, yang juga merupakan duta jenama 100 Plus, menerima insentif sebanyak RM10,000 seorang daripada syarikat minuman isotonik itu, namun Jin Wei tidak dapat hadir kerana sedang beraksi dalam Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Yogyakarta, Indonesia.
Pengurus Pemasaran 100 Plus, Leong Wain Yin berkata insentif itu bertujuan memberi motivasi kepada dua duta muda jenama itu atas kejayaan meraih emas Sukan SEA dengan menamatkan penantian 14 tahun, dengan Khairul mencatatkan 10.38s, manakala Jin Wei menundukkan rakan senegara Soniia Cheah 21-11, 21-10 pada aksi akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 11 2017
Khairul Hafiz mengakui bakal mendepani cabaran berlainan apabila membuat penampilan sulung pada Kejohanan Dalam Dewan Dunia. - Gambar fail
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tekanan terhadap Scholz supaya lupakan hasrat bertanding semula meningkat
Canselor Jerman, Olaf Scholz pada Ahad berhadapan dengan tekanan yang semakin meningkat daripada dalam partinya supaya tidak bertanding.
Jerman dijangka adakan pilihan raya awal 23 Feb selepas kerajaan campuran jatuh
Pemimpin kerajaan daripada Parti Sosial Demokrat pimpinan Scholz dan Kesatuan Demokratik Kristian mencapai persetujuan pada Selasa.
Argentina kekal teratas dalam kedudukan FIFA, Jerman hampir kembali 10 teratas
Argentina mendahului, Perancis di tempat kedua dan Sepanyol semakin hampir.
Mercedes-Benz buka loji kitar semula bateri pertama Eropah
Loji itu mampu memulihkan lebih 96 peratus bateri terpakai dan menukar 2,500 tan bahan yang dipulihkan menjadi lebih 50,000 modul bateri.
Itali, Perancis dan Sepanyol kutuk serangan Israel ke atas pasukan pengaman PBB
Pemimpin Itali, Perancis dan Sepanyol mengutuk serangan Israel ke atas UNIFIL, Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan.
BMW tolak langkah jangka pendek kerajaan Jerman
Sektor automotif Jerman tidak memerlukan penyelesaian jangka pendek yang akan mengganggu pasaran, kata pengeluar kereta yang berpusat di Munich itu.
Pusat mengundi dibuka di dua negeri timur Jerman
Pengundi akan membuang undi dan menentukan keseimbangan kuasa di dua negeri timur Jerman, Thuringia dan Saxony.
Suspek kes tikam di Jerman pakai pakaian berlumuran darah - Sumber
Suspek utama yang ditahan di Bandar Solingen, barat Jerman selepas insiden serangan tikaman maut di sana, memakai pakaian yang berlumuran darah.
Esprit tutup semua 56 kedai di Jerman, jejaskan 1,300 pekerja
Peruncit fesyen global Esprit merancang untuk menutup kesemua 56 kedainya di Jerman menjelang akhir tahun dan kira-kira 1,300 pekerja akan kehilangan pekerjaan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.